.: FoLLoWer :.

Memaparkan catatan dengan label PENGALAMAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PENGALAMAN. Papar semua catatan

Jumaat, 29 April 2016

::: Diari Kurus dan Sihat Cik Hani Vol 4 :::

بسم الله الرحمن الرحيم

Sambungan vol 3...

Assalamualaikum.. 

Topik yang ingin saya bawakan pada kali ini ialah lebih kepada pengalaman atau sejarah kegemukkan saya... Salah seorang sahabat saya ini tertanya-tanya bagaimana saya boleh naik berat secara mendadak.. haha.. Awak, saya taklah naik terus secara mendadak.. Saya jadi membulat ni ambil masa bertahun juga. Lagipun setelah hampir 4 tahun meninggalkan Matrikulasi, barulah saya
 berjumpa kembali dengan sahabat saya ini . Haa, sepanjang waktu itulah saya mengumpul lemak. Adehh, Farhani! 

Sejarah Kegemukkan Cik Hani

Sejak kecil saya antara yang paling kurus dalam keluarga. Ya, sebenarnya semua adik beradik saya kurus kecuali adik di bawah saya. Itupun adik saya mula berisi selepas mak bagi suplemen penambah selera makanan kepadanya (Saya tumpang makan juga sebab sedap! hihi). 

Jadi bila awak start membulat ni?? 

Detik permulaan kegemukan saya ialah semasa bermula semester 2 di kolej matrikulasi Gopeng, Perak (KMPK)... Iaitu pada tahun 2009...

Ehh, bagaimana boleh gemuk Farhani, awakkan makan sekali sehari sahaja? 

Ya betul. saya makan sekali sehari tetapi kuantiti makanan yang diambil banyak. Seperti orang lain, saya pun makan nasi dan kesilapannya ialah pada lauk wajib saya iaitu kentang. Saya makan kentang sama banyak dengan nasi. Kita tahu bahawa kentang dan nasi ialah komponen karbohidrat. Jika pengambilan sumber karbohidrat tersebut berlebihan, akhirnya karbohidrat yang tak diperlukan badan akan bertukar menjadi lemak. Itulah yang berlaku kepada saya. Selain itu, kekerapan saya makan dalam sehari turut berubah. Saya masuk asrama sejak tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Setelah itu, saya masuk PLKN pula. Pola pemakanan di asrama dan PLKN ialah 6 kali sehari makan. Tetapi apabila, saya melanjutkan pelajaran diperingkat pra-universiti di KMPK, saya mula makan sebanyak 1 kali sehari. Mungkin sistem dalam badan saya mula keliru.  


Kenangan zaman sekolah semasa tingkatan 5.. (2008)
Ketika ini saya atlet larian jarak jauh

Saya juga terus tak aktif dalam sukan olahraga semasa di KMPK. Dulu setiap kali riadah semasa di asrama, hobi saya ialah dengan berjogging. Tetapi semuanya berubah, saya tinggalkan hobi saya. Untuk pengetahuan semua, saya mula berlari semula pada tahun 2016. Bayangkan berapa lama saya tinggalkan dunia larian ini. Hampir 6-7 tahun.. hmm. 

Semasa di KMPK, kali terakhir saya kurus. (2009)

Awak ni dah gemuk, takde masalah kesihatan ke?

Ada... Semasa semester 2 tahun 1, saya menghadapi masalah kesihatan yang pernah saya ceritakan dalam Diari Vol 1. Saya mula bimbang dan menangis sebab tak pernah jadi begitu. Persoalan yang timbul ketika itu kenapa ya boleh jadi macamtu? Macam-macam saya fikir, adakah aku mengandung? Aishh mana boleh mengandung jika couple pun tak pernah, berdating dan bertepuk tampar dengan ajnabi pun saya tak pernah lakukan sepanjang hidup saya.. T_T Adakah saya ada barah rahim? Adakah saya sakit? Adakah saya ada cyst atau fibroid? Haishh.. macam-macam saya fikir.. lawak bila teringat kembali. Paling teruk boleh saya fikir mengandung.. Aduhai. Bagaimana boleh saya berfikiran begitu. Setelah bertahun-tahun menghadapi masalah tersebut dan masuk tahun 2016, sudah genap 3 tahun saya berjumpa pakar.. Saya sudah kembali normal sejak bulan 9/2015. Alhamdulillah...

Macam mana awak boleh ada masalah begitu?

Hmm.. Barulah saya tahu.. Rupa-rupanya saya jadi begitu akibat daripada gaya hidup saya yang tidak sihat sejak KMPK dan saya tinggalkan sukan. Hormon saya tak stabil. Itulah puncanya. Kini saya boleh tersenyum gembira. Alhamdulillah.. Semuanya atas izin Allah. Apabila kita gemuk, pelbagai penyakit boleh kita dapat. Saya bersyukur kerana saya bebas masalah kesihatan seperti kencing manis, sakit jantung, hypertension dan sebagainya. Saya juga bersyukur kerana sempat untuk turn back menjadi diri saya seperti di zaman sekolah. Sihat. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.. 

Alhamdulillah.. berapa kg awak yang paling berat?

Berat yang pernah saya capai paling maksimum sekitar 90kg++ semasa tahun 2013. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang menanggung ni akibat berat badan saya yang sangat berat.. alahai...

Masya Allah! Obes kot farhani Tahun 2013. Mengapa jadi begitu?

Berat saya naik mendadak kerana saya stress yang melampau. Bulan yang paling sedih dan stress yang pernah saya lalui dalam hidup ialah pada bulan Mei dan Jun 2013.  Pada bulan Mei, bermula dengan peristiwa gagal dalam soal hati. Tak mengapalah bukan jodoh saya dan Allah juga Maha Tahu apa yang Terbaik buat hamba-hambaNYa. Ya, tipu jika saya cakap saya tidak sedih kerana sudah lama saya kekal bertahan dalam hubungan itu. Ada hikmah disebalik yang berlaku. Kesedihan itu bertambah apabila saya kesuntukkan duit untuk membayar baki yuran sebanyak RM400. Saya buntu dan tak tahu nak mencari duit di mana. Apa yang saya lakukan ialah saya pergi mencari makanan untuk menghilangkan stress saya. Aduhai Farhani! haha.. Mengapa saya tiada wang? kerana saya menghadapi masalah tiada tajaan selama setahun akibat PNG yang tak memenuhi syarat penaja saya. Apabila PNG saya jatuh teruk, PNGK juga ikut jatuh sama. Semuanya salah saya, saya terlalu aktif semasa tahun 2 di Universiti sehingga tak mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Akibatnya, 2 semester saya tidak mendapat bantuan kewangan. 

Pada semester 1 tahun 3, semasa tiada tajaan saya merahsiakan daripada pengetahuan keluarga saya. Ketika itu, saya buat part time dan melepaskan semua jawatan yang ada. Pada masa itu, saya hanya bertawakal kepada Allah. Saya tak boleh lupa perasaan saya ketika dalam poket saya hanya ada RM0.50 sahaja. Allahurabbi.. Akibat daripada tiada duit, saya makan bubur hampir setiap hari. Saya tak mampu nak makan makanan yang lebih sihat dan memang memberi kesan kepada berat badan saya kerana sumber utama makanan saya hanyalah karbohidrat. Tidak seimbang. Allah sahaja yang tahu apa yang saya rasa. Tetapi Allah hadirkan saya teman yang baik dan memahami. Terima kasih buat sahabat saya Nadila Ma'aroff (Jom support bisnes kawan saya ni ya!) yang membantu saya untuk menghadapi hari-hari saya yang sukar. Namun begitu, saya masih rasa sangat bersyukur kerana masih ada duit untuk beli beras dan boleh makan berbanding saudara kita yang mungkin berhari-hari tak dapat makan. Allahu Allah. T_T.. Semasa tahun 3, saya memang betul-betul fokus dan alhamdulillah PNGK saya naik semula meskipun tak seperti keputusan tahun 1. Rezeki, saya masih berpeluang menyambung pengajian diperingkat Master. Alhamdulillah. Terima kasih buat Dr Eddie kerana mempercayai saya. Doakan saya ya rakan-rakan.  


Jubah ini saya beli sangat besar tetapi saya hampir muat-muat.. T_T 
(2013)

Selain ujian soal hati dan kewangan, saya menghadapi masalah ketika writing tesis. Tesis saya bermasalah sehingga apa yang menyedihkan saya bukan kerana saya dihentam teruk semasa viva tetapi........... biarlah ia kekal rahsia dan saya sudah pun memaafkan serta saya anggap itu sebagai ujian buat diri saya. Malah, saya anggap itu ialah teguran Allah buat diri saya. insya Allah.. Mungkin saya pernah menyakitkan hati orang tanpa saya sedari. Maafkan saya ya kawan-kawan dan semua yang mengenali, jika saya ada buat silap tegur saya ya.

Semester 2 tahun 3.. Paling berisi sepanjang hidup saya. Masya Allah.

Selepas peristiwa yang berlaku habis viva, saya menangis tak berhenti akibat terlalu stress. Saya masih ada exam keesokkan harinya. Saya mohon Allah kuatkan hati saya. Alhamdulillah Allah sangat baik. Saya dapat jawab exam dengan baik dan keputusan exam saya juga cemerlang. Alhamdulillah. Hakikatnya, saya memang dah mula berisi sewaktu semua peristiwa tersebut berlaku, namun bertambah berisi akibat stress. Saya tahu bahawa setiap orang mengawal stress dengan cara masing-masing. Kesilapan saya ialah saya menghadapi stress dengan makan dan makan. hmm..

Berkonvo dengan badan yang chubby.. 10/2013

Itu sahaja cerita disebalik punca kegemukkan saya. Bukan salah sesiapa tetapi salah saya kerana saya tidak berjaya mengawal emosi dengan baik dan menangani stress dengan cara yang salah.. 

Permulaan diet 24/8/2015

Buat rakan pembaca yang menghadapi masalah kegemukan.. kisah kita mungkin berbeza.. Namun kita menghadapi masalah yang sama. Jangan takut untuk menghadapinya. Kuatkan semangat dan tekad untuk berubah. Saya sendiri nekad untuk berubah selepas 5 tahun menyimpan lemak dan diet saya bermula pada tarikh 24/8/2015.

Permulaan diet 24/8/2015.. Pipi sangat chubby!

Sesungguhnya, perubahan itu perlu demi kesihatan kita kerana tubuh badan yang kita ada ini ialah amanah dari Allah untuk kita jaga dengan sebaiknya. Sebaiknya, biarlah kita kembali kepada Allah dalam keadaan yang sempurna semampu kita. Sebagimana kita mahukan barang kita dikembalikan dalam keadaan yang terbaik setelah dipinjam. Namun, Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang, Allah memang tidak menilai bagaimana fizikal kita semasa kembali kepadaNya, namun iman dan amalan kita yang menjadi perhitungan. Walau bagaimanapun, tak salah untuk kita beri yang terbaik untuk Allah Yang Maha Esa.. Berusahalah untuk sihat supaya dengan sihatnya tubuh badan kita, kita lebih bersemangat untuk beribadah kepada Allah. Tak mahukah kita, apabila menjangkau usia 50-an, kita masih lagi sihat dan segar untuk meningkatkan amal ibadat kita kepada Allah? Seronok bukan, apabila kita berusia 70-an, kita masih mampu berjalan dengan sempurna untuk pergi ke masjid atau mungkin menunaikan haji atau umrah di kota suci Mekah..? SubhanAllah.. Itulah impian saya.. Saya harap kita semua juga ingin kekal sihat sehingga sampai ajal kita. 

Oleh itu bermula esok... ehhh bukan esok tetapi detik ini.. berusahalah menjaga kesihatan agar impian kita di hari tua menjadi kenyataan. Kalau bukan sekarang bila lagi? Tepuk dada, tanya diri dan iman, apa yang kita mahukan dalam hidup. Muhasabah diri, pengakhiran yang bagaimana yang kita inginkan? Semuanya terpulang kepada kita.. Alhamdulillah jika ada terdetik sedikit dalam hati rasa ingin melakukan perubahan untuk kehidupan yang lebih baik... Walau bagaimanapun, tajdid semula niat kurus kerana Allah supaya siapa kita sebelum dan selepas adalah sama. Maksud saya, jika dulu semasa gemuk, kita seorang yang menutup aurat dengan sempurna. Pastikan apabila kurus kita masih seperti itu. Sebaliknya jika semasa gemuk kita masih tidak bersedia menutup aurat seperti yang dituntut agama, lakukanlah perubahan untuk melaksanakan apa yang disukai Allah. Barulah kita akan merasai manisnya perjalanan penurunan berat badan ini. Insya Allah.. ^_^

Ketika saya sudah loss 19kg. 2016.

Selain itu, saya suka membaca penulisan oleh Ustadz Dr. Eng. H. Yunus Daud (2015). Menurut beliau, Rasulullah adalah suri tauladan bagi manusia. Rasul sihat sepanjang hayat. Kenapa Rasul sihat? Kerana Rasulullah adalah Al Quran yang berjalan (kesimpulan daripada isteri baginda, Saidatina Aishah)  segalanya seimbang sesuai dengan Al Quran. Makannya seimbang, mudah senyum dan tidak mudah marah, rajin berzikir, khusyuk dalam ibadah. Jom contohi Rasulullah s.a.w. ya.. Akhir kalam, makanlah ikut keperluan bukan kehendak dan makanlah ikut taqwa.. Semoga kita semua dalam redha dan kasih sayang Allah.. aamiin ya Allah.. 

Nantikan perkongsian saya yang seterusnya berkenaan BMI dan BMR serta berkenaan kalori makanan dalam Diari Vol 5.. insya Allah.. 

Terima Kasih..  جزاك اللهُ خيرًا


Wallahu'alam...

Rabu, 27 April 2016

::: Diari Kurus dan Sihat Cik Hani Vol 2 :::

بسم الله الرحمن الرحيم

~Sambungan Vol 1...

Assalamualaikum.. 


Pada kali ini saya akan menyambung persoalan tips bagi memulakan diet. Tips ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dan juga kisah kejayaan rakan-rakan yang pernah saya baca di blog Kevin Zahri..

Seperti yang rakan-rakan sedia maklum, saya mengambil pendekatan diet seimbang yang diperkenalkan oleh sifu Kevin Zahri.. Permulaannya adalah dengan mengikuti beliau di facebook. Namun pada ketika itu, saya belum bersedia untuk menurunkan berat badan. Hanyalah angan-angan mak jenin pada mulanya. Saya kira hampir setahun saya hanya bercakap nak diet tapi saya tak pun bertindak mengorak langkah awal. Kenapa ya jadi begitu? Sebab saya sendiri tak tahu bagaimana nak mulakan diet kerana saya tak arif tentang hal ehwal diet ni! 

Maka, saya mulakan dengan betul-betul mengkaji diet seimbang ni menerusi pembelian e-book yang ditulis oleh sifu Kevin Zahri sejak awal bulan 8/2015. Kan saya pernah beritahu bahawa antara sebab awal diet, kerana untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan saya. Majlisnya pada pertengahan bulan 9/2015. Ehh sempat ke nak kurus 'sedikit' ni? Jeng.. jeng.. jeng.. memang tak la awak-awak semua.. saya secara rasmi mulakan diet pun 24/8/2015 dan tempoh kenduri pula tak sampai sebulan. Jadi, pelan tu tak berjaya.. Walau bagaimanapun, saya bersyukur meskipun pada awalnya niat saya salah, namun kerana itu jugalah saya meneruskan perjalanan diet ini dengan semampu saya. Alhamdulillah ^_~

Saya melakukan kajian tentang diet ni dan juga diet lain juga iaitu diet paling digemari ramai iaitu diet atkins ni dalam tempoh sebulan. Setelah ada keyakinan, baru saya mulakan diet secara rasmi.. Saya buat perancangan menu makanan, kalori makanan, jadual penurunan berat, senaman yang sesuai dengan saya, keperluan senaman (pakaian, kasut dll), beli belah makanan yang sihat (semua dengan duit saya sendiri ya!) dan saya selalu membaca kisah kejayaan orang lain untuk menjadi penyuntik semangat agar saya terus bersemangat bagi mendapatkan berat badan yang ideal. insya Allah. Secara ringkas, untuk menurunkan berat ni bukanlah suatu yang mudah, namun jika kita sering beralasan dan tak berani mencuba, sampai bila-bila ia kekal menjadi angan-angan mak jenin. Akhirnya, kita menangislah melihat badan yang semakin memboolaat setiap hari. Noktah!

Baiklah.. bila awak dah ada sedikit ilmu, awak tak perlu pun membeli suplemen mahal-mahal, sertai program untuk kurus, laburkan duit untuk pembedahan dan banyak lagi lah perkara yang membuang duit. Saya tak kata salah untuk lakukan perkara-perkara tersebut JIKA awak mampu dan bekerja. Tapi untuk pelajar dan tak berduit seperti saya, banyak perkara yang perlu di consider. Buatlah ikut kemampuan kita semua ya.. insya Allah. Gitu ^^

Ok farhani.. cukup-cukuplah membebel. mana tipsnya??


Simptom lapar bukan jatuh cinta! ^^

Soalan yang saya tunggu-tunggu.. haha.. ok baiklah berikut merupakan beberapa tips ringkas sebelum nak mulakan sebarang diet: 

1) Perlu ada ilmu, kaji dan terus mengkaji tentang diet yang rakan-rakan nak lakukan. Saya sendiri mengkaji tentang diet seimbang dan diet atkins selama sebulan sebelum betul-betul serius memulakan diet.

2) Selepas dah buat pilihan diet apa yang nak ikut, mulakan perancangan! Perancangan saya merangkumi 3 keadaan iaitu sebelum, semasa dan selepas.. ok cadangan saya:

Sebelum mula diet secara rasmi:

~Mulakan kurangkan nasi… Kalau dulu awak makan 2 pinggan nasi, mungkin dah boleh mula makan sepinggan nasi pula.. kurangkan sehingga awak boleh makan segenggam nasi sahaja setiap kali makan. ^_~

~Haa, kata sayang dan cinta Rasulullah s.a.w., buktikan dengan mengamalkan sunnah seperti kunyah makanan sebanyak 40 kunyahan, minum dengan tangan kanan, sebelum makan dan minum baca basmallah, makan dengan tangan kanan dan sesudah makan jilat jari kerana ada kajian menyatakan bahawa tangan kanan kita ni ada enzim yang boleh mempercepatkan pencernaan makanan.. mudahkan? Semua amalan itu sudah terbukti baik menurut sains.. indahnya Islam.. SubhanAllah..

~Tukar gaya pemakanan awak. Contoh, sebelum ni awak suka sangat makan sebelum nak tidur di malam hari.. sekarang, praktis untuk makan sekurang-kurangnya 4 jam sebelum tidur. Cuba lakukan selama sebulan dan rasai perbezaannya! Insya Allah ^_~

~ Belajar makan secara kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Ehh, macam mana tu? bukan ke lagi banyak makan lagi trigger untuk jadi gemuk? Nope.. jangan risau.. ini merupakan kaedah yang bagus dalam meningkatkan metabolisma badan dan mengaktifkan sistem pencernaan kita. Kalau dulu awak makan sekali sehari sahaja, sekarang awak tukar makan 6 kali sehari. Secara ringkas, sarapan, makan pagi, makan tengah hari, makan petang, makan malam dan supper. Buat rakan-rakan yang pernah tinggal di asrama akan biasa dengan rutin ni.. Contoh menu makanan dan sebagainya akan saya kongsikan dalam perkongsiaan yang seterusnya (Diari Kurus dan Sihat Cik Hani Vol 3..) insya Allah. 

Semasa fasa diet:

~Make sure awak dah hadam betul-betul diet yang awak nak follow tu ya..

~Buat pelan diet dan rekod penurunan berat seminggu sekali. Tujuan untuk memastikan kita capai sasaran dan masih meneruskan diet sehingga berjaya. Saya suka rekod berat setiap hari ahad sebelum sarapan dan selepas ke tandas. Terpulang kepada masing-masing.

~Kalau awak mulakan diet dengan berat badan di fasa obes dan lebih dasyat dari obes, saya cadangkan awak lakukan workout/senaman/cardio yang ringan (low impact) supaya awak tak mengalami masalah kesihatan yang lain pula. Selain itu, buat medical checkup tau! Sebab ada kes meninggal dunia selepas mengikuti program diet. Arwah menghidap masalah jantung. Itu yang kita bimbangkan. Tak salah untuk melakukan senaman, namun senaman bukanlah penyumbang utama penurunan berat tetapi pemakanan yang sihat menjadi penentu kejayaan diet awak. Saya selalu berpesan kepada rakan-rakan saya supaya jangan paksa diri untuk bersenam kalau tak mampu kerana kita nak pakai lama organ-organ dalam badan kita.. seluruh jasad kita adalah amanah Allah buat kita. Jaga elok-elok ya.. Nak Berjaya dalam proses turunkan berat badan ini, guna formula ni.. iaitu

70%-80% ~ Jaga pemakanan
20%-30% ~ Senaman

~ Tak salah awak nak reward diri awak sekali seminggu tapi jangan over limit pula ya! Yang penting awak enjoy perjalanan penurunan berat ini.. jangan stress dan saya selalu pesan pada diri, nak cepat sangat turun berat ni nak pergi mana? Haha.. melainkan awak nak kurus sebab nak kahwin dll la..

Selepas Berjaya dalam perjalanan menurunkan berat badan:

~Jangan enjoy sangat ya.. nak enjoy boleh tetapi make sure berat awak tak naik mendadak sehingga awak kembali membolaatt macam dulu.. hee.. letih tau nak diet!
~Perancangan / pelan diet yang baru pula untuk kekalkan berat badan dan kekal sihat..
~ Boleh buat senaman high impact untuk tone up muscle dan dan nak dapat badan yang lebih fit dan cantik
~ Teruskan amalan diet awak dan semoga Berjaya!

3) Kuatkan semangat dan tekad. Abaikan cercian, makian dan pujian orang. Kita nak Berjaya, kita perlu bergantung pada diri kita bukan pada cakap-cakap orang ya..
4) Letak sebab yang kukuh, kenapa awak nak sangat diet.. Usahakan atas sebab tersebut..
5) Selalu baca kisah-kisah kejayaan orang lain yang dah kurus jika rasa hati tak kuat dah. Saya syorkan untuk awak menyertai kumpulan kelab diet atkins di facebook. Segalanya adalah percuma. Walau pun saya bukan pengamal tegar diet atkins, tapi bila ikuti group tersebut, banyak ilmu yang saya dapat.
6) Cari seseorang yang dah berjaya untuk dijadikan contoh buat kita. Kalau saya, saya suka dan kagum dengan kejayaan Sis Zulaikha Fallen, pengamal diet atkins yang dah berjaya menurunkan berat badan dalam masa yang sangat singkat. SubhanAllah, hebat! Beliau juga mengekalkan identiti sebelum diet dan selepas diet. Menutup aurat ^_~ syabas sis!
7) Enjoy your journey! Jangan stress! Nikmati perjalanan ini dengan hati yang gembira J

Semoga Berjaya!

Setakat itu sahaja tips dari saya untuk kali ini. Nantikan perkongsian saya yang seterusnya berkaitan topik contoh makanan yang saya amalkan semasa dalam proses penurunan berat.. insya Allah.. doakan saya mempunyai kelapangan waktu untuk berkongsi ya.. 

Terima Kasih.. جزاك اللهُ خيرًا 

Wallahu'alam

Selasa, 26 April 2016

::: Diari Kurus dan Sihat Cik Hani Vol 1 :::

بسم الله الرحمن الرحيم

~Pengenalan Diari Kurus Cik Hani

Assalamualaikum..

“Mengurangkan berat badan sebanyak 10kg, seolah-olah kita membuang bebanan guni beras 10kg dari bahu kita” (Dr Zubaidi Hj Ahmad 2016).

Alhamdulillah.. Nah! Benar apa yang disampaikan oleh Dr Zubaidi.. Saya sendiri dah merasakannya.. Saya kehilangan 22kg dalam masa 7 bulan lebih.. Badan saya semakin ringan, naik tangga tak semput, boleh berjogging tanpa henti selama 30-40 minit, solat bertambah khusyuk dan banyak lagi perubahan yang saya rasai selepas kehilangan 22kg. Alhamdulillah. Semuanya atas izin Allah.

Betul ke loss 22kg, mana bukti?

Buat rakan-rakan pembaca, saya akan sediakan gambar saya tapi tanpa wajah.. insya Allah.. hanya ahli keluarga, saudara dan sahabat yang mengenali mengetahui perubahan yang berlaku pada diri saya..

Bagaimana awak buat? Diet apa?

Untuk persoalan ini, dua diet yang saya jadikan garis panduan iaitu diet seimbang yang diperkenalkan oleh Kevin Zahri dan diet atkins. Sepanjang perjalanan diet, saya menggunakan konsep diet seimbang berbanding atkins. Mungkin sebab itu, penurunan berat badan saya agak lambat berbanding rakan-rakan pengamal diet atkins. Saya mempunyai alasan saya tersendiri mengapa saya tidak mengamalkan diet atkins 100%. Nak tahu? Boleh tanya saya personally ^_~

Ehh kejap, Atkins apa tu? Makanan ke?

Atkins bukan makanan ya rakan-rakan.. haha.. ^__^ Atkins ni secara ringkas diet yang mengurangkan pengambilan karbohidrat. Manakala, diet seimbang pula, diet yang mengambil kira tentang kalori masuk dan kalori keluar sebagai panduan. Kabohidrat tu apa? komponen karbohidrat ni seperti nasi, roti, kentang, pasta, mee dan sebagainya. Kalau nak tahu secara lebih detail boleh Tanya pakcik Google ya! Hee~

Diet lain?

Sebenarnya, banyak sangat diet yang wujud kat muka bumi ni awak-awak semua. Selain diet seimbang dan atkins, ada diet military, diet ikut darah, diet vegie dan banyak lagi.. kena rajin explore je.. sekarang ni semua maklumat di hujung jari.. mudahkan?

Kenapa nak sangat diet ni??

Hmm.. saya ada dua fasa yang menjadi sebab kenapa saya nak sangat turunkan berat badan…

Fasa pertama
Dalam masa 2 bulan, saya berjaya turunkan berat sehingga 9.4kg.. saya nak sangat turunkan berat atas 3 sebab iaitu atas saranan Dr Pakar yang saya perlu jumpa hampir 2 tahun lebih kerana saya menghadapi masalah period yang tidak teratur, dorongan dan harapan mak saya serta kerana saya nak pergi majlis perkahwinan kawan saya. Ehh! Sebab yang terakhir tu jangan ikut macam saya.. hahaha.. hmm..

Fasa Kedua
Berbaki 5-6 bulan, saya telah Berjaya menurunkan berat badan sebanyak 12.6kg iaitu secara keseluruhan 7-8 bulan, saya dah loss 22kg.. Alhamdulillah.. ok.. saya tukar SEBAB saya ingin diet iaitu saya nak kurus dan sihat kerana Allah bukan lagi kerana manusia semata-mata. Bila kita buat kerana manusia, mungkin kekecewaan yang akan kita peroleh tetapi bila buat sesuatu kerana Allah.. Allah takkan pernah mengecewakan kita. Untuk pengetahuan semua, period saya juga telah kembali normal. Yang lebih menggembirakan saya, cycle period saya sangat teratur dan cantik. Dr Pakar pun puji kerana saya telah menemui jalan penyelesaian kepada permasalahan saya iaitu dengan turunkan berat badan dan senaman. Semuanya atas izin Allah juga.. terima kasih ya Allah! Sebenarnya dalam masa yang sama, saya juga nak buat kejutan pada kawan baik saya ni atas sebab-sebab yang tertentu. Jeng.. jeng.. tapi dah tak jadi kejutan dah.. hmm.. ^_~

Letakkan sebab utama kenapa rakan-rakan nak turunkan berat badan supaya rakan-rakan akan kekal fokus untuk mencapai matlamat.. insya Allah.. saya sendiri masih dalam fasa diet dan saya nak kurangkan lagi 10 kg.. target sehingga 24/8/2016 untuk genapkan setahun.. insya Allah.. doakan saya ya! Terima kasih! ^^

(p/s: saya ada mengambil suplemen CMD untuk bantu menyelesaikan masalah period saya. Alhamdulillah memang bagus CMD ni. Saya syorkan untuk mencuba CMD sebagai alternatif kepada yang menghadapi masalah seperti saya. Jika ingin maklumat lebih lanjut boleh mel-e saya di alamat: nurfarhanimokhtar@siswa.ukm.edu.my . Kalau nak mel tanya tentang diet pun boleh. Saya sedia membantu. Insya Allah :) Jika berkelapangan saya akan kongsikan apa itu CMD dan kelebihannya.. Insya Allah )

Ehh kejap! Mana gambarnya?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
Taa daa... gambar tanpa wajah ^_~

Cik Hani on diet loss 22 kg in 7-8 month


Panjangnya membebel.. Ok, jadi apa caranya nak mulakan diet?

Sabar.. ^___^ Saya akan kongsikan tips untuk mulakan diet pada perkongsian yang akan datang ya! Insya Allah ^_~

Nantikan perkongsian saya yang seterusnya ya dalam Diari Kurus dan Sihat Cik Hani Vol 2 pula.. insya Allah ^_~

Terima Kasih.. جزاك اللهُ خيرًا 

Wallahu'alam...


Isnin, 29 April 2013

::: Aku Jatuh Cinta ya ALLAH! :::

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah... tiada kesyukuran yang dapat dipanjatkan melainkan kepada ALLAH pencipta alam ini.. Alhamdulillah ya ALLAH di atas nikmat-nikmat MU... cinta.. sayang... kasih... semuanya datang dan pergi dengan izin MU ya ALLAH... benar! saya atuh cinta! saya jadi sayang! saya jadi kasih! izinkan perasaan ini terus hadir dalam hatiku ya ALLAH... 

izinkan hatiku membahagikan cinta.. namun cinta ku pada MU ya ALLAH takkan pernah luntur.. 
insya ALLAH


Memori Cintaku di Pulau Pangkor

Tanggal 18/1/2013-21/1/2013 permulaan tarikh saya pergi ke pulau pangkor... detik waktu hatiku tertaut cinta... :)
Setiap tahun exco kerohanian PMFST, UKM akan menganjurkan program berbentuk ekspedisi saintis islam.. alhamdulillah dengan izin-MU saya dapat sertai setiap sesi sejak daripada tahun 1... tahun nie tahun terakhir pengajianku di bumi perbukitan UKM.. maka, saya mahu sertai program ini juga!. menarik... kali nie program mereka di pulau pangkor... (dekat je dengan rumah aku tapi aku sendiri kali terakhir datang pangkor masa tahun 2.. hihi). apa yang menariknya.. dua sesi yang lepas di adakan di kawasan kem di dalam hutan... program yang tidak akan terlepas pastinya flying fox dll.. tapi tahun nie lain sikit sebab sahabat-sahabat pimpinan yang menganjurkan program ini di kawasan pantai.. sangat menarik :)

Jika dulu saya hadir sebagai 'Junior' malah pernah juga menjadi 'Fasilitator'. namun tidak untuk kali ini! saya hadir sebagai 'Senior' dan peserta.. hihi... apa yang menarik... ramai junior tahun 1 yang sertai dan ada sahabat dari FPI juga sertai! syabas PMFST! jika dua tahun lepas, kami tidur di dalam khemah... tapi tahun ini kami tidur di dalam chalet... hihi... tapi di siang hari panas sangat-sangat... chalet kami dah macam bilik sauna... hihi...

Permulaan Jatuh Cinta

Saya duduk sebilik dengan 6 orang roomate iaitu kak Nabilah (satu-satunya peserta dari FPI), adik Tyrah, adik Farhani(sama nama, sama negeri cuma beza usia), adik yasmin, adik farah farhana dan adik syamimi. alhamdulillah hari pertama kami sudah mula rapat... ke tandas bersama-sama, makan semeja... orang lain rehat & tidur di tengah hari... kami melepak bersama-sama (sebab chalet kami macam bilik sauna.. tapi akhirnya tidur juga kami... hihi)... ke program, bergambar pun bersama-sama... senang cerita, setiap masa bersamalah! nampak jugak asobiyyahnya... hihi

pada pengamatan saya  program ESMA 2.0 pada sesi ini lebih santai dan yang penting masih ada pengisian rohani untuk keperluan jiwa yang amat best & menarik... bila difikirkan... bagus juga dibuat di awal sem sebab memberi suntingan semangat untuk terus sukses di dalam semua perkara yang dilakukan... antara dua program yang paling-paling tidak boleh lupa ialah Jungle trekking dan snorkelling. apa taknya... first time jumpa pacat yang sangat panjang dan aktif.. masya ALLAH... yang peserta perempuan memang dari mula masuk hutan hingga keluar pun masih menjerit... saya adalah antara mangsa pacat... hihi... 

pinjam gambar dari pakcik google ye... hihi

program yang kedua,, snorkelling... subhanallah! sungguh saya jatuh cinta! indahnya ciptaan MU ya ALLAH... saya dapat lihat landak laut.. ikan belang-belang kuning, putih, hitam dan ikan yang pelbagai... ada sahabat yang jumpa terung laut...(macam gamat)... sungguh indah... rindu sangat nak ber-snorkelling lagi... serius... Y_Y

lebih kurang ginilah landak laut yang saya nampak


ikan-ikan begini juga saya lihat... alhamdulillah.. subhanallah... ALLAHUAKBAR!

Kenangan-kenangan lain

Tidak ku lupa.. banyak sangat coretan kenangan indah sepanjang program ESMA nie.. kami (roomate) belajar satu term baru yaitu,"makaka"... apakah?? inilah makaka:

Makaka :)


Alhamdulillah... saya juga belajar cara membahagikan masa dengan baik... memperingatkan diri tentang 10 muwasafat tarbiyah... dan ukhwah yang terjalin yang sungguh indah :)

10 muwasafat tarbiyah



Rindu... memang rindu... moga ALLAH kukuhkan ukhwah yang terbina... semoga ukhwah ini terus tersergam indah hingga ke syurga... aamiin ya ALLAH... 

Kesimpulan

ya saya memang jatuh cinta... saya jatuh cinta pada kehebatan penciptaan MU ya ALLAH... saya jadi sayang akan ukhwah yang terbina... saya jadi kasih pada sahabat-sahabatku ya ALLAH.... alhamdulillah.... semuanya hadir tanpa dipaksa... semuanya atas izin dari MU... terima kasih buat sahabat-sahabat penganjur... terima kasih buat adik-adik dan akak atas kenangan yang indah ini... dan terima kasih ya ALLAH yang mengizinkan ESMA ini berjalan lancar dan mengizinkan juga perjalanan program ESMA ini menjadi kenangan terindah serta pengisian rohani buat jiwa yang amat dahagakan ilmu tentang MU ya ALLAH... alhamdulillah... alhamdulillah.. alhamdulillah :)

mari hayati Firman ALLAH s.w.t :

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari seorang laki-laki dan wanita, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya saling mengenal. Sesungguhnya orang mulia di antara kamu di sisi ALLAH adalah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." 
(surah Al-Hujuraat 49:13)

last but not least... lagu tema kami iaitu:

Sebiru Hari Ini

pinjam gambar dari sahabat saya dan juga salah seorang penganjur iaitu :Nur Ain Ismail
jemput juga ke blog sahabat saya: http://musafircahaya.blogspot.com/2013/02/esma-20.html

Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini

Moga ukhwah kita sampai ke syurga... aamiin ya ALLAH
sayang kamu semua...especially:
Kak Nabila, tyra, farhani, farah, yasmin, mimi dan erni <3
^_^
alhamdulillah

"Cintailah manusia seperti kamu mencintai dirimu sendiri"
(H.R Bukhari)

wallahu'alam :)




Ahad, 28 April 2013

::: Kenangan 4 Jam bersama-sama adik Darul Izzah :::

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum... alhamdulillah bersyukur ke hadrat ALLAH kerana atas izin NYA saya berpeluang meluangkan masa selama 4 jam sahaja untuk bersama-sama menjadi salah seorang penghibur hati adik-adik darul izzah, teras jernang, bangi, selangor... Alhamdulillah

Fakta

Darul izzah pada hari ini telah menempatkan 21 orang pelajar lelaki yang telah menjadi yatim piatu. Tidak kesemua diantara mereka kehilangan kedua-dua ibu bapa, kerana ada diantaranya masih mempunyai ibu dan adik-beradik yang lain. Namun, kesempitan wang dan tiada tonggak utama pencari rezeki iaitu ayah mentakdirkan adik-adik ini masuk ke pusat Darul izzah... adik-adik di sini berusia seawal 10 tahun sehingga 16 tahun. Apabila saya lihat dicarta tentang profile adik-adik ini, ada yang sudah masuk ke pusat ini sejak daripada tahun 2005 lagi. Adik yang bercita-cita nak jadi chef nie sekarang berusia 16 tahun dan masuk ketika berusia 9 tahun. Masya ALLAH! masih kecil lagi adik ini sudah kehilangan ibu/ayah... 

Program anjuran PERKIM UKM


Sahabat seperjuangan yang kini menjadi TYDP PERKIM UKM menjemput saya seminggu sebelum program berlangsung lagi.. alhamdulillah, ALLAH beri kesempatan waktu untuk saya bersama-sama menyertainya... kami tiba di pusat ini seawal jam 9 pagi lagi.. UKM tak jauh pun dari teras jernang ni.. hehe. kami memulakan sesi ta'aruf sementara menanti adik-adik bersiap selepas mereka menjalankan trainning silat sebelum kami sampai. setelah itu, kami dari kumpulan 7 menerima adik-adik seramai 2 orang (sedih kumpulan lain 3 orang sobs.. sobs... hihi). Adik dari kumpulan saya ialah adik Talha (15 tahun) yang bercita-cita menjadi polis dan adik Ziqrul (13 tahun) bakal pilot satu masa nanti.. insya ALLAH... 

adik ziqrul (berbaju putih biru) dan adik talha (berbaju merah)

LDK Pertama kami iaitu sesi ta'aruf dan mencipta logo kumpulan bersama-sama adik-adik. bayangkan lukisan logo yang dihasilkan adalah hasil kreativiti mereka sendiri. subhanallah! ALLAH beri kelebihan pada adik talha iaitu pandai melukis dan adik ziqrul pula pandai mencari idea.. ^_^  malah, adik talha nie ada adik lelaki juga di sini dan adiknya juga pendai melukis,, ALLAHUAKBAR! LDK seterusnya kami bermain & adik-adik kelihatan sangat seronok... dan LDK terakhir adalah decoration cake bayangkan adik-adik disini semua lelaki tau tapi... mari lihat hasil setiap kumpulan men-decorate cake... hihi

sebelum & bahan-bahannya

kumpulan saya siap dulu.. kami kakak-kakak & abang2 tak hias pun semuanya hasil nukilan adik-adik kumpulan saya dan kumpulan 6.. lihat hasilnya:

comel sangat (kumpulan adik-adik saya)


semangat semua :)


tekun dengar taklimat ye & tak sabar nak hias hihi

hasil air tangan adik-adik darul izzah kecuali kek yang besar berwarna coklat :)
hebatkan? subhanallah!

adik-adik kumpulan saya yang sangat ceria!

yang memegang kek tue insya ALLAH bakal chef.. aamiin ya ALLAH :)


kek paling cantik dihias tapi dihias oleh kakak fasi bukan adik2.. hihi


adik amir... bak kata adik ziqrul, adik nie lagi cute & baik... hihi


adik yang memakai baju hitam berkopiah coklat cair tue adik ziqrul kata aaron aziz malaysia! dan adik nie sangat ceria dan aktif.. ^_^

sElingan.... 

antara kucing yang menjadi penghibur adik-adik di sana :)

adik ziqrul kata nie kucing paling jinak dan manja 


cerianya adik-adik dan akak fasi nie 


terima kasih kaksu & gee sebab sudi bersama-sama saya <3

princess kak za.. a.k.a penasihat tak bertauliyah... hihi... jangan marah

ydp kelab PERKIM UKM memberi cenderamata kepada adik-adik..

yang berseluar merah tu adik kepada adik talha dan yang berbaju kuning memegang anak perempuannya yang comel tue pula Ustaz Salahuddin, Penjaga Rumah Anak Yatim Darul Izzah. semoga ALLAH merahmati ustaz kerana menjaga & mendidik adik-adik itu semua.. aamiin ya ALLAH.


Last but not least,,
kami semua.. semoga ukhwah yang terjalin kekal buat selamanya.. aamiin ya ALLAH :)


"Aku dan pengasuh anak yatim (kelak) di syurga seperti dua jari (Rasulullah s.a.w menunjuk jari telunjuk dan jari tengh dan merapatkan keduanya"
(HR. Bukhari)

"Demi yang mengutus aku dengan hak, ALLAH tidak menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya..."
(HR. At-Tabhrani)

wallahu'alam... :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...