بسم الله الرحمن الرحيم
Sambungan vol
3...
Assalamualaikum..
Topik yang ingin saya bawakan pada kali ini ialah lebih kepada pengalaman atau sejarah kegemukkan saya... Salah seorang sahabat saya ini tertanya-tanya bagaimana saya boleh naik berat secara mendadak.. haha.. Awak, saya taklah naik terus secara mendadak.. Saya jadi membulat ni ambil masa bertahun juga. Lagipun setelah hampir 4 tahun meninggalkan Matrikulasi, barulah saya berjumpa kembali dengan sahabat saya ini . Haa, sepanjang waktu itulah saya mengumpul lemak. Adehh, Farhani!
Sejarah Kegemukkan Cik Hani
Sejak kecil saya antara yang paling kurus dalam keluarga. Ya, sebenarnya semua adik beradik saya kurus kecuali adik di bawah saya. Itupun adik saya mula berisi selepas mak bagi suplemen penambah selera makanan kepadanya (Saya tumpang makan juga sebab sedap! hihi).
Jadi bila awak start membulat ni??
Detik
permulaan kegemukan saya ialah semasa bermula semester 2 di kolej matrikulasi
Gopeng, Perak (KMPK)... Iaitu pada tahun 2009...
Ehh, bagaimana boleh gemuk Farhani, awakkan makan sekali sehari sahaja?
Ya betul. saya makan sekali sehari tetapi kuantiti makanan yang diambil banyak. Seperti orang lain, saya pun makan nasi dan kesilapannya ialah pada lauk wajib saya iaitu kentang. Saya makan kentang sama banyak dengan nasi. Kita
tahu bahawa kentang dan nasi ialah komponen karbohidrat. Jika pengambilan sumber karbohidrat tersebut berlebihan, akhirnya karbohidrat yang tak diperlukan badan akan bertukar menjadi
lemak. Itulah yang berlaku kepada saya. Selain itu,
kekerapan saya makan dalam sehari turut berubah. Saya masuk asrama sejak tingkatan 1
sehingga tingkatan 5. Setelah itu, saya masuk PLKN pula. Pola pemakanan di
asrama dan PLKN ialah 6 kali sehari makan. Tetapi apabila, saya melanjutkan
pelajaran diperingkat pra-universiti di KMPK, saya mula makan sebanyak 1 kali
sehari. Mungkin sistem dalam badan saya mula keliru.
Macam mana awak boleh ada masalah begitu?
Hmm.. Barulah saya tahu.. Rupa-rupanya saya jadi begitu akibat daripada gaya hidup saya yang tidak sihat sejak KMPK dan saya tinggalkan sukan. Hormon saya tak stabil. Itulah puncanya. Kini saya boleh tersenyum gembira. Alhamdulillah.. Semuanya atas izin Allah. Apabila kita gemuk, pelbagai penyakit boleh kita dapat. Saya bersyukur kerana saya bebas masalah kesihatan seperti kencing manis, sakit jantung, hypertension dan sebagainya. Saya juga bersyukur kerana sempat untuk turn back menjadi diri saya seperti di zaman sekolah. Sihat. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah..
Berat yang pernah saya capai paling maksimum sekitar 90kg++ semasa tahun 2013. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang menanggung ni akibat berat badan saya yang sangat berat.. alahai...
Masya Allah! Obes kot farhani Tahun 2013. Mengapa jadi begitu?
Berat saya naik mendadak kerana saya stress yang melampau. Bulan yang paling sedih dan stress yang pernah saya lalui dalam hidup ialah pada bulan Mei dan Jun 2013. Pada bulan Mei, bermula dengan peristiwa gagal dalam soal hati. Tak mengapalah bukan jodoh saya dan Allah juga Maha Tahu apa yang Terbaik buat hamba-hambaNYa. Ya, tipu jika saya cakap saya tidak sedih kerana sudah lama saya kekal bertahan dalam hubungan itu. Ada hikmah disebalik yang berlaku. Kesedihan itu bertambah apabila saya kesuntukkan duit untuk membayar baki yuran sebanyak RM400. Saya buntu dan tak tahu nak mencari duit di mana. Apa yang saya lakukan ialah saya pergi mencari makanan untuk menghilangkan stress saya. Aduhai Farhani! haha.. Mengapa saya tiada wang? kerana saya menghadapi masalah tiada tajaan selama setahun akibat PNG yang tak memenuhi syarat penaja saya. Apabila PNG saya jatuh teruk, PNGK juga ikut jatuh sama. Semuanya salah saya, saya terlalu aktif semasa tahun 2 di Universiti sehingga tak mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Akibatnya, 2 semester saya tidak mendapat bantuan kewangan.
Kenangan zaman sekolah semasa tingkatan 5.. (2008)
Ketika ini saya atlet larian jarak jauh
Saya juga
terus tak aktif dalam sukan olahraga semasa di KMPK. Dulu setiap kali riadah semasa di asrama, hobi saya ialah
dengan berjogging. Tetapi semuanya berubah, saya tinggalkan
hobi saya. Untuk pengetahuan semua, saya mula berlari semula pada tahun 2016.
Bayangkan berapa lama saya tinggalkan dunia larian ini. Hampir 6-7 tahun..
hmm.
Semasa di KMPK, kali terakhir saya kurus. (2009)
Awak ni
dah gemuk, takde masalah kesihatan ke?
Ada...
Semasa semester 2 tahun 1, saya menghadapi masalah kesihatan yang pernah saya
ceritakan dalam Diari Vol 1. Saya mula bimbang dan menangis sebab tak pernah
jadi begitu. Persoalan yang timbul ketika itu kenapa ya boleh jadi macamtu?
Macam-macam saya fikir, adakah aku mengandung? Aishh mana boleh mengandung jika couple pun tak pernah, berdating dan bertepuk
tampar dengan ajnabi pun saya tak pernah lakukan sepanjang hidup saya.. T_T
Adakah saya ada barah rahim? Adakah saya sakit? Adakah saya ada cyst atau
fibroid? Haishh.. macam-macam saya fikir.. lawak bila teringat kembali. Paling
teruk boleh saya fikir mengandung.. Aduhai. Bagaimana boleh saya berfikiran
begitu. Setelah bertahun-tahun menghadapi masalah tersebut dan masuk tahun
2016, sudah genap 3 tahun saya berjumpa pakar.. Saya sudah kembali normal sejak
bulan 9/2015. Alhamdulillah...
Macam mana awak boleh ada masalah begitu?
Hmm.. Barulah saya tahu.. Rupa-rupanya saya jadi begitu akibat daripada gaya hidup saya yang tidak sihat sejak KMPK dan saya tinggalkan sukan. Hormon saya tak stabil. Itulah puncanya. Kini saya boleh tersenyum gembira. Alhamdulillah.. Semuanya atas izin Allah. Apabila kita gemuk, pelbagai penyakit boleh kita dapat. Saya bersyukur kerana saya bebas masalah kesihatan seperti kencing manis, sakit jantung, hypertension dan sebagainya. Saya juga bersyukur kerana sempat untuk turn back menjadi diri saya seperti di zaman sekolah. Sihat. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah..
Alhamdulillah..
berapa kg awak yang paling berat?
Berat yang pernah saya capai paling maksimum sekitar 90kg++ semasa tahun 2013. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang menanggung ni akibat berat badan saya yang sangat berat.. alahai...
Masya Allah! Obes kot farhani Tahun 2013. Mengapa jadi begitu?
Berat saya naik mendadak kerana saya stress yang melampau. Bulan yang paling sedih dan stress yang pernah saya lalui dalam hidup ialah pada bulan Mei dan Jun 2013. Pada bulan Mei, bermula dengan peristiwa gagal dalam soal hati. Tak mengapalah bukan jodoh saya dan Allah juga Maha Tahu apa yang Terbaik buat hamba-hambaNYa. Ya, tipu jika saya cakap saya tidak sedih kerana sudah lama saya kekal bertahan dalam hubungan itu. Ada hikmah disebalik yang berlaku. Kesedihan itu bertambah apabila saya kesuntukkan duit untuk membayar baki yuran sebanyak RM400. Saya buntu dan tak tahu nak mencari duit di mana. Apa yang saya lakukan ialah saya pergi mencari makanan untuk menghilangkan stress saya. Aduhai Farhani! haha.. Mengapa saya tiada wang? kerana saya menghadapi masalah tiada tajaan selama setahun akibat PNG yang tak memenuhi syarat penaja saya. Apabila PNG saya jatuh teruk, PNGK juga ikut jatuh sama. Semuanya salah saya, saya terlalu aktif semasa tahun 2 di Universiti sehingga tak mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Akibatnya, 2 semester saya tidak mendapat bantuan kewangan.
Pada semester 1 tahun 3, semasa tiada tajaan saya merahsiakan daripada
pengetahuan keluarga saya. Ketika itu, saya buat part time dan melepaskan semua
jawatan yang ada. Pada masa itu, saya hanya bertawakal kepada Allah. Saya tak boleh
lupa perasaan saya ketika dalam poket saya hanya ada RM0.50 sahaja.
Allahurabbi.. Akibat daripada tiada duit, saya makan bubur hampir setiap
hari. Saya tak mampu nak makan makanan yang lebih sihat dan memang memberi
kesan kepada berat badan saya kerana sumber utama makanan saya hanyalah
karbohidrat. Tidak seimbang. Allah sahaja yang tahu apa yang saya rasa.
Tetapi Allah hadirkan saya teman yang baik dan memahami. Terima kasih buat
sahabat saya Nadila Ma'aroff (Jom support bisnes kawan saya ni ya!) yang membantu saya
untuk menghadapi hari-hari saya yang sukar. Namun begitu, saya masih rasa
sangat bersyukur kerana masih ada duit untuk beli beras dan boleh makan
berbanding saudara kita yang mungkin berhari-hari tak dapat makan. Allahu
Allah. T_T.. Semasa tahun 3, saya memang betul-betul fokus dan alhamdulillah
PNGK saya naik semula meskipun tak seperti keputusan tahun 1. Rezeki, saya
masih berpeluang menyambung pengajian diperingkat Master. Alhamdulillah. Terima
kasih buat Dr Eddie kerana mempercayai saya. Doakan saya ya rakan-rakan.
Jubah ini saya beli sangat besar tetapi saya hampir muat-muat.. T_T
(2013)
Selain ujian soal hati dan kewangan, saya menghadapi
masalah ketika writing tesis. Tesis saya bermasalah sehingga
apa yang menyedihkan saya bukan kerana saya dihentam teruk semasa viva
tetapi........... biarlah ia kekal rahsia dan saya sudah pun memaafkan serta
saya anggap itu sebagai ujian buat diri saya. Malah, saya anggap itu ialah
teguran Allah buat diri saya. insya Allah.. Mungkin saya pernah menyakitkan
hati orang tanpa saya sedari. Maafkan saya ya kawan-kawan dan semua yang
mengenali, jika saya ada buat silap tegur saya ya.
Semester 2 tahun 3.. Paling berisi sepanjang hidup saya. Masya Allah.
Selepas peristiwa yang berlaku habis viva, saya menangis tak berhenti akibat terlalu stress. Saya masih ada exam keesokkan harinya. Saya mohon Allah
kuatkan hati saya. Alhamdulillah Allah sangat baik. Saya dapat jawab exam
dengan baik dan keputusan exam saya juga cemerlang. Alhamdulillah. Hakikatnya,
saya memang dah mula berisi sewaktu semua peristiwa tersebut berlaku, namun
bertambah berisi akibat stress. Saya tahu bahawa setiap orang mengawal stress
dengan cara masing-masing. Kesilapan saya ialah saya menghadapi stress dengan
makan dan makan. hmm..
Berkonvo dengan badan yang chubby.. 10/2013
Itu
sahaja cerita disebalik punca kegemukkan saya. Bukan salah sesiapa tetapi salah
saya kerana saya tidak berjaya mengawal emosi dengan baik dan menangani stress
dengan cara yang salah..
Permulaan
diet 24/8/2015
Buat
rakan pembaca yang menghadapi masalah kegemukan.. kisah kita mungkin berbeza..
Namun kita menghadapi masalah yang sama. Jangan takut untuk menghadapinya.
Kuatkan semangat dan tekad untuk berubah. Saya sendiri nekad untuk berubah selepas 5 tahun menyimpan lemak dan diet saya bermula pada tarikh
24/8/2015.
Permulaan diet 24/8/2015.. Pipi sangat chubby!
Sesungguhnya,
perubahan itu perlu demi kesihatan kita kerana tubuh badan yang kita ada ini ialah amanah
dari Allah untuk kita jaga dengan sebaiknya. Sebaiknya, biarlah kita kembali
kepada Allah dalam keadaan yang sempurna semampu kita. Sebagimana kita mahukan
barang kita dikembalikan dalam keadaan yang terbaik setelah dipinjam. Namun,
Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang, Allah memang tidak menilai bagaimana
fizikal kita semasa kembali kepadaNya, namun iman dan amalan kita yang menjadi
perhitungan. Walau bagaimanapun, tak salah untuk kita beri yang terbaik untuk
Allah Yang Maha Esa.. Berusahalah untuk sihat supaya dengan sihatnya tubuh
badan kita, kita lebih bersemangat untuk beribadah kepada Allah. Tak mahukah
kita, apabila menjangkau usia 50-an, kita masih lagi sihat dan segar untuk
meningkatkan amal ibadat kita kepada Allah? Seronok bukan, apabila kita berusia
70-an, kita masih mampu berjalan dengan sempurna untuk pergi ke masjid atau
mungkin menunaikan haji atau umrah di kota suci Mekah..? SubhanAllah.. Itulah
impian saya.. Saya harap kita semua juga ingin kekal sihat sehingga sampai ajal
kita.
Oleh itu bermula esok... ehhh bukan
esok tetapi detik ini.. berusahalah menjaga kesihatan agar impian kita di hari
tua menjadi kenyataan. Kalau bukan sekarang bila lagi? Tepuk dada, tanya diri
dan iman, apa yang kita mahukan dalam hidup. Muhasabah diri, pengakhiran yang
bagaimana yang kita inginkan? Semuanya terpulang kepada kita.. Alhamdulillah
jika ada terdetik sedikit dalam hati rasa ingin melakukan perubahan untuk kehidupan yang lebih baik... Walau bagaimanapun, tajdid semula niat kurus kerana Allah supaya siapa kita sebelum dan selepas adalah sama. Maksud saya, jika dulu semasa gemuk, kita seorang yang menutup aurat dengan sempurna. Pastikan apabila kurus kita masih seperti itu. Sebaliknya jika semasa gemuk kita masih tidak bersedia menutup aurat seperti yang dituntut agama, lakukanlah perubahan untuk melaksanakan apa yang disukai Allah. Barulah kita akan merasai manisnya perjalanan penurunan berat badan ini. Insya Allah.. ^_^
Ketika saya sudah loss 19kg. 2016.
Selain itu, saya suka
membaca penulisan oleh Ustadz
Dr. Eng. H. Yunus Daud (2015). Menurut beliau, Rasulullah adalah suri tauladan bagi
manusia. Rasul sihat sepanjang hayat. Kenapa Rasul sihat? Kerana Rasulullah
adalah Al Quran yang berjalan (kesimpulan daripada isteri baginda, Saidatina
Aishah) segalanya seimbang sesuai dengan Al Quran. Makannya seimbang,
mudah senyum dan tidak mudah marah, rajin berzikir, khusyuk dalam ibadah. Jom
contohi Rasulullah s.a.w. ya.. Akhir kalam, makanlah ikut keperluan bukan
kehendak dan makanlah ikut taqwa.. Semoga kita semua dalam redha dan kasih
sayang Allah.. aamiin ya Allah..
Nantikan perkongsian saya yang seterusnya berkenaan BMI dan BMR serta berkenaan kalori makanan dalam Diari Vol 5.. insya Allah..
Terima
Kasih.. جزاك اللهُ خيرًا
Wallahu'alam...
GET INSTANT SUPPORT ON ANY ITBIT PRODUCT
BalasPadamDo you need support from the professionals to fix your Itbit errors? Itbit errors are always time-consuming and troubling. In order to attain the best solutions, you can dial Itbit customer support number 1800-665-6722 and attain the felicitous solutions and remedies from the bunch of individuals who have years of experience and can handle all types of queries in a best way. They are always there to support you, whenever you are in trouble.
itbit number
itbit customer support number
itbit customer support hours
contact itbit customer support
itbit customer support telegram
itbit customer support reddit
itbit exchange customer support
itbit customer support phone
itbit customer support email
itbit customer support usa
itbit customer support chat
customer support itbit
how to contact itbit customer support
Barakallah..aby pun dah kurus.kenapa tutup muka? Aby tak kenal student aby batch mrsm kan!
BalasPadam