.: FoLLoWer :.

Isnin, 30 Mei 2011

::: SAIDINA UMAR AL-KHATTAB :::

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum, ayuh sahabat-sahabat, kita kaji kisah Umar Al-Khattab, bagaimana umar memeluk islam...

Saidina Umar Al-Khattab r.a sangat dibanggakan oleh seluruh umat Islam dan sangat digeruni oleh orang-orang musyrikin. Pada awalnya beliau sangat kuat menentang Rasulullah S.A.W dan merupakan seorang musuh Islam yang sangat berani menyeksa orang-orang Islam sehinggalah beliau sendiri memeluk agama Islam.

Peristiwa pengIslaman Saidina Umar Al-Khattab  bermula apabila pada suatu hari orang-orang Quraisy bermesyuarat bagi melantik seseorang untuk menjalankan usaha untuk membunuh baginda Rasulullah S.A.W. Umar menawarkan diri untuk memikul tanggungjawab itu. Tawaran beliau mendapat sorakan daripada hadirin memandangkan beliau merupakan panglima perang Quraisy yang paling terkemuka dan handal. Umar lantas menggalas pedangnya di tengkuk lalu lalu terus pergi untuk menyelesaikan tanggungjawab tersebut. Dalam perjalanan, beliau bertembung dengan Saad bin Abi Waqqas r.a dari Bani Zuhrah.

“Mahu ke mana engkau wahai Umar?”
“Aku mahu membunuh Muhammad!” jawab Umar.
“Tidakkah engkau sedar bahawa Bani Hashim, Bani Zuhrah dan Bani Abdul Manaf akan bertindak balas membunuhmu”.

Umar tersinggung dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Saad lalu menghunus pedangnya. Saad juga bertindak sedemikian untuk mempertahankan nyawanya sambil mengisytiharkan keIslamannya. Pertarungan hampir tercetus dan pada ketika itu Saad berkata:

“Terlebih dahulu kamu perbetulkan urusan keluargamu. Adik  perempuanmu dan iparmu telah memeluk Islam”.

Mendengar sahaja berita itu, kemarahan Umar meluap-luap dan beliau menukar langkah untuk menuju ke rumah adiknya. Pintu rumah adiknya dikunci dari dalam dan kedua-dua adiknya sedang menerima pengajaran Al-Quran daripada Khabbab r.a. Umar mengetuk pintu dan memanggil adiknya supaya membuka pintu.
Mendengar suara Umar, Khabbab r.a terus menyembunyikan dirinya dalam sebuah bilik. Beliau terlupa untuk membawa lembaran-lembaran Al-Quran. Apabila pintu dibuka, Umar terus memukul adiknya sambil berkata:

“Wahai musuh kepada musuhmu sendiri. Kamu juga telah meninggalkan agama datuk nenek moyang kamu. Apa yang telah  kamu lakukan? Siapakah pemilik suara asing yang aku dengar dari luar sana?’’.

Adik iparnya menjawab:
“Kami sedang bercakap antara satu sama lain”.

Umar bertanya kepadanya:
“Adakah kamu juga meninggalkan agama nenek moyang kamu dan memeluk agama baru itu?”.

Adik iparnya menjawab:
“Tetapi apa salahnya sekiranya agama yang kami anuti itu lebih baikdan benar?’’.

Apabila mendengar sahaja jawapan daripada adik iparnya itu, Umar bertambah menyinga lalu memukulnya, menarik janggutnya dan membelasahnya dengan teruk. Apabila adik perempuannya mencelah, dia memukul muka adiknya begitu kuat sehingga mengalir darah dengan banyaknya. Adiknya meluahkan perasaannya:
                  
“Umar, kami dibelasah hanya kerana kami menjadi seorang muslim.   Dengarlah! Bahawa kami berazam untuk mati sebagai seorang Islam. Kamu bebas melakukan apa sahaja terhadap kami kerana Allah sentiasa berada bersama kami”.

Dia berasa menyesal dengan perbuatannya apabila melihat adiknya berlumuran darah. Matanya terpandang lembaran Al-Quran yang tidak sempat dibawa oleh Khabbab r.a. Lalu beliau cuba untuk mengambil lembaran Al-Quran untuk melihat apakah kandungannya. Adiknya berkata:

“Tidak! Badanmu bernajis dan tidak seorang pun yang bernajis dibenarkan untuk menyentuh Al-Quran”.

Umar mendesak ingin menyentuhnya tetapi adik perempuannya enggan membenarkan tindakannya kecuali beliau membersihkan dirinya terlebih dahulu. Akhirnya Umar akur. Setelah beliau mandi beliau mula membaca lembaran tersebut dan surah yang dibacanya ialah Surah Thaha. Beliau memulakannya daripada awal. Apabila sampai kepada ayat berikut, pemikirannya bertukar sama sekali:

“Sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada Tuhan selain Aku kerana itu, sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku”.
(Surah Thaha : ayat 14)

Lantas Umar bersuara:
“Baiklah bawakan aku berjumpa Muhammad”.

Apabila mendengar kata-kata ini, Khabbab pun keluar dari tempat persembunyiannya dan berkata:
“Wahai Umar! Berita gembira untukmu. Semalam Rasulullah s.a.w telah berdoa kepada Allah.Ya Allah! Perkuatkanlah Islam melalui Umar atau Abu Jahal, sesiapa yang Engkau kehendaki”.

“Nampaknya doa Rasulullah ini diperkenankan untukmu”.

Umar pun pergi menemui Rasulullah s.a.w lalu terus memeluk Islam pada pagi Jumaat. PengIslaman Umar memberikan pukulan hebat kepada semangat orang-orang musyrikin. Namun begitu bilangan umat Islam masih kecil untuk mengimbangi seluruh negeri yang memusuhi mereka. Orang musyrikin melipatgandakan usaha mereka untuk menghancur leburkan dan melenyapkan Islam sama sekali. Dengan kehadiran Umar r.a, orang Islam telah mula berani untuk menunaikan solat di Tanah Haram.

Abdullah bin Mas’ud berkata:
“PengIslaman Umar adalah satu kejayaan yang sangat besar. Penghijrahannnya ke Madinah menambahkan kekuatan dan pengkhalifahannya mendatangkan sebesar-besar rahmat kepada orang Islam”.

Jumaat, 27 Mei 2011

::: CeRita sEpanjang Cuti BUlaN Mei.... :::

Assalamulaikum & selamat sejahtera.. cerita?? Tiada cerita pun sebenarnya cumanya hanyalah nukilan dari pengalaman sepanjang berada di rumah di bulan pertama ni. Wah, pejam celik, pejam celik, sekejap je dah dekat sebulan saya berada di rumah saya yang tercinta ni. Secara jujurnya, pada mulanya bosan juga, maklumlah, di rumah hanya tinggal saya, adik lelaki saya & parents saya. Abang & kakak-kakak saya bekerja bukan area dekat rumah, kecuali abang, tapi abang duduk dengan keluarganya di Manjung. Sorang lagi, adik lelaki saya sekarang belajar di Sek. Teknik, Brash, Ipoh, Perak. Dulu, mak mengasuh budak untuk elak bosan & rindukan cucu, tapi dek kerana kesihatan yang tidak mengizinkan, tak dapatlah mengasuh dah. Rindu pada afiq, anak jagaan mak... tapi takpe, 4 Jun ni saya akan mengasuh wan afiq selama seminggu, wah tak sabar. Hihi..

::: chumell tak?? nie lah afiq saya.. :::

Owh ye, berbalik pada cerita saya, bila difikirkan, saya kira bertuah ada adik-beradik yang ramai juga berbanding sesiapa yang menjadi anak tunggal, wah lagi bosan. Alhamdulillah. Cakap pasal adik-beradik yang ramai, teringat pula satu hadis nabi berkenaan anak perempuan iaitu:

“Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.” (sumber dari: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1276.0 )

ALLAH, bertuah ada anak-anak yang ramai ini, tapi, lebih bertuah ibu bapa kalu punya anak-anak yang taat & patuh serta memang dapat meringankan bebanan ibu bapa. (moga menjadi peringatan buat diri ini).  Ok, selain dari kebosanan, saya juga mengupdate blog yang dah bersawang ni, sebab peperiksaan bulan April yang lepas, jadi tak sempat nak update blog.  Selepas itu, online, tengok tv, tolong mak dalam kerja-kerja rumah & mengajar adik setelah ditegur oleh mak. (hihi, teruk betul saya, itulah ego sebab masih pegang prinsip, ‘cikgu tak mencari anak murid’). Ya, ada 1 hobi yang sedang dipupuk & mula berminat, iaitu membaca, kalu nak tahu salah satu hobi saya adalah membeli & mengumpul buku. TAPI, saya kurang minat membaca. Aigoo~ Tetapi Alhamdulillah, minat tu datang secara tiba-tiba yang bukan dipaksa. Sekarang baru habiskan dua buah buku iaitu buku pertama yang berjaya dihabiskan dirumah iaitu 'Dialog Malaikat Maut Dengan Para Nabi' & seterusnya buku yang amat menarik iaitu 'Pemilik Cintaku Setelah ALLAH & RASUL'. Sedang dalam usaha nak habiskan membaca buku 'Kuasa Kepimpinan Al- Fateh', insyaALLAH.

::: buku yang amat menarik :::

::: insyaALLAH dalam usaha nak habiskan baca :::

Selain itu, ada seperkara yang mengecewakan saya iaitu saya tidak dapat mengikuti sahabat saya, Nurfarhani Mustafa, menjadi AJKO, iaitu jawatankuasa orientasi matrik saya. Kalu ikutkan hari ini baru tamat minggu orientasi, sedih. Tapi, ada tanggungjawab yang lebih utama iaitu menolong ibu saya menguruskan majlis pertunangan kakak pada 29hb Mei 2011. Wah, tak sabar rasanya. Sebab kakak adalah yang pertama dalam keluarga setelah abang yang bakal menjadi isteri orang tetapi bukan 29hb ni, insyaALLAH awal tahun depan akan kahwin jika tiada sebarang masalah. (tak sabar nak anak saudara, hihi). Semoga segalanya berjalan lancar, insyaALLAH.

:: hanyalah contoh ::

Sebagai pengakhiran, semoga cuti ini memberi lebih makna kepada saya dengan memanfaatkanya dengan sebaiknya. InsyaALLAH. Detik 29hb Mei amat bermakna buat kakak, tetapi saya pula 8hb Jun ini pula memberi debaran buat saya sebab RESULT akan keluar, ALLAHUAKBAR. Semoga hati ini redha dengan apa pun keputusan yang saya dapat. Jadi setakat ini sahaja cerita tentang masa cuti saya...... wallahu’alam

Isnin, 23 Mei 2011

::: MeNanGislah saudaraku... :::

Menangislah saudaraku…..


Bagi saya menangis adalah merupakan perkara yang normal bagi seseorang. Air mata adakalanya penyubur hati,penawar duka sehingga mampu menghilangkan buih kekecewaan yang menyempit perasaan & menyesak kehidupan. Menangis juga tidaklah mengambarkan kita ini dalam sedih semata-mata tapi kadang-kadang, tangisan juga boleh disebabkan oleh perasaan yang terharu, gembira dan sebagainya.

Malahan detik waktu bersama kelahiran seorang bayi juga dihiasi tangisan. Suara tangis bayi berkumandang  mampu menapis segala suara yang menyapa telinga ibu. Tangisan bayi itu melonjakkan hati si ibu sehingga memuncak gembira penawar sakit dan lesu. Bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata.


Sedarlah bahawa setitis air mata kerana takutkan ALLAH merupakan persis permata indahnya gemerlapan. Saya tahu semua ingin masuk syurga,  sahabat,penghuni Syurga adalah golongan  yang banyak dukacitanya di dunia. KErAna, tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa.Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat. Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat.  Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.

 Mahukah kita mempunyai keluhan seperti ini:
Alangkah sempitnya kuburku,keluh seorang Abid.
Alangkah sedikitnya hartaku,kesal si hartawan
.

Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus,mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan. Justeru, yakinlah dengan firman ALLAH yang bermaksud:

"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang."
(al- Hasr: 20)

Tangis adalah basahan hidup,justeru:

Hidup dimulakan dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sama ada yang membawa untung atau merugikan.

Sabda Rasulullah s.a.w.

"Ada dua titisan yang ALLAH cintai,pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."


Nabi Muhammad  s.a.w bersabda lagi :
"Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali."


Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan,kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.

Soal menangis juga dapat kita ambil iktibar seperti…..

Dari kisah nabi Adam a.s,


Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. 

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." 





Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud,

"Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."
 
Selain itu, 

Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
"Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih,lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."


Nabi Muhammad bersabda :
"Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."

Seorang Hukama pernah bersyair :
"Aku hairan dan pelik,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan,lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan."

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut-takut tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.

Lupakah kita Nabi pernah bersabda :
"Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa,akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."


Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka. Namun,Allah s.a.w. telah berfirman :
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
(AL BAQARAH : 216)
Maka,

Menangislah wahai diri,agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri. Di sana,lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata :

"Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu."

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :
"Kenapa engkau menangis?"
"Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang,"jawabnya.


Menangislah sebagaimana  Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup,lalu berkata :
"Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."


Ibnu Masud r.a.berkata :
"Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :
"Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami,neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."

Menangislah di sini,sebelum menangis di sana!!!


Ahad, 22 Mei 2011

::: mY dEAr fREinDs :::

FreINdsHip...


What would you do if every time you wanted someone they would never be there?



What would you do if for every moment you were truly happy there would be 10 moments of sadness?



What would you do if your best friend died tomorrow and you never got to tell them how you
felt?


So, I just wanted to say, even if I never talk to you again in my life, you are special to me and you have made a difference in my life.





I look up to you, respect you, and truly cherish you.
 



::: JUST fOr YoU fRiEnDS :::

I'll Always Be There





In times of trouble,

In times of need,

If you are feeling SAD, 

You can count on me.

I will give you a wink,

Until you smile,

give you a hug,

And stand by your side.

I'l l be there for you till the end,

I'll always and forever, be your friend!










Sabtu, 21 Mei 2011

::: ALLAH s.w.t Tahu :::


بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم





Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia…
Allah swt tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih…
Allah swt sudah menghitung air matamu.
Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja…………  Allah swt sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kau merasa sendirian dan teman- temanmu terlalu sibuk untuk dirimu…
Allah swt selalu berada di sampingmu.
Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi…
Allah swt punya jawapannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan…
Allah swt dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan…
Allah swt sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur..
Allah swt telah memberkatimu
Ketika segala sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban…
Allah swt telah tersenyum kepadamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi…
Allah swt sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu….
Ingat bahawa di manapun kau atau ke manapun kau menghadap…
Allah swt tahu…
Cukuplah Allah sahaja yang mengetahui…


Khamis, 19 Mei 2011

::: 100 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN :::

Ayuh sahabat-sahabat, mari kita teliti 100 langkah kesempurnaan iman...

Hendak menjadi Islam yang taqwa? Amalkan 100 Langkah ini....

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;

02.
Sabar apabila mendapat kesulitan;

03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;

04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;

05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

08. Jangan cemburu dengan kekayaan orang;

09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;

10. Jangan sombong setelah memperoleh kejayaan;

11. Jangan tamak kepada harta;

12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;

13. Jangan hancur kerana kezaliman;

14. Jangan goyah kerana fitnah;

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;

17. Jangan sakiti hati ayah dan ibu;

18.
Jangan usir orang yang meminta-minta;

19. Jangan sakiti anak-anak yatim;

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;

24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;

25. Biasakan solat malam;

26. Perbanyakkan zikir dan do'a kepada Allah;

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;

28.
Sayangi dan santuni fakir miskin;

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

30. Jangan marah berlebih-lebihan;

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;

33. Berlatihlah konsentrasi fikiran;

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;

36. Jangan percaya ramalan manusia;

37. Jangan terlampau takut miskin;

38. Hormatilah setiap orang;

39. Jangan terlampau takut kepada manusia;

40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;

42. Berlakulah adil dalam segala urusan;

43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;

45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

46. Perbanyak silaturrahim;

47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

48. Bicaralah secukupnya;

49. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;

50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

51. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

52. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;

53.
Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;

54. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;

55. Hormatilah kepada guru dan ulama;

56. Sering-sering berselawat kepada Nabi SAW;

57. Cintailah keluarga Nabi SAW;

58. Jangan terlalu banyak berhutang;

59. Jangan terlampau mudah berjanji;

60. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah  kehidupan sementara;

61. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti  bersembang perkara yang tidak berguna;

62. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;

63. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;

64. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;

65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

66. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan
kejahatan lagi;

67. Jangan membenci seseorang kerana pahaman dan pendiriannya;

68. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

69. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuai pilihan;

70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan
kesulitan;

71. Jangan melukai hati orang lain;

72. Jangan membiasakan berkata dusta;

73. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;

74. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;

75. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;

76. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;

77. Jangan membuka aib orang lain;

78. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang  lebih berprestasi dari kita;

79. Ambilah pelajaran dari pengalaman dari orang-orang arif dan bijaksana;

80. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;

81. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;

82. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;

83. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;

84. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

85. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;

86. Hargai prestasi dan pemberian orang;

87. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan;

88. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak
menyenangkan.

89. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama  dan kondisi diri kita;

90. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi  terganggu;

91. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;

92. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah  untuk melupakan jasa kita;

93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan  berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;

94. Jangan cepat percaya kepada berita buruk yang besangkutan teman kita  sebelum dipastikan kebenarannya;

95. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;

96. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan  keramahan dan tidak berlebihan;

97. Jangan mempromosi diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan  diri;

98. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari  dari kenyataan kehidupan;

99. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap  kejahatan akan melahirkan kerosakan; dan

100. Jangan gembira di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan  memiskinkan orang;




p/s semoga dgn ciri2 yg ade ni kite same2 amalkan tuk mendapatkan keredhaan Allah… bersama meningkatkan kualiti diri.. saya juga berharap saya mampu melaksanakan perkara-perkara diatas. walaupun sedikit perubahan yang kita buat, tak mengapa kerana itu lebih baik dari tiada perubahan.. wallahu'alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...