.: FoLLoWer :.

Sabtu, 16 Julai 2011

::: Pengalaman Hidup (kepentingan al-Quran ) :::

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, sudah lama jari-jemariku tidak menaip untuk ‘meng-update’ blog kesayanganku ini. Alhamdulillah, ALLAH berikan kesempatan untuk saya menulis lagi. Kali ini saya nak story pengalaman hidup saya sehinggalah detik saya menaip sekarang ni.

Saya merupakan anak ke-4 dari 6 orang adik beradik. Dalam family, saya ni pelik sikit. Bukanlah cacat mahupun terencat tapi saya berbeza dari sudut pembawakan karekter diri saya. Bagaimana boleh lain?? Anak angkat ke? Hihi.. tak... Cuma pengalaman hidup banyak mengajar saya segalanya. ALLAH mentakdirkan saya lahir dalam keluarga islam, Alhamdulillah sebaik-baik nikmat dalam hidup ini. Saya ini suka ikut kawan, ingat lagi masa kecik belum masuk tadika saya dah mintak mak saya hantar saya mengaji di rumah kawan saya. Sebenarnya bukan nak mengaji sangat tapi saya nak main dengan kawan. Hihi... itulah moral yang saya dapat ketika itu, kita buat something biarlah dari keikhlasan dihati, memang keikhlasan boleh dipupuk tapi productnya nanti akan berbeza jika dibandingkan dengan something yang kita buat dengan ikhlas. Nak dipendekkan cerita saya mengaji dari umur saya 6 tahun sehingga 10 tahun, still xkhatam.. ALLAH.. saya rasa saya time tu lambat belajar kot. Tapi ustazah sayang saya, saya dihadiahkan mukadam & rehal al-Quran kayu atau ada yang panggil rekal Quran. Terima kasih ustazah rodzi..

::: Rekal/ Rehal al-Quran:::

Alhamdulillah, ayah dinaikkan pangkat maka kami berpindah semasa saya masih berumur 10 tahun. Jadi apa yang kurang baik buat diri saya adalah saya tak lagi belajar mengaji dengan ustazah. Malah saya juga tak masuk sekolah rendah agama. Bayangkan hampir 2 tahun lebih saya tidak mengaji secara berterusan setiap hari. ALLAH, memang saya jahil ketika itu kerana saya lebih mementingkan keseronokan dari penghayatan ajaran Islam. Bukanlah bermakna keluarga saya tidak menitik beratkan kepentingan agama tetapi ianya silap dan salah diri saya juga kerana tidak ada kesedaran ketika itu. Mungkin bagi sesetengah orang, “ala xpe, budak lagi, nanti dah besar dia belajar la agama.” InsyaALLAH selagi ALLAH meneguhkan iman saya, saya tak akan mengabaikan kepentingan didikan agama. Ibu & ayah saya sudah memberikan yang terbaik buat saya tetapi saya tidak menghargainya.

Kesan

ALLAH memurahkan rezeki saya dengan memperoleh 5 A didalam UPSR. Ketika itu, saya memang tak terlintas mahu memasuki sekolah aliran agama sebab saya dah menjadi kekok dalam jawi & juga bacaan ayat suci al-Quran walaupun keseluruhan markah saya Berjaya memperolehi A untuk agama Islam tapi saya tahu tahap kelemahan saya. Benarlah bila kita meninggalkan al-Quran walaupun sehari, ia mampu memberi kesan kepada jangka masa yang panjang. Saya telah ditawarkan ke sekolah berasrama iaitu MRSM Gerik. Ketika dikelas agama, Ustaz saya iaitu Ustaz Nazri atau panggilan mesranya Abi telah memilih beberapa orang pelajar untuk memperdengarkan bacaan ayat al-Quran. ALLAHU ALLAH, nasib saya, Abi Berjaya mengesan kelemahan saya. Saya BUTA AL-QURAN... ALLAHUAKBAR.. itulah KESAN dari mengabaikan kepentingan mengaji didalam hidup saya. Setiap kali kelas agama, orang yang Wajib Abi panggil untuk mengaji adalah saya. Saya baca seolah-olah budak kecil yang baru mengenal al-Quran sedangkan saya belajar mengaji agak lama semasa saya kecil.  Saya sudah tak tahan, selepas kelas agama, saya akan ke tandas untuk menangis sebab malu.

::: Menangis sebab malu kat manusia tapi bukan pada ALLAH :::

Alhamdulillah walaupun saya sekolah sains tapi takdir dari ALLAH mengubah hidup saya. Dari saya buta al-Quran saya menjadi celik al-Quran sehingga semasa di tingkatan dua saya dipilih sebagai naqibah kepada sebuah kumpulan dalam memperbaiki bacaan al-Quran, syukur Husna Hussain ditakdirkan bersama saya didalam group itu jadi dia banyak membantu saya menegur sahabat-sahabat yang salah dalam tajwidnya. Hal ini cukup menyedarkan saya & membuatkan saya jatuh cinta pada keindahan ayat suci al-Quran. Ya saya masih lagi dalam proses mendalaminya.  Bercakap tentang sekolah saya, sekolah saya adalah antara MRSM yang dikira islamik. Kami diwajibkan 5 waktu berjemaah disurau, memakai stokin setiap kali keluar dari kawasan asrama, ada kelas-kelas pengajian al-Quran & kelas taranum bagi pelajar yang terpilih dan berminat serta beberapa perkara yang lain. Malah ketegasan Ustaz-ustaz dalam mengajar kami kepentingan kerohanian amat membantu saya. I learn from there. Saya ingat lagi, kalau ada yang tidur atau ponteng surau, fuhh, ganjaran Denda cukup menakutkan terutama pelajar lelaki. Ustaz Rahim, siapa tak kenal, kegarangan ustaz amat menakutkan student. Buktinya, ada senior yang sudah bekerja masih lagi takut untuk bertemu ustaz tapi walaubagaimanapun ustaz adalah segarang-garang Ustaz & se-caring-caring ustaz di situ. Saya suka belajar dari ustaz. Saya pun pernah didenda sebab duduk dibelakang surau & terlebih garisan pintu. Terkenal sekejap masa tu.. hihi..

::: MRSM Gerik :::


Noktah

Cerita mengenai Pengalaman hidup saya berakhir disini buat setakat ini. Pengajaran yang paling bermakna adalah pupuklah keikhlasan dalam melakukan sesuatu perkara. Buat kerana ALLAH kerana segala perkara yang kita lakukan tidak kira percakapan, perbuatan atau cetusan didalam hati, ALLAH maha Mengetahui. Maka lakukan dan penuhkan diri dengan amal kebaikan kerana esok belum tentu ada buat kita. Selain itu, janganlah tinggal walaupun sehari al-Quran kecuali bersebab bagi wanita. semalas-malas kita pandanglah ayat suci al-Quran. Pengalaman ini bukanlah untuk membuka aib dan kelemahan diri saya tetapi untuk berkongsi pengalaman kesilapan. Supaya biar saya merasai penyesalan jangan sahabat-sahabat merasainya. Besarnya Kasih & Rahmat ALLAH buat hamba-hambaNYA. Hidayah ALLAH itu milikNYA, tugas kita perlulah berusaha mencari & mengekalkan hidayah itu. Sebelum noktah, suka untuk saya berkongsi tentang 4 syarat hidupkan hati dengan al-Quran. Sumber dari iluvislam.com.

Kelebihan al-Quran

Sifat al-Quran  bukan sahaja memberi panduan, pedoman, juga sebagai as-syifa’ & pelengkap keimanan dalam menuju syurga illahi. Al-Quran juga dapat menenangkan hati, membersihkan jiwa & menjamin pahala yang berlipat kali ganda. ALLAHUAKABAR, banyak sangat ganjaran yang ALLAH janjikan buat hamba-hambanya yang berpegang pada al-quran ni.
Bukankah Allah berfirman bermaksud:  ”Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar).” (Surah al-Isra’, ayat 9).
Tak rugi pun kalu kit abaca al-Quran sebab:
Sabda Nabi(s.a.w) :

من قرأ آية من كتاب الله فله بكل حرف عشر حسنات ومن يستمع لها كانت له نورا يوم القيامة
"Siapa yang membaca satu ayat daripada kitab Allah(al Quran) maka untuknya bagi setiap huruf sepuluh kebaikan dan siapa yang mendengar satu ayat daripada al Quran maka ia adalah nur baginya pada hari kiamat"

::: al-Quran mampu melembutkan hati:::

4 syarat hidupkan hati dengan al-quran

HATI yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang. Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri. Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan. Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran.

Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.

Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran, kita memerlukan beberapa syarat:

Pertama, al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh).

Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat.” (Surah al-Isra’, ayat 78).

Kedua, membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: “Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?” (Surah Muhammad, ayat 24).

Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam al-Quran.

Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam
hati pembaca al-Quran kemudian ia menghidupkannya.

Dengan itu
hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.

Ketiga, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya.

Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup
hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui al-Quran.

Keempat, merealisasikan kehambaan (’ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran.

Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.

Pengakhiran

Semoga entry kali ini mampu memberi manfaat buat semua.

Wallahu’alam..

::: Alhamdulillah :::




5 ulasan:

  1. erm..best nye dapat baca al-Quran ..
    sy msih blum khatam lg..

    BalasPadam
  2. insyaALLAH SAudara juga mampu utk khatam. yg penting usaha! aja aja fighthing!! all the best. <^_~>

    BalasPadam
  3. Subhanallah..sy belum lg khatam qur'an tp ingin skali khatam qur'an..bkn nk bangga dgn dr sndri..sy blh dikatakan kenal huruf dan blh bc qur'an tp gagap..surah yasin alhamdulillah sy blh bc dgn lncar..al-qur'an mmg perlu dibaca etiap masa kalau tidak kita akan kekok utk mmbcnya..sy ingin skali khatam qur'an..msa kecil sy ada guru mengaji tp sering bertukar ats sbb2 tertentu..bila dh lma tggal sy rs jiwa saya kosong..sy mnyesal sgt2..apakah sy salah jika sy bc qur'an seorang diri dan bc surah2 tertentu lancar dan ada yg tdak lncar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maafkan saya saudari Anis krn baru membaca komen saudari. Kalau boleh membaca al-Quran dengan bertartil iaitu mengikut kaedah-kaedah hukum tajwid. Sebaiknya dgn berguru.. carilah mne2 ustazah utk membetulkan bacaan kita. Saya doakan agar saudari berjaya khatam al Quran dan mana tahu boleh menghafalnya sekali.. aamiin.. tahniah saudari sbb ada keinginan utk khatam. Alhamdulillah. Jom cuba letakkan matlamat utk khatam pd bulan puasa tahun ini. Moga istiqamah! :)

      Padam
  4. Alhamdulillah..aby baru jumpa tulisan ini. Terharu sangat cerita tentang hidup dengan Al- Quraan, pengalaman yg cukup bermakna. Nama us Nazri, 'Aby' juga diabadikan dlm tulisan ini. Moga hidup Kita perpandu Dan dipandu dgnal- Quraan. Boleh aby mengenali lebih lanjut siapa gerangang penulis ini batch mrsm gerik tahun berapa? Boleh berwasap dgn aby 0195234509

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...