Bismillah...
Perkongsian ini saya perolehi semasa tahun 2013 di surau kolej Aminuddin Baki.. Maka saya repost semula di blog ini. (Sumber: fb saya sendiri). Sekadar perkongsian dan peringatan buat diri ini.. Jika dulu saya tulis untuk santapan rohani di zaman Degree sekarang masuk ke fasa baharu iaitu zaman Master pula. Semoga bermanfaat. Insya Allah.
Alhamdulillah dapat pengisian malam ini... sedikit perkongsian dari senior yang saya hormati iaitu ustaz Hazim.
Sempena imtihan (peperiksaan) yg bakal menjelang tidak lama lagi,
kata seorang ulama' tarekat (maaf saya terlupa nama beliau) apabila ditanya anak2 muridnya amalan2 untuk menghadapi imtihan... kata beliau...
"Jadikan silibus2mu sebagai wirid2 mu..."
Maksudnya, belajar bersungguh2 agar kita bersedia menghadapi peperiksaan kerana dengan menuntut ilmu juga kita mendapat pahala di sisi ALLAH dengan syarat niat kerana Nya.
Gunakan masa kita sebaik-baiknya tetapi jangan diisi masa yang ada dengan perkara2 yg dilarang dalam Islam...
Jangan menjadi fitnah kpd ISLAM...
Semoga ALLAH bersihkan hati saya & teman2. Semoga ALLAH mudahkan urusan kita dunia dan akhirat serta mendapat kejayaan dengan izin NYA... aamiin ya ALLAH...
0 comments:
Catat Ulasan