Alhamdulillah blog aku masih berfungsi. Setelah hampir 2 tahun aku berhenti menulis.
Kenapa mulakan semula?
Hidup kita hanyalah sementara. Aku ingin berkongsi meskipun hanya sepatah perkataan agar ia mampu memberi manfaat kepada diri ini. Perkongsian juga sebagai refleksi diri. Saya juga turut terharu dengan komen dari rakan-rakan yang singgah di blog saya. Ia menjadi sumber kekuatan buat saya untuk meneruskan penulisan di blog ini. Insya Allah. Semoga Allah ampunkan dosa salah dan silap diri ini.
Assalamualaikum... alhamdulillah, kali ini suka untuk saya berkongsi perihal wanita solehah. wanita solehah adalah selalunya wanita yang mempunyai akhlak yang terpuji yang akhirnya ia memudahkan golongan ini merasai nikmat syurga illahi. Dalam sebuah hadis yang bermaksud:
Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Ibnu Umar ra. Rasulullah SAW bersabda:
"Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan, dan sebaik-baik kesukaan itu adalah wanita yang solehah".
Bertuahlah kita dilahirkan sebagai wanita islam, tetapi akan lebih bertuah apabila kita menjadi wanita solehah. Sila hayati video wanita solehah ini. moga-moga ianya mampu memberi manfaat buat semua.
Kelebihan menjadi wanita solehah
·Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
·Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki solehah
·Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
·2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat
·wanita yang tidak hamil (kalau dia bersolat)
·Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susunya.
·Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
·Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
·Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah denganpenuh rahmat.
·Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga,dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
·Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
·Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
·Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
·Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.
·Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
·Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
·Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
·Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
·Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hariselepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.
·Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
·Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
·Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
·Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruhakan mendapat pahala 7 tola perak.
·Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
·Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
·Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajahAllah diakhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Wahai sahabat-sahabat, marilah kita hayati video tentang syafaat dari Rasul kita yang tercinta, Nabi Muhammad s.a.w untuk umat...
Daripada Abbas r.a. Rasulullah bersabda:
“ Orang yang pertma dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah MUHAMMAD S.A.W. Jibrail a.s akan datang kepadanya membawa seekor Buraq. Israfil datang membawa bendera dan mahkota. Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga.”
Israfil bersuara:“Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik.”
Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah s.a.w berdiri, baginda s.a.w telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda s.a.w. Baginda s.a.w melihat kanan dan kiri. Baginda s.a.w dapati, tiada lagi bangunan, Baginda s.a.w menangis sehingga mengalir matanya ke pipi.Baginda s.a.w bersabda:
“Kekasihku Jibrail! Gembirakanlah aku!”
Jibrail a.s berkata:“Apakah yang kamu lihat dihadapanmu?”
Baginda s.a.w bersabda:“Bukan seperti itu pertanyaanku.”
Jibrail a.s berkata:“Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”
Baginda s.a.w bersabda:“Bukan itu maksud pertanyaanku.”
Baginda s.a.w bersabda:“Aku bertanya kepadamu akan UMATKU. Di mana perjanjian mereka?”
Baginda s.a.w bersabda:“Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan UMATKU.”
Jibrail a.s menyeru: “Wahai sekalian makhluk. Datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh ALLAH Taala.”
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan.
Setiap kali Nabi Muhammad s.a.w berjumpa satu umat, baginda s.a.w akan bertanya:“Di mana UMATKU?”
Jibrail a.s berkata:“Wahai Muhammad! Umatku adalah umat yang terakhir.”
Apabila Nabi Isa datang, Jibrail a.s menyeru:“Tempatmu!”
Maka Nabi Isa a.s dan Jibrail a.s menangis.
Nabi Muhammad s.a.w berkata:“Mengapa kamu berdua menangis.”
Jibrail a.s berkata:“Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”
Nabi Muhammad s.a.w bertanya:“Dimana UMATKU?”
Jibrail a.s berkata:“Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad s.a.w menangis lalu bertanya:
“Wahai Jibrail! Bagaimana keadaan UMATKU yang berbuat dosa?”
Jibrail a.s berkata:“Lihatlah mereka wahai Muhammad s.a.w!”
Nabi Muhammad s.a.w bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru:“Wahai Muhammad!”
Nabi Muhammad s.a.w bersabda:“Wahai umatku.”
Mereka berkumpul di sisinya, umat-umatnya menangis.
ALLAH taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad s.a.w?”
Jibrail a.s berkata:“Mereka adalah sebaik umat.”
ALLAH taala berfirman:“Wahai Jibrail! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad s.a.w bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”
Jibrail a.s kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada ALLAH taala.”
Nabi Muhammad s.a.w berpaling kearah umatnya lalu berkata:
“Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan ALLAH taala.”
“Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan ALLAH taala.”
ALLAH taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, AKU akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKU. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu.”
Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad s.a.w menyeru:“Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku...! Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk UMATKU dariMu!”
Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru:“Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”
Neraka pula berseru:“Wahai Tuhanku... Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidaka akan sabar dengan penyeksaan.”
Nabi Muhammad s.a.w lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda s.a.w sujud di hadapan Arsy ALLAH taala dan sekali lagi baginda s.a.w rukuk untuk memberi syafaat bagi UMATNYA.
Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya.
Mereka berkata:“Maha Suci ALLAH! Hamba yang paling dimuliakan ALLAH Taala ini begitu mengambil berat hal keadaan umatnya.”
Fatimah r.a. bertanya:“Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?”
Baginda s.a.w menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebah telaga ketika aku sedang memberi minum UMATKU.”
Tatkala umat Nabi Muhammad sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat
Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad s.a.w dia berkata:“Ini umat Nabi Muhammad s.a.w. Mereka telah sesat dari Nabi mereka.”
Suara Mariam telah didengari oleh Nabi Muhammad s.a.w
Nabi Adam a.s berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w:“Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk memnta syafaat kepada ALLAH taala.”
Nabi Muhammad s.a.w menjerit dari atas mimbar lalu bersabda:
“Marilah kepadaku, wahai UMATKU! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada ALLAH taala untukmu!”
Umat Nabi Muhammad s.a.w berkumpul disisinya.
Ketika di atas Sirat. Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada Malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan Kebenaran ALLAH taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak hati mereka akan gementar apabila melihatmu.”
Nabi Muhammad s.a.w berhenti di atas Sirat. Setiap kali baginda s.a.w melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, Baginda s.a.w akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.
Bagi saya menangis adalah merupakan perkara yang normal bagi seseorang. Air mata adakalanya penyubur hati,penawar duka sehingga mampu menghilangkan buih kekecewaan yang menyempit perasaan & menyesak kehidupan. Menangis juga tidaklah mengambarkan kita ini dalam sedih semata-mata tapi kadang-kadang, tangisan juga boleh disebabkan oleh perasaan yang terharu, gembira dan sebagainya.
Malahan detik waktu bersama kelahiran seorang bayi juga dihiasi tangisan. Suara tangis bayi berkumandang mampu menapis segala suara yang menyapa telinga ibu. Tangisan bayi itu melonjakkan hati si ibu sehingga memuncak gembira penawar sakit dan lesu. Bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata.
Sedarlah bahawa setitis air mata kerana takutkan ALLAH merupakan persis permata indahnya gemerlapan. Saya tahu semua ingin masuk syurga, sahabat,penghuni Syurga adalah golongan yang banyak dukacitanya di dunia. KErAna, tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa.Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat. Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.
Mahukah kita mempunyai keluhan seperti ini:
Alangkah sempitnya kuburku,keluh seorang Abid.
Alangkah sedikitnya hartaku,kesal si hartawan.
Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus,mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan. Justeru, yakinlah dengan firman ALLAH yang bermaksud:
"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang."
(al- Hasr: 20) Tangis adalah basahan hidup,justeru:
Hidup dimulakan dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sama ada yang membawa untung atau merugikan.
Sabda Rasulullah s.a.w.
"Ada dua titisan yang ALLAH cintai,pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."
Nabi Muhammad s.a.w bersabda lagi :
"Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali." Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan,kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.
Soal menangis juga dapat kita ambil iktibar seperti…..
Dari kisah nabi Adam a.s,
Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.
Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."
Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."
Selain itu,
Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
"Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih,lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."
Nabi Muhammad bersabda :
"Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."
Seorang Hukama pernah bersyair :
"Aku hairan dan pelik,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan,lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan."
Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut-takut tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.
Lupakah kita Nabi pernah bersabda :
"Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa,akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."
Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka. Namun,Allah s.a.w. telah berfirman :
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
(AL BAQARAH : 216)
Maka,
Menangislah wahai diri,agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri. Di sana,lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata : "Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu." Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :
"Kenapa engkau menangis?"
"Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang,"jawabnya.
Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup,lalu berkata :
"Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."
Ibnu Masud r.a.berkata :
"Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.
Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :
"Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami,neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH." Menangislah di sini,sebelum menangis di sana!!!