.: FoLLoWer :.

Isnin, 7 Disember 2015

:::Hati yang Kecewa:::

Bismillah...

tiada seindah ucapan yang lebih indah daripada mengucapkan alhamdulillah di atas segala nikmat yang diberikan di dunia ini.. semoga bertambah nikmat yang diberikan bertambah jua keimanan kita kepada Allah yang Maha Esa..

Hati yang kecewa

Jangan biarkan dirimu larut dalam kesedihan dek kerana kecewa dalam percintaan...
Jangan biarkan dirimu menderita tiada penghujung hanya kerana gagal dalam membina ikatan...
Jangan biarkan dirimu hilang pedoman oleh sebab si dia membuat keputusan untuk meninggalkan mu..

Ketahuilah...
kau harus redha di atas segala ujian...
kau harus belajar untuk menerima dugaan...
kau harus kuat & tabah untuk menghadapi kenyataan...

Kerana...
Tuhan sayang akan dirimu dan memberi peluang agar dirimu kembali mencari cinta yang Satu..
Kerana...
Tuhan tahu apa yang terbaik buat dirimu kerana pasti ada kebaikan dek kesabaran mu..
Kerana...
Tuhan ingin mengujimu agar kau sedar akan salah dan silapmu..

Bersangka baiklah pada ujian ini..
Redha dan hapuskan segala kedukaan itu..
Carilah Cinta yang yang Maha Esa sebelum kau mengejar cinta manusia..
kerana Allah pasti tidak mengecewakan hambaNya yang sentiasa mengharap pada Nya..

Alhamdulillah

~maafkan dan semoga kita juga dimaafkan

Jumaat, 12 Jun 2015

::: Salam Imtihan :::

Bismillah...

Perkongsian ini saya perolehi semasa tahun 2013 di surau kolej Aminuddin Baki.. Maka saya repost semula di blog ini. (Sumber: fb saya sendiri). Sekadar perkongsian dan peringatan buat diri ini.. Jika dulu saya tulis untuk santapan rohani di zaman Degree sekarang masuk ke fasa baharu iaitu zaman Master pula. Semoga bermanfaat. Insya Allah.

Alhamdulillah dapat pengisian malam ini... sedikit perkongsian dari senior yang saya hormati iaitu ustaz Hazim.

Sempena imtihan (peperiksaan) yg bakal menjelang tidak lama lagi,
kata seorang ulama' tarekat (maaf saya terlupa nama beliau) apabila ditanya anak2 muridnya amalan2 untuk menghadapi imtihan... kata beliau...

"Jadikan silibus2mu sebagai wirid2 mu..."

Maksudnya, belajar bersungguh2 agar kita bersedia menghadapi peperiksaan kerana dengan menuntut ilmu juga kita mendapat pahala di sisi ALLAH dengan syarat niat kerana Nya. 

Gunakan masa kita sebaik-baiknya tetapi jangan diisi masa yang ada dengan perkara2 yg dilarang dalam Islam...

Jangan menjadi fitnah kpd ISLAM...

Semoga ALLAH bersihkan hati saya & teman2. Semoga ALLAH mudahkan urusan kita dunia dan akhirat serta mendapat kejayaan dengan izin NYA... aamiin ya ALLAH...

Khamis, 11 Jun 2015

::: Iman, Physics & Islam :::

Sumber: whatApps

Seorang profesor yang Atheis berbicara dalam sebuah kelas fizik.

Profesor: "Apakah Allah menciptakan segala yang ada?"

Para mahasiswa: "Betul! Dia pencipta segalanya."

Profesor: "Jika Allah menciptakan segalanya, berarti Allah juga menciptakan kejahatan."

(Semua terdiam. Agak kesulitan menjawab hipotesis profesor itu).

Tiba-tiba suara seorang mahasiswa memecah kesunyian.

Mahasiswa: "Prof! Saya ingin bertanya. Apakah dingin itu ada?"

Profesor: "Pertanyaan macam apa itu? Tentu saja, dingin itu ada."

Mahasiswa: "Prof! Dingin itu tidak ada. Menurut hukum fizik, yang kita anggap dingin sebenarnya adalah ketiadaan panas.

Suhu -460 degree Fahrenheit adalah ketiadaan panas sama sekali. Semua partikel menjadi diam. Tidak boleh bertindak pada suhu tersebut.

Kita menciptakan kata 'dingin' untuk mengungkapkan ketiadaan panas ya.

Selanjutnya! Apakah gelap itu ada?"

Profesor: "Tentu saja ada!"

Mahasiswa: "Anda salah lagi Prof! Gelap juga tidak ada.

Gelap adalah keadaan di mana tiada cahaya. Cahaya boleh kita pelajari. Sedangkan gelap tidak boleh.

Kita boleh menggunakan prisma Newton untuk mengurai cahaya menjadi beberapa warna dan mempelajari panjang gelombang setiap warna.

Tapi! Anda tidak boleh mengukur gelap. Seberapa gelap suatu ruangan diukur melalui berapa besar intensiti cahaya di ruangan itu.

Kata 'gelap' dipakai manusia untuk menggambarkan ketiadaan cahaya.

Jadi! Apakah kejahatan, kemaksiatan itu ada?"

Profesor mulai bimbang tapi menjawab juga: "Tentu saja ada."

Mahasiswa: "Sekali lagi anda salah Prof! Kejahatan itu tidak ada. Allah tidak menciptakan kejahatan atau kemaksiatan. Seperti dingin dan gelap juga.

Kejahatan adalah kata yang dipakai manusia untuk menggambarkan ketiadaan Allah dalam dirinya.

Kejahatan adalah hasil dari tidak hadirnya Allah dalam hati manusia."

Profesor terpaku dan terdiam!

Dosa terjadi kerana manusia lupa hadirkan Allah dalam hatinya..

Hadirkan Allah dalam hati pada setiap saat, maka akan selamatlah diri kita..

Itulah IMAN..

SESUNGGUHNYA DOSA ITU LAHIR SAAT IMAN TIDAK HADIR DALAM HATI KITA..

Physics and Islam

Semoga penulis asal mendapat pahala berlipat kali ganda atas perkongsian yang bermanfaat ini. Aamiin ya Allah

Rabu, 10 Jun 2015

::: Doa Penghindar dari Kemaksiatan :::

Sumber fb: Little Khaleefah

..Jika kita terasa nak melakukan satu maksiat, maka bacalah doa ini, nescaya Allah akan masuk kan kedalam hati nya benci kepada maksiat serta cinta kepada kebaikan

الله معي الله حافظي الله ناظري الله حاضري الله شاهدي الله قريب مني

Ejaan bahasa Melayu..

Allahu ma'i
Allahu hafizi
Allahu naziri
Allahu hadiri
Allahu syahidi
Allahu qaribun minni

Maksudnya...

Allah bersama ku
Allah menjaga ku
Allah melihat ku
Allah ada bersama ku
Allah menyaksikan ku
Allah dekat dengan ku

Baca apabila kita terasa ingin melakukan maksiat, apa2 saja maksiat atau perkara yang di larang Allah

Habib Umar Bin Zein Bin Sumaith

::: You Raise Me UP :::

Siri 1: You Raise Me Up~

Assalamualaikum, hari ini saya ingin berkongsi tentang satu tajuk iaitu, "You Raise Me up". Berkenaan dengan tajuk ini saya sebenarnya ingin berkongsi tentang soal pengorbanan ibu dan ayah kita.

When I am down and, oh my soul, so weary;

When troubles come and my heart burdened be;

Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.


You raise me up, so I can stand on mountains;

You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.


You raise me up, so I can stand on mountains;

You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.


There is no life - no life without its hunger;

Each restless heart beats so imperfectly;
But when you come and I am filled with wonder,
Sometimes, I think I glimpse eternity.


You raise me up, so I can stand on mountains;

You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.


You raise me up, so I can stand on mountains;

You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

Selamat menghayati bait lirik lagu di atas. Apa kaitan dengan tajuk saya tulis? Tunggu... Bersambung ke siri 2....


::: Dua Tahun :::

Bismillah..

Alhamdulillah blog aku masih berfungsi. Setelah hampir 2 tahun aku berhenti menulis.

Kenapa mulakan semula?

Hidup kita hanyalah sementara. Aku ingin berkongsi meskipun hanya sepatah perkataan agar ia mampu memberi manfaat kepada diri ini. Perkongsian juga sebagai refleksi diri. Saya juga turut terharu dengan komen dari rakan-rakan yang singgah di blog saya. Ia menjadi sumber kekuatan buat saya untuk meneruskan penulisan di blog ini. Insya Allah. Semoga Allah ampunkan dosa salah dan silap diri ini.

Semoga istiqamah!

Noktah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...