بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum... alhamdulillah bersyukur ke hadrat ALLAH kerana atas izin NYA saya berpeluang meluangkan masa selama 4 jam sahaja untuk bersama-sama menjadi salah seorang penghibur hati adik-adik darul izzah, teras jernang, bangi, selangor... Alhamdulillah
Darul izzah pada hari ini telah menempatkan 21 orang pelajar lelaki yang telah menjadi yatim piatu. Tidak kesemua diantara mereka kehilangan kedua-dua ibu bapa, kerana ada diantaranya masih mempunyai ibu dan adik-beradik yang lain. Namun, kesempitan wang dan tiada tonggak utama pencari rezeki iaitu ayah mentakdirkan adik-adik ini masuk ke pusat Darul izzah... adik-adik di sini berusia seawal 10 tahun sehingga 16 tahun. Apabila saya lihat dicarta tentang profile adik-adik ini, ada yang sudah masuk ke pusat ini sejak daripada tahun 2005 lagi. Adik yang bercita-cita nak jadi chef nie sekarang berusia 16 tahun dan masuk ketika berusia 9 tahun. Masya ALLAH! masih kecil lagi adik ini sudah kehilangan ibu/ayah...
Sahabat seperjuangan yang kini menjadi TYDP PERKIM UKM menjemput saya seminggu sebelum program berlangsung lagi.. alhamdulillah, ALLAH beri kesempatan waktu untuk saya bersama-sama menyertainya... kami tiba di pusat ini seawal jam 9 pagi lagi.. UKM tak jauh pun dari teras jernang ni.. hehe. kami memulakan sesi ta'aruf sementara menanti adik-adik bersiap selepas mereka menjalankan trainning silat sebelum kami sampai. setelah itu, kami dari kumpulan 7 menerima adik-adik seramai 2 orang (sedih kumpulan lain 3 orang sobs.. sobs... hihi). Adik dari kumpulan saya ialah adik Talha (15 tahun) yang bercita-cita menjadi polis dan adik Ziqrul (13 tahun) bakal pilot satu masa nanti.. insya ALLAH...
adik ziqrul (berbaju putih biru) dan adik talha (berbaju merah)
LDK Pertama kami iaitu sesi ta'aruf dan mencipta logo kumpulan bersama-sama adik-adik. bayangkan lukisan logo yang dihasilkan adalah hasil kreativiti mereka sendiri. subhanallah! ALLAH beri kelebihan pada adik talha iaitu pandai melukis dan adik ziqrul pula pandai mencari idea.. ^_^ malah, adik talha nie ada adik lelaki juga di sini dan adiknya juga pendai melukis,, ALLAHUAKBAR! LDK seterusnya kami bermain & adik-adik kelihatan sangat seronok... dan LDK terakhir adalah decoration cake bayangkan adik-adik disini semua lelaki tau tapi... mari lihat hasil setiap kumpulan men-decorate cake... hihi
sebelum & bahan-bahannya
kumpulan saya siap dulu.. kami kakak-kakak & abang2 tak hias pun semuanya hasil nukilan adik-adik kumpulan saya dan kumpulan 6.. lihat hasilnya:
comel sangat (kumpulan adik-adik saya)
semangat semua :)
tekun dengar taklimat ye & tak sabar nak hias hihi
hasil air tangan adik-adik darul izzah kecuali kek yang besar berwarna coklat :)
hebatkan? subhanallah!
adik-adik kumpulan saya yang sangat ceria!
yang memegang kek tue insya ALLAH bakal chef.. aamiin ya ALLAH :)
kek paling cantik dihias tapi dihias oleh kakak fasi bukan adik2.. hihi
adik amir... bak kata adik ziqrul, adik nie lagi cute & baik... hihi
adik yang memakai baju hitam berkopiah coklat cair tue adik ziqrul kata aaron aziz malaysia! dan adik nie sangat ceria dan aktif.. ^_^
sElingan....
antara kucing yang menjadi penghibur adik-adik di sana :)
adik ziqrul kata nie kucing paling jinak dan manja
cerianya adik-adik dan akak fasi nie
terima kasih kaksu & gee sebab sudi bersama-sama saya <3
princess kak za.. a.k.a penasihat tak bertauliyah... hihi... jangan marah
ydp kelab PERKIM UKM memberi cenderamata kepada adik-adik..
yang berseluar merah tu adik kepada adik talha dan yang berbaju kuning memegang anak perempuannya yang comel tue pula Ustaz Salahuddin, Penjaga Rumah Anak Yatim Darul Izzah. semoga ALLAH merahmati ustaz kerana menjaga & mendidik adik-adik itu semua.. aamiin ya ALLAH.
Last but not least,,
kami semua.. semoga ukhwah yang terjalin kekal buat selamanya.. aamiin ya ALLAH :)
"Aku dan pengasuh anak yatim (kelak) di syurga seperti dua jari (Rasulullah s.a.w menunjuk jari telunjuk dan jari tengh dan merapatkan keduanya"
(HR. Bukhari)
"Demi yang mengutus aku dengan hak, ALLAH tidak menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya..."
(HR. At-Tabhrani)
wallahu'alam... :)
0 comments:
Catat Ulasan