Bismillah...
tiada seindah ucapan yang lebih indah daripada mengucapkan alhamdulillah di atas segala nikmat yang diberikan di dunia ini.. semoga bertambah nikmat yang diberikan bertambah jua keimanan kita kepada Allah yang Maha Esa..
Hati yang kecewa
Jangan biarkan dirimu larut dalam kesedihan dek kerana kecewa dalam percintaan...
Jangan biarkan dirimu menderita tiada penghujung hanya kerana gagal dalam membina ikatan...
Jangan biarkan dirimu hilang pedoman oleh sebab si dia membuat keputusan untuk meninggalkan mu..
Ketahuilah...
kau harus redha di atas segala ujian...
kau harus belajar untuk menerima dugaan...
kau harus kuat & tabah untuk menghadapi kenyataan...
Kerana...
Tuhan sayang akan dirimu dan memberi peluang agar dirimu kembali mencari cinta yang Satu..
Kerana...
Tuhan tahu apa yang terbaik buat dirimu kerana pasti ada kebaikan dek kesabaran mu..
Kerana...
Tuhan ingin mengujimu agar kau sedar akan salah dan silapmu..
Bersangka baiklah pada ujian ini..
Redha dan hapuskan segala kedukaan itu..
Carilah Cinta yang yang Maha Esa sebelum kau mengejar cinta manusia..
kerana Allah pasti tidak mengecewakan hambaNya yang sentiasa mengharap pada Nya..
Alhamdulillah
~maafkan dan semoga kita juga dimaafkan
0 comments:
Catat Ulasan