بسم
الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum.. dah
agak lama saya tak update blog.. semakin berhabuk.. Masya
Allah ^_~ Lately saya agak sibuk dengan urusan pengajian saya diperingkat
Master. Doakan saya ya rakan-rakan. Tahun 2014 pula saya sibuk kerana saya bekerja.
Hmm.. Saya tak sempat nak berkongsi apa sahaja, tapi tak mengapa.. Saya akan
cuba untuk menulis atau berkongsi semampu saya. Jika diizinkan Allah dan masih
bernyawa, bermula tahun ini serta tahun-tahun mendatang.. saya bercadang
untuk berkongsi apa sahaja ilmu atau pengalaman yang saya dapat tidak kiralah
bersifat duniawi atau ukhrawi.. Tujuan utama blog ini saya buat untuk
berkongsi. Malah, saya juga telah highlightkan hadis
di tepi blog saya
iaitu:
Dari Abdullah bin Amr radiyallahu ta'ala 'anhu, bahawa Nabi s.a.w bersabda:
بَلِّغُوا
عَنِّى وَلَوْ آيَةً
“Sampaikanlah
dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)
"sampaikanlah
dariku walau hanya satu ayat.." Ringkas tapi penuh bermakna. Walaupun satu
ayat dan dengan izin Allah pasti ada kebaikan dan manfaat kepada umat manusia.
Oleh yang demikian, saya amat berharap dengan sebarang perkongsian saya selepas
ini meskipun lebih bersifat duniawi, akan memberi manfaat kepada diri saya
sendiri malah rakan-rakan pembaca yang lain. Saya akan berusaha untuk
menjadikan penulisan saya meskipun tentang duniawi ada terselit ingatan kita
kepada akhirat.. Itu adalah harapan saya.. Doakan saya istiqamah ya rakan-rakan
semua.. Terima Kasih.. جزاك اللهُ خيرًا
Antara target saya
selepas ini, saya ingin berkongsi perjalanan diet saya (diari sihat cik
hani), perihal penjagaan diri dan kesihatan, sebarang ilmu yang saya dapat
semasa menyertai majlis ilmu, pengalaman master, pengalaman menyiapkan tesis,
bicara alam, resepi dan sebagainya. Tentang diet, saya sudah berjanji
dengan rakan saya untuk menulis di blog sebab agak ramai yang bertanya
bagaimana saya boleh menurunkan berat badan. Sukar untuk saya terangkan satu
per satu dan dengan harapan menerusi blog ini, lebih ramai akan berazam untuk sihat
kerana Allah.. insya Allah.. Hmm.. cukuplah coretan saya pada kali ini..
Maafkan saya jika ada tersalah kata dan bicara.. Sehingga berjumpa pada
perkongsian yang seterusnya.. insya Allah ^_~
Wallahu'alam
Wallahu'alam
0 comments:
Catat Ulasan