.: FoLLoWer :.

Khamis, 21 Oktober 2010

PENGHINAAN

Tarikh: 20/10/2010
masa: 8 malam
Tempat: Alamanda, Putrajaya...


salam... alhamdulillah... hari ini mood saya baik pula nak keluar.... kebetulan my lovely roomate baru balik dari rumahnya dan membawa kereta bersama-sama.... jadi, saya pun ambil kesempatan untuk ikut keluar bersama-sama roomate saya dan dua orang sahabatnya... hehe.... first time di UKM keluar waktu malam... saya terpegun melihat keindahan dan cantiknya kawasan putrajaya ni.... di alamanda.... destinasi pertama kami adalah.... kedai buku MPH... siapa tak kenal MPH ni.... dan apa yang mengembirakan saya, saya telah menjumpai satu buku karya seorang penulis yang hebat.... allahyarham Fathi YAkan.... bukunya berjudul..." apa erti saya menganut islam... dan saya juga beli sebuah buku juga.... sebagai pengisi masa lapang saya untuk santapan rohani.... insyaALLAH... first time juga saya membeli kasut yang agak mahal.... iaitu kasut jenama BATA..... hehe.... simple tapi amat sesuai untuk saya bergelar muslimah..... NI la kedai KASUT BATA... kepada yang tak pernah tengok kedai ni la... hehe....

seronok dapat berjalan dengan kawan-kawan ni.... exam dilupakan sebentar.... lepas sudah puas pergi berjlan-jalan di Alamanda ni.... kami juga singgah di kedai kek SECRET RECiPe... kawan roomate belanja saya dan sahabat saya yang lagi seorang.... ini lah image kedai kek secret recipe....


yummy... sedap kek nya... harganya pun sedap juga.... hihi.... tapi tak mengapa... ada orang belanja.... terima kasih yer.... lepas itu.... destinasi terakhir kami adalah dengan menunaikan solat di Masjid Putrajaya.... dan bergambar di sana.... kenangan yang tidak dapat saya lupakan....



alhamdulillh... kita masih diberi nikmat keamanan... bagaimana pula sahabat-sahabat kita di Palestine.... jadi janganlah kita lupakan mereka disana.... walaupun kita bergembira di sini tetapi jalankanlah tanggungjawab kita sebagai saudara seislam dengan sebaik mungkin.... jika tidak mampu sekali pun... mendermalah kepada mereka..... kita sebenarnya bukan menderma tetapi kita sebenarnya berhutang kepada mereka kerana mereka sedaya upaya mempertahankan baitul maqdis.... jadi janganlah putus berdoa serta menderma selagi mampu kepada mereka.... selain itu.... jika tidak mampu juga.... belajarlah bersungguh2... semoga ilmu yang kita dapat... dapat membantu mereka malah agama islam yang tercinta... insyaALLAH.... oklah... sudah lewat malam... setakat ini sahaja penulisan saya... insyaALLAH selepas ini saya nak berkongsi tentang buku yang saya beli.... insyaALLAH... WALLAHU'ALAM....




Rabu, 20 Oktober 2010

nASihat....


2 hal yg sgt UTAMA
- iman kpd ALLAH
- beri manfaat kpd sesama muslim

2 KESEdihan
- kesedihan dlm urusan DUNIa dpt MenGGELAPkan HATi
- kesedihan dlm urusan AKHIrat bias MENERAngkan HAti..

2 Pencarian
- brgsiapa mencari ilmu beerti ia sedang mencari SYURga
- brgsiapa mencari kemaksiatan beerti is sedang mencari NERAka

2 perintah NAbi agar bergaul dgn ULAMA’
- hendaklah kamu duduk bersama ulama’ dan mendengarkan perkataan hukama’ ( org bijak) kerana ALLAH ta’ala menghidupkan hati yg mati dgn CAHAya hikmah sebagaimana bumi yg mati dgn air hujan.
- duduklah bersama kubara’ (ulama’ besar) dan bertanyalah kpd para ulama serta bergaulah dgn para hukama’ (org bijak)

3 hal yg dpt meninggikan DARjat manusia ialah:
- membudayakan ucapan SALAM ( di klgn kaum muslim)
-suka memberi makan kepada TAMU
- solat TAHAJUD pd tgh malam saat org sdg tidur nyeyak

3 penyebab KErosakan
- kerana terlalu byk MAKAN
- kerana terlalu byk BICARA
- kerana terlalu byk TIDUR

3 faktor pembentuk keperibadian
- jadilah manusia paling BAIK di sis ALLAH
- jadilah manusia yg paling BURUK dlm pandangan dirimu
- jadilah manusia BIASA di hadapan org lain…

3 penambah daya INGATAn
- BErsiWAk
-berpuasa
- membaca AL QURAn

3 hal yg paling Baik
- hari yg paling baik adalah hari JUMAAT
- bulan yg paling baik adalah bulan RAMADHan
- amalan yg paling baik adalah menjalankan solat fardhu TEPAT pada waktunya..

tHe REAL eXAM....

Tarikh: 19/10/2010
Tempat: FSSK, UKM
Penceramah: Ustaz Mohd HAfiz Abd RAZAK




"tHE rEAL eXAm"... SALAM... alhamdulillah... pada hari ini, ALLAH memberi saya peluang untuk saya melangkahkan kakiku ke 1 majlis ilmu yang baru sahaja berakhir beberapa jam yang lepas...
disini saya ingin berkongsi apa yang saya dapat dari penceramah pada hari ini iaitu Ustaz Hafiz timb. presiden Ikatan Study Islam (ISI), UKM. the real exam... ceramah minggu ini amat menepati situasi pelajar-pelajar UKM yang bakal menghadapi peperiksaan pada minggu hadapan... baiklah sahabat-sahabat....apa itu 'EXAM'??? exam adalah ujian la bagi bahasa mudah kita... ujian untuk menguji tahap kefahaman kita setelah kita bertungkus lumus menuntut ilmu.... tapi sahabat2... cuba sahabat2... semua fikir... apakah tujuan kita mengambil peperiksaan??? perlu ke???? berdosa ke kalu kita tidak ambil???? saya yakin dan percaya ada diantara kita sedar apa matlamat kita menduduki peperiksaan.... tapi ada juga insan-insan yang tidak tahu tujuan mereka menduduki peperiksaan.... adakah peperiksaan kita ini hanya untuk mengejar nikmat kesenangan DUNIA semata-semata???????????? sedarkah sahabat-sahabat... Dalam al-Quran surah az-Zariyat (51:56), Allah telah berfirman, “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku”... maksudnya... hidup kita adalah untuk beribadah kepada ALLAH... sebab itu sangat menepati dan bermakna tajuk ceramah untuk ummah talk pada kali ini iaitu jangan kita bersungguh2... n bertungkus lumus untuk exam semata2... tetapi ibadah kepada ALLAH kita lalai... jadi sia2... hidup kita... dunia mungkin biiznillah kita dapat tapi AKHIRAT???? jadi... renung2kanlah bersama2... selain itu, janganlah terlalu takut apabila exam...exam adalah ujian... sebab kalu kita rujuk ayat al-Quran iaitu dalam surah al-baqarah(2:155) "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar".... ALLAH akan menurunkan rasa takut apabila kita menghadapi sesuatu ujian..... tapi ingatlah bahawa jika kita bersabar dan menghadapinya dengan tenang serta bertawakal sepenuhnya kepada ALLAH setelah kita berusaha... maka insyaALLAH Kejayaan pasti milik kita.... ingatlah... USAHA milik KITA tetapi KEJAYAAN milik ALLAH... jadi berusahalah selagi mampu.... satu perkara lagi iaitu, Sijil SPM vs SPM?????????? SIJIL PELAJARAN MALAYSIA vs SIJIL PADANG MAHSYAR.... jadi untuk merebut kedua2nya... pastikan kita meletakkan matlamat akhirat yang utama barulah dunia yang seterusnya... KERANA.... apabila kita nakkan DUNIA dan meletakkan akhirat di belakang, MAKA DUNIAlah yang kita akan dapat tetapi jika kita nakkan AKHIRAT dan meletakkan dunia dibelakang, MAKA kita akan dapat kedua-duanya... DUNIA & AKHIRAT.... oleh itu, sebagai konklusinya.... betulkan niat utama kita mengambil peperiksaan yang bukan hanya untuk mencapai matlamat dunia semata-mata.... tetapi untuk kedua2nya.... WALLAHU'ALAM....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...