.: FoLLoWer :.

Isnin, 26 Disember 2011

::: Bengkel Dakwah Melalui Media :::

                                                                        بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, sudah lama rasanya saya tidak menulis...
almaklumlah sikap saya yang tidak istiqamah dalam melakukan sesuatu... 

btw come back to our topic, saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa bengkel dakwah melalui media yang mana saya juga merupakan salah seorang ajk bagi program ini. Program ini telah dianjurkan oleh exco ICT PERKIM UKM dengan kerjasama PMFST UKM. Alhamdulillah program ini berjalan lancar tanpa melihatkan sedikit kekurangan sekali pun dari kaca mata saya. kami telah menjemput dua orang penceramah yang hebat iaitu Ustaz Zahiruddin Zabidi (PTS Publication) & Ustaz Abu Ridhwan (Krew Langit Ilahi).


Baiklah apa yang ingin kongsikan hanyalah sedikit sahaja kerana saya tidak sempat untuk menyertai sesi bengkel secara 100 peratus walaupun hakikatnya sebenarnya 50 peratus pun tak sampai. Namun, berpegangkan kepada hadis, Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)
Ayat ini sudah cukup mengingatkan kita untuk share ilmu walaupun sedikit. walaubagaimanapun apa yang kita share haruslah berpadanan dengan ilmu yang kita ada. baiklah sesi pertama bersama Ustaz Zahiruddin menceritakan  sedikit sebanyak tentang teknik penulisan manakala sesi kedua bersama Ustaz Abu Ridhwan pula berkenaan dengan blog. Hakikat yang sebenar saya tidak akan menceritakan kembali semuanya tetapi saya ingin berkongsi beberapa perkara iaitu:
1) sikit ilmu tentang blog
Kata ustaz Abu, dalam penulisan blog sebaiknya kita perlu ada skop kita. Jadi setelah berfikir, saya rasa skop bagi blog saya adalah perkongsian ilmu tidak kira berbentuk motivasi, cerita, sirah, dakwah dll yang penting bagi saya share ilmu yang saya ada. =)
selain itu, Ustaz Abu juga berpesan supaya blog kita biarlah simple tak perlu memikirkan aksesori blog tapi fikirkan apa pengisian kita. (muhasabah diri saya)
blog juga perlulah rajin update supaya dakwah kita tidak terhenti kerana kata Ustaz Abu, bayangkan umat kita sekarang dalam keadaan tenat. jadi mainkan peranan kita selaku da'ie... insyaALLAH saya tidak mampu berjanji kerana saya bimbang saya mungkir janji.. namun saya akan cuba share ilmu bersama-sama...  ^_^
banyak lagi tips yang diberikan, namun setakat ini yang mampu saya sampaikan.. 
2) 7 S dalam organisasi
alhamdulillah,, perkara ini amat menarik minat saya sebab sebelum ini saya tidak tahu tentang 7 S. baiklah, ustaz Abu Ridhwan mendedahkan sedikit teknik pengurusan LANGIT ILAHI iaitu dengan mengamalkan 7 S. 

apakah itu 7 S sahabat2? baiklah terus kepada topic, 7 S adalah:

1)  STRUCTURE    
2)  SYSTEM
3)  STAFFING
4)  STRATEGI
5)  SKILL
6)  STYLE
7)  SHARED VALUE

huraiannya: 

1)  Structure:
    ~ membawa maksud kepada struktur pentadbiran bg sesuatu organisasi, ianya perlu kukuh.

2) System:
   ~ apa yang dimaksudkn dalam system adalah sebagai cth blog, ianya perlu kemas,, agar  
memudahkan urusan organisasi selain mampu untuk memuaskan hati semua. 

pengalaman pihak langit Ilahi, pernah system blog mereka hang disebabkan oleh masalah 

kawal selia blog mereka. jadi kita perlu kukuhkan system dari peringkat kita supaya tidak 
menghadapi masalah seperti apa yang pernah dialami oleh pihak Langit ilahi



3) Staffing:
   ~ This is the MAIN POWER dalam organisasi.. kita perlu kuatkan staffing agar bersesuaian dengan
 organisasi.



4) Strategi:
   ~ ianya perlu ada. kita perlu rancang 2 perkara yang ingin dicapai  iaitu longterm & shorterm.

5) Skill:
   ~ mengikut kefahaman saya, skill ini adalah rentetan dari staffing.. skill juga perlu sentiasa 
diasah agar organisasi akan lebih kuat
.



6) Style:
   ~ style adalah suatu perkara yang unik bagi sesuatu individu. namun style ini perlu bersesuaian 
dengan organisasi kita. sebagai cth perkim ukm dilihat sebagai satu badan dakwah maka kita 

seharusnya membawa style yg bersesuaian dengan apa yang kita bawa.



7) SHARED VALUE:
   ~ shared value adalah rangkuman dari 6 perkara diats yg diikat dengan akidah & ukhwah. maka 
akidah & ukhwah perlu settle dalam setiap organisasi & perlu sentiasa diproses... 



Akhir kalam, sesungguhnya segala yang baik datangnya dari ALLAH dan segalanya kelemahan juga datangnya dari ALLAH juga yang disandarkan kepada saya. semoga ilmu yang saya share mampu memberi manfaat buat semua. terima kasih! 


~Let's work towards Redha Ilahi

by:

♥ NUrfarhani Mokhtar .

wallahu'alam





Selasa, 29 November 2011

::: Satu Hati :::

Assalamualaikum...

Baru-baru ni saya pergi UUM, Sintok, Kedah.... alhamdulillah banyak juga perkara pengurusan yang dipelajari...
malah ada satu lagu yang membuatkan diri ini bersemangat... jom dengar....

SATU  HATI


BILAKAH LAGI KITA SEMUA SATU HATI
BILAKAH LAGI KEAMANAN AKAN DIKECAPI
BILAKAH LAGI ISLAM AKAN DIJULANG TINGGI
BANGUNLAH WAHAI UMMAH KITA SATU HATI

BILAKAH LAGI KITA SEMUA SATU HATI
BILAKAH LAGI KEAMANAN AKAN DIKECAPI
BILAKAH LAGI ISLAM AKAN DIJULANG TINGGI
BANGUNLAH WAHAI UMMAH KITA SATU HATI

MARILAH BERSAMA BERSATU BERJIHAD
MENENTANG KEZALIMAN
OH INSAN SEDARLAH PEMBALASAN TUHAN PASTI AKAN DATANG

MARILAH BERSAMA BERSATU BERJIHAD
MENENTANG KEZALIMAN
OH INSAN SEDARLAH PEMBALASAN TUHAN PASTI AKAN DATANG

JANGAN TAKUT
JANGAN TAKUT BERJUANGLAH UNTUK KEAMANAN

sEsungguhnya diri ini masih mencari kekuatan... 
ALLAH uji diri ini dengan masalah....
tapi baiknya ALLAH bila ALLAH hadirkan saya sahabat-sahabat yang memhami...
walaupun saya jahat pada ALLAH.... 

ALLAH maafkan saya.... =(

:::Rindu:::

Assalamualaikum....

Allahuakbar, sudah lama saya membiarkan blog saya...
sejak dua tiga hari ini saya terasa rindu pada sahabat saya...
dulu sahabat saya selalu beri saya semangat...
saya tidak pasti sahabat saya ingat saya atau tidak...
tak mengapalah... dimana pun sahabat saya berada...
doa saya sentiasa mengiringi dia.... insyaALLAH... =(


Isnin, 25 Julai 2011

::: ReNunGan Bersama :::

 بسم الله الرحمن الرحيم 

ISLAM sebagai cara hidup, mempunyai sistem kehidupan yang teratur bertujuan menjadikan umatnya cemerlang.

Selain galakan, ada pelbagai larangan yang ditegaskan dalam Islam, bertujuan mengelakkan umatnya menjadi mundur. Antaranya:- 




·         Jangan sengaja melewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai Allah, kecuali jika tertidur.

·         Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar) kerana jika terbawa keluar najis akan mengotori seluruh rumah.
·         Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Perbuatan itu makruh kerana membahayakan kesihatan.
·         Jangan membiarkan pinggan dan mangkuk yang sudah digunakan tidak dibasuh. Ia adalah makruh dan mewarisi kepapaan.
·         Jangan tidur selepas solat Subuh kerana dikhuatiri rezeki akan menjadi mahal. Waktu pagi adalah waktu keberkatan.
·         Jangan makan tanpa membaca Bismillah dan doa makan kerana bimbang rezeki kita akan dikongsi dengan syaitan.
·         Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan kerana khuatir kita akan mati dalam perjalanan.
·         Jangan memakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Ia adalah makruh dan mewarisi kepapaan.
·         Jangan biarkan mata kita meliar di perjalanan, kelak hati akan gelap diselaputi dosa.
·         Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak keburukan daripada kebaikannya.
·         Jangan menangguhkan taubat apabila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
·         Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
·         Jangan mengumpat sesama rakan taulan kerana persahabatan akan rosak dan kita hilang bahagia.
·         Jangan lupa bergantung kepada Allah dalam setiap pekerjaan kita. Bimbang nanti kita sombong apabila berjaya dan jika gagal akan kecewa pula.
·         Jangan bakhil bersedekah kerana sedekah memanjangkan umur dan menjadikan rezeki kita murah.
·         Jangan banyak ketawa kerana nanti jiwa kita mati.
·         Jangan membiasakan diri berbohong kerana ia ciri orang munafik dan menghilangkan kasih manusia kepada kita.
·         Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah.
·         Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia kerana akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
·         Jangan mempertikaikan kenapa Islam berkata ‘jangan’ kerana semuanya adalah untuk keselamatan kita. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk ciptaan-Nya.






Sabtu, 16 Julai 2011

::: Pengalaman Hidup (kepentingan al-Quran ) :::

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, sudah lama jari-jemariku tidak menaip untuk ‘meng-update’ blog kesayanganku ini. Alhamdulillah, ALLAH berikan kesempatan untuk saya menulis lagi. Kali ini saya nak story pengalaman hidup saya sehinggalah detik saya menaip sekarang ni.

Saya merupakan anak ke-4 dari 6 orang adik beradik. Dalam family, saya ni pelik sikit. Bukanlah cacat mahupun terencat tapi saya berbeza dari sudut pembawakan karekter diri saya. Bagaimana boleh lain?? Anak angkat ke? Hihi.. tak... Cuma pengalaman hidup banyak mengajar saya segalanya. ALLAH mentakdirkan saya lahir dalam keluarga islam, Alhamdulillah sebaik-baik nikmat dalam hidup ini. Saya ini suka ikut kawan, ingat lagi masa kecik belum masuk tadika saya dah mintak mak saya hantar saya mengaji di rumah kawan saya. Sebenarnya bukan nak mengaji sangat tapi saya nak main dengan kawan. Hihi... itulah moral yang saya dapat ketika itu, kita buat something biarlah dari keikhlasan dihati, memang keikhlasan boleh dipupuk tapi productnya nanti akan berbeza jika dibandingkan dengan something yang kita buat dengan ikhlas. Nak dipendekkan cerita saya mengaji dari umur saya 6 tahun sehingga 10 tahun, still xkhatam.. ALLAH.. saya rasa saya time tu lambat belajar kot. Tapi ustazah sayang saya, saya dihadiahkan mukadam & rehal al-Quran kayu atau ada yang panggil rekal Quran. Terima kasih ustazah rodzi..

::: Rekal/ Rehal al-Quran:::

Alhamdulillah, ayah dinaikkan pangkat maka kami berpindah semasa saya masih berumur 10 tahun. Jadi apa yang kurang baik buat diri saya adalah saya tak lagi belajar mengaji dengan ustazah. Malah saya juga tak masuk sekolah rendah agama. Bayangkan hampir 2 tahun lebih saya tidak mengaji secara berterusan setiap hari. ALLAH, memang saya jahil ketika itu kerana saya lebih mementingkan keseronokan dari penghayatan ajaran Islam. Bukanlah bermakna keluarga saya tidak menitik beratkan kepentingan agama tetapi ianya silap dan salah diri saya juga kerana tidak ada kesedaran ketika itu. Mungkin bagi sesetengah orang, “ala xpe, budak lagi, nanti dah besar dia belajar la agama.” InsyaALLAH selagi ALLAH meneguhkan iman saya, saya tak akan mengabaikan kepentingan didikan agama. Ibu & ayah saya sudah memberikan yang terbaik buat saya tetapi saya tidak menghargainya.

Kesan

ALLAH memurahkan rezeki saya dengan memperoleh 5 A didalam UPSR. Ketika itu, saya memang tak terlintas mahu memasuki sekolah aliran agama sebab saya dah menjadi kekok dalam jawi & juga bacaan ayat suci al-Quran walaupun keseluruhan markah saya Berjaya memperolehi A untuk agama Islam tapi saya tahu tahap kelemahan saya. Benarlah bila kita meninggalkan al-Quran walaupun sehari, ia mampu memberi kesan kepada jangka masa yang panjang. Saya telah ditawarkan ke sekolah berasrama iaitu MRSM Gerik. Ketika dikelas agama, Ustaz saya iaitu Ustaz Nazri atau panggilan mesranya Abi telah memilih beberapa orang pelajar untuk memperdengarkan bacaan ayat al-Quran. ALLAHU ALLAH, nasib saya, Abi Berjaya mengesan kelemahan saya. Saya BUTA AL-QURAN... ALLAHUAKBAR.. itulah KESAN dari mengabaikan kepentingan mengaji didalam hidup saya. Setiap kali kelas agama, orang yang Wajib Abi panggil untuk mengaji adalah saya. Saya baca seolah-olah budak kecil yang baru mengenal al-Quran sedangkan saya belajar mengaji agak lama semasa saya kecil.  Saya sudah tak tahan, selepas kelas agama, saya akan ke tandas untuk menangis sebab malu.

::: Menangis sebab malu kat manusia tapi bukan pada ALLAH :::

Alhamdulillah walaupun saya sekolah sains tapi takdir dari ALLAH mengubah hidup saya. Dari saya buta al-Quran saya menjadi celik al-Quran sehingga semasa di tingkatan dua saya dipilih sebagai naqibah kepada sebuah kumpulan dalam memperbaiki bacaan al-Quran, syukur Husna Hussain ditakdirkan bersama saya didalam group itu jadi dia banyak membantu saya menegur sahabat-sahabat yang salah dalam tajwidnya. Hal ini cukup menyedarkan saya & membuatkan saya jatuh cinta pada keindahan ayat suci al-Quran. Ya saya masih lagi dalam proses mendalaminya.  Bercakap tentang sekolah saya, sekolah saya adalah antara MRSM yang dikira islamik. Kami diwajibkan 5 waktu berjemaah disurau, memakai stokin setiap kali keluar dari kawasan asrama, ada kelas-kelas pengajian al-Quran & kelas taranum bagi pelajar yang terpilih dan berminat serta beberapa perkara yang lain. Malah ketegasan Ustaz-ustaz dalam mengajar kami kepentingan kerohanian amat membantu saya. I learn from there. Saya ingat lagi, kalau ada yang tidur atau ponteng surau, fuhh, ganjaran Denda cukup menakutkan terutama pelajar lelaki. Ustaz Rahim, siapa tak kenal, kegarangan ustaz amat menakutkan student. Buktinya, ada senior yang sudah bekerja masih lagi takut untuk bertemu ustaz tapi walaubagaimanapun ustaz adalah segarang-garang Ustaz & se-caring-caring ustaz di situ. Saya suka belajar dari ustaz. Saya pun pernah didenda sebab duduk dibelakang surau & terlebih garisan pintu. Terkenal sekejap masa tu.. hihi..

::: MRSM Gerik :::


Noktah

Cerita mengenai Pengalaman hidup saya berakhir disini buat setakat ini. Pengajaran yang paling bermakna adalah pupuklah keikhlasan dalam melakukan sesuatu perkara. Buat kerana ALLAH kerana segala perkara yang kita lakukan tidak kira percakapan, perbuatan atau cetusan didalam hati, ALLAH maha Mengetahui. Maka lakukan dan penuhkan diri dengan amal kebaikan kerana esok belum tentu ada buat kita. Selain itu, janganlah tinggal walaupun sehari al-Quran kecuali bersebab bagi wanita. semalas-malas kita pandanglah ayat suci al-Quran. Pengalaman ini bukanlah untuk membuka aib dan kelemahan diri saya tetapi untuk berkongsi pengalaman kesilapan. Supaya biar saya merasai penyesalan jangan sahabat-sahabat merasainya. Besarnya Kasih & Rahmat ALLAH buat hamba-hambaNYA. Hidayah ALLAH itu milikNYA, tugas kita perlulah berusaha mencari & mengekalkan hidayah itu. Sebelum noktah, suka untuk saya berkongsi tentang 4 syarat hidupkan hati dengan al-Quran. Sumber dari iluvislam.com.

Kelebihan al-Quran

Sifat al-Quran  bukan sahaja memberi panduan, pedoman, juga sebagai as-syifa’ & pelengkap keimanan dalam menuju syurga illahi. Al-Quran juga dapat menenangkan hati, membersihkan jiwa & menjamin pahala yang berlipat kali ganda. ALLAHUAKABAR, banyak sangat ganjaran yang ALLAH janjikan buat hamba-hambanya yang berpegang pada al-quran ni.
Bukankah Allah berfirman bermaksud:  ”Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar).” (Surah al-Isra’, ayat 9).
Tak rugi pun kalu kit abaca al-Quran sebab:
Sabda Nabi(s.a.w) :

من قرأ آية من كتاب الله فله بكل حرف عشر حسنات ومن يستمع لها كانت له نورا يوم القيامة
"Siapa yang membaca satu ayat daripada kitab Allah(al Quran) maka untuknya bagi setiap huruf sepuluh kebaikan dan siapa yang mendengar satu ayat daripada al Quran maka ia adalah nur baginya pada hari kiamat"

::: al-Quran mampu melembutkan hati:::

4 syarat hidupkan hati dengan al-quran

HATI yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang. Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri. Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan. Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran.

Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.

Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran, kita memerlukan beberapa syarat:

Pertama, al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh).

Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat.” (Surah al-Isra’, ayat 78).

Kedua, membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: “Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?” (Surah Muhammad, ayat 24).

Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam al-Quran.

Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam
hati pembaca al-Quran kemudian ia menghidupkannya.

Dengan itu
hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.

Ketiga, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya.

Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup
hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui al-Quran.

Keempat, merealisasikan kehambaan (’ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran.

Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.

Pengakhiran

Semoga entry kali ini mampu memberi manfaat buat semua.

Wallahu’alam..

::: Alhamdulillah :::




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...