بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..
Pada kali ini saya akan menyambung persoalan tips bagi memulakan diet. Tips ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dan juga kisah kejayaan rakan-rakan yang pernah saya baca di blog Kevin Zahri..
Seperti yang rakan-rakan sedia maklum, saya mengambil pendekatan diet seimbang yang diperkenalkan oleh sifu Kevin Zahri.. Permulaannya adalah dengan mengikuti beliau di facebook. Namun pada ketika itu, saya belum bersedia untuk menurunkan berat badan. Hanyalah angan-angan mak jenin pada mulanya. Saya kira hampir setahun saya hanya bercakap nak diet tapi saya tak pun bertindak mengorak langkah awal. Kenapa ya jadi begitu? Sebab saya sendiri tak tahu bagaimana nak mulakan diet kerana saya tak arif tentang hal ehwal diet ni!
Maka, saya mulakan dengan betul-betul mengkaji diet seimbang ni menerusi pembelian e-book yang ditulis oleh sifu Kevin Zahri sejak awal bulan 8/2015. Kan saya pernah beritahu bahawa antara sebab awal diet, kerana untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan saya. Majlisnya pada pertengahan bulan 9/2015. Ehh sempat ke nak kurus 'sedikit' ni? Jeng.. jeng.. jeng.. memang tak la awak-awak semua.. saya secara rasmi mulakan diet pun 24/8/2015 dan tempoh kenduri pula tak sampai sebulan. Jadi, pelan tu tak berjaya.. Walau bagaimanapun, saya bersyukur meskipun pada awalnya niat saya salah, namun kerana itu jugalah saya meneruskan perjalanan diet ini dengan semampu saya. Alhamdulillah ^_~
Saya melakukan kajian tentang diet ni dan juga diet lain juga iaitu diet paling digemari ramai iaitu diet atkins ni dalam tempoh sebulan. Setelah ada keyakinan, baru saya mulakan diet secara rasmi.. Saya buat perancangan menu makanan, kalori makanan, jadual penurunan berat, senaman yang sesuai dengan saya, keperluan senaman (pakaian, kasut dll), beli belah makanan yang sihat (semua dengan duit saya sendiri ya!) dan saya selalu membaca kisah kejayaan orang lain untuk menjadi penyuntik semangat agar saya terus bersemangat bagi mendapatkan berat badan yang ideal. insya Allah. Secara ringkas, untuk menurunkan berat ni bukanlah suatu yang mudah, namun jika kita sering beralasan dan tak berani mencuba, sampai bila-bila ia kekal menjadi angan-angan mak jenin. Akhirnya, kita menangislah melihat badan yang semakin memboolaat setiap hari. Noktah!
Baiklah.. bila awak dah ada sedikit ilmu, awak tak perlu pun membeli suplemen mahal-mahal, sertai program untuk kurus, laburkan duit untuk pembedahan dan banyak lagi lah perkara yang membuang duit. Saya tak kata salah untuk lakukan perkara-perkara tersebut JIKA awak mampu dan bekerja. Tapi untuk pelajar dan tak berduit seperti saya, banyak perkara yang perlu di consider. Buatlah ikut kemampuan kita semua ya.. insya Allah. Gitu ^^
Ok farhani.. cukup-cukuplah membebel. mana tipsnya??
Simptom lapar bukan jatuh cinta! ^^
Soalan yang saya
tunggu-tunggu.. haha.. ok baiklah berikut merupakan beberapa tips ringkas
sebelum nak mulakan sebarang diet:
1) Perlu ada ilmu, kaji dan
terus mengkaji tentang diet yang rakan-rakan nak lakukan. Saya sendiri mengkaji
tentang diet seimbang dan diet atkins selama sebulan sebelum betul-betul serius
memulakan diet.
2) Selepas dah buat pilihan
diet apa yang nak ikut, mulakan perancangan! Perancangan saya merangkumi 3
keadaan iaitu sebelum, semasa dan selepas.. ok cadangan saya:
Sebelum mula diet secara rasmi:
~Mulakan kurangkan nasi… Kalau dulu
awak makan 2 pinggan nasi, mungkin dah boleh mula makan sepinggan nasi pula..
kurangkan sehingga awak boleh makan segenggam nasi sahaja setiap kali makan.
^_~
~Haa, kata sayang dan cinta Rasulullah s.a.w., buktikan
dengan mengamalkan sunnah seperti kunyah makanan sebanyak 40 kunyahan, minum
dengan tangan kanan, sebelum makan dan minum baca basmallah, makan dengan
tangan kanan dan sesudah makan jilat jari kerana ada kajian menyatakan bahawa
tangan kanan kita ni ada enzim yang boleh mempercepatkan pencernaan makanan..
mudahkan? Semua amalan itu sudah terbukti baik menurut sains.. indahnya Islam..
SubhanAllah..
~Tukar gaya pemakanan awak. Contoh, sebelum ni
awak suka sangat makan sebelum nak tidur di malam hari.. sekarang, praktis
untuk makan sekurang-kurangnya 4 jam sebelum tidur. Cuba lakukan selama sebulan
dan rasai perbezaannya! Insya Allah ^_~
~ Belajar makan secara kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Ehh, macam mana tu? bukan ke lagi banyak makan lagi trigger untuk jadi gemuk? Nope.. jangan risau.. ini merupakan kaedah yang bagus dalam meningkatkan metabolisma badan dan mengaktifkan sistem pencernaan kita. Kalau dulu awak makan sekali sehari sahaja, sekarang awak tukar makan 6 kali sehari. Secara ringkas, sarapan, makan pagi, makan tengah hari, makan petang, makan malam dan supper. Buat rakan-rakan yang pernah tinggal di asrama akan biasa dengan rutin ni.. Contoh menu makanan dan sebagainya akan saya kongsikan dalam perkongsiaan yang seterusnya (Diari Kurus dan Sihat Cik Hani Vol 3..) insya Allah.
Semasa fasa diet:
~Make sure
awak dah hadam betul-betul diet yang awak nak follow tu ya..
~Buat pelan diet dan rekod penurunan berat
seminggu sekali. Tujuan untuk memastikan kita capai sasaran dan masih
meneruskan diet sehingga berjaya. Saya suka rekod berat setiap hari ahad
sebelum sarapan dan selepas ke tandas. Terpulang kepada masing-masing.
~Kalau awak mulakan diet dengan berat badan di
fasa obes dan lebih dasyat dari obes, saya cadangkan awak lakukan workout/senaman/cardio
yang ringan (low impact) supaya awak tak mengalami masalah kesihatan yang lain
pula. Selain itu, buat medical checkup tau! Sebab ada kes meninggal dunia
selepas mengikuti program diet. Arwah menghidap masalah jantung. Itu yang kita
bimbangkan. Tak salah untuk melakukan senaman, namun senaman bukanlah
penyumbang utama penurunan berat tetapi pemakanan yang sihat menjadi penentu kejayaan diet awak. Saya selalu berpesan kepada rakan-rakan saya supaya jangan paksa diri
untuk bersenam kalau tak mampu kerana kita nak pakai lama organ-organ dalam
badan kita.. seluruh jasad kita adalah amanah Allah buat kita. Jaga elok-elok
ya.. Nak Berjaya dalam proses turunkan berat badan ini, guna formula ni.. iaitu
70%-80% ~ Jaga pemakanan
20%-30% ~ Senaman
~ Tak salah awak nak reward diri awak sekali
seminggu tapi jangan over limit pula
ya! Yang penting awak enjoy
perjalanan penurunan berat ini.. jangan stress dan saya selalu pesan pada diri,
nak cepat sangat turun berat ni nak pergi mana? Haha.. melainkan awak nak kurus
sebab nak kahwin dll la..
Selepas Berjaya dalam perjalanan menurunkan
berat badan:
~Jangan enjoy
sangat ya.. nak enjoy boleh
tetapi make sure berat awak tak naik
mendadak sehingga awak kembali membolaatt macam dulu.. hee.. letih tau nak
diet!
~Perancangan / pelan diet yang baru pula untuk
kekalkan berat badan dan kekal sihat..
~ Boleh buat senaman high impact untuk tone up
muscle dan dan nak dapat badan yang lebih fit dan cantik
~ Teruskan amalan diet awak dan semoga Berjaya!
3) Kuatkan semangat dan
tekad. Abaikan cercian, makian dan pujian orang. Kita nak Berjaya, kita perlu
bergantung pada diri kita bukan pada cakap-cakap orang ya..
4) Letak sebab yang kukuh,
kenapa awak nak sangat diet.. Usahakan atas sebab tersebut..
5) Selalu baca kisah-kisah kejayaan orang lain yang dah kurus jika rasa hati tak kuat dah. Saya syorkan untuk awak menyertai kumpulan kelab diet atkins di facebook. Segalanya adalah percuma. Walau pun saya bukan pengamal tegar diet atkins, tapi bila ikuti group tersebut, banyak ilmu yang saya dapat.
6) Cari seseorang yang dah berjaya untuk dijadikan contoh buat kita. Kalau saya, saya suka dan kagum dengan kejayaan Sis Zulaikha Fallen, pengamal diet atkins yang dah berjaya menurunkan berat badan dalam masa yang sangat singkat. SubhanAllah, hebat! Beliau juga mengekalkan identiti sebelum diet dan selepas diet. Menutup aurat ^_~ syabas sis!
7) Enjoy your journey! Jangan stress! Nikmati perjalanan ini dengan
hati yang gembira J
Semoga Berjaya!
Setakat itu sahaja tips dari saya untuk kali ini. Nantikan perkongsian saya yang seterusnya berkaitan topik contoh makanan yang saya amalkan semasa dalam proses penurunan berat.. insya Allah.. doakan saya mempunyai kelapangan waktu untuk berkongsi ya..
Terima Kasih.. جزاك
اللهُ خيرًا
Wallahu'alam
0 comments:
Catat Ulasan