.: FoLLoWer :.

Sabtu, 25 Jun 2011

::: Qasidah muhammadiyah :::

بسم الله الرحمن الرحيم

ASSalamualaikum.. atas rasa rindu pada sahabat-sahabat di UKM saya ingin post tentang Qasidah Muhammadiyah... ya ALLAH, melalui UKM saya banyak belajar sesuatu yang amat bernilai bukan sahaja bekalan dunia malahan bekalan untuk akhirat. Malah saya juga mula mengenali tentang Qasidah ini di bumi UKM... wah masa ingat lagi bagaimana saya rasa teruja setiap kali nak berqasidah ni. Bila hati sedih dan rasa down, saya amat suka untuk berqasidah. Sebab?? menerusi Qasidah ini ia akan membangkitkan lagi semangat kita kerana kita Memuji RASUL kita yang tercinta... ALLAHUAKBAR... 

Saya juga mulai tahu rupa-rupanya qasidah ni banyak jenisnya, itu pun diberitahu oleh sahabat yang saya sayangi iaitu Ummu Hani.  Ya ALLAH, jujur sangat merindui untuk berqasidah dengan sahabat-sahabatku. 

Tapi cakap pasal Qasidah ni, apa benda qasidah ni??? menurut wikipedia, Qasidah ni adalah bentuk syair epik kesusastraan Arab yang dinyayikan. Penyanyi menyayikan lirik berisi puji-pujian (dakwah keagamaan dan satire) untuk kaum muslim. Jadi apa yang dapat saya simpulkan Qasidah ini lebih kurang seperti nasyid juga. Kalau kita hayati bait-bait Qasidah ini ia sangat indah dan sedap didengar. oleh itu dari kita menyanyikan lagu-lagu yang lagho yang mendatangkan dosa lebih baik kita berqasidah memuji Rasulullah s.a.w. Setidak-tidaknya ia mampu menenangkan jiwa dan mendekatkan diri kita dengan Maha PENCIPTA. Owh ye,  Jika ada kemusykilan tentang Qasidah boleh tanya pada pakcik google.  

Ini adalah video tentang Qasidah Muhammadiyah dan cari dendangannya sama seperti saya belajar di UKM.. 

Tapi cara dendangan Qasidah ini juga menarik:




lirik serta makna Qasidah Muhammadiyah

مَحمّد اشرف الأعراب والعجم
محمد خير من يمشى على قدم

Muhammad adalah termulia di hadapan Arab dan Ajam
Muhammad lah sebaik2 manusia yg berjalan di bumi ini


محمد باسط المعروف جامعه
محمد صاحب الإحسان والكرم

Muhammad adalah luas kebaikannya, Dialah pengumpulnya
Muhammadlah penghulu segala kebaikan dan kemuliaan


محمد تاج رسل الله قاطبة
محمد صادق الأقوال والكلم

Muhammad adalah mahkota para Rasul Allah, seluruhnya
Muhammad adalah benar pada kata2nya


محمد ثابت الميثاق حافظه
محمد طيب الأخلاق والشيم

Muhammad adalah tetap pada janjinya
Muhammad itu cantik akhlak dan rupanya

محمدرويت بالنور طينته
محمد لم يزل نوراً من القِدَم

Muhammad, tanah semadinya disirami Nur
Muhammad bercahaya sejak dahulu lagi

محمد حاكم بالعدل ذو شرف
محمد معدن الإنعام والحكم

Muhammad seorang hakim yang adil punyai kemuliaan
Muhammad adalah kunci kenikmatan dan hikmah


محمد خير خلق الل من مضرٍ
محمد خير رسل الله كلهم

Muhammad adalah semulia-mulia makhluk Allah,dari kaum Mudhar
Muhammad itu semulia-mulia rasul Allah, seluruhnya


محمد دينه حق ندين به
محمد مجملا حقا على علم

Muhammad, agamanya adalah kebenaran yang kita anuti
Muhammad adalah kebenaran yang sebenar2nya


محمد ذكره روح لأنفسنا
محمد شكره فرض عاى العمم

Muhammad, mengingatinya adalah seperti roh bagi kita
Muhammad, wajib kita berterima kasih kepadanya


محمد زينة الدنيا وبهجتها
محمد كاشف الغمّات والظلم

Muhammad adalah penghias dunia dan penghiburnya
Muhammad, ibarat penghapus duka dan kegelapan


محمد سيّد طابت مناقبه
محمد صاغه الرحمن بالنعم

Muhammad, penghulu yang suci perbuatannya
Muhammad,diberikan sebaik2 nikmat oleh Allah


محمد صفوة البارى وخيرته
محمد طاهر من سائر التهم

Muhammad, adalah insan pilihan Allah, sebaik-baik makhluk
Muhammad, adalah suci daripada segala tohmahan


محمد ضاحك للضيف مكرمه
محمد جاره والله لم يضم

Muhammad,tersenyum buat tetamunya , bahkan memuliakannya
Muhammad, jirannya demi Allah tidak dizaliminya

محمد طابت الدنيا ببعثته
محمد جآء بالآيات والحكم

Muhammad, alangkah indahnya dunia dgn kehadirannya
Muhammad telah datang dgn mukjizat dan hikmah-hikmah


محمد يوم بعث الناس شافعنا
محمد نوروه الهادى من الظلم

Muhammad, kelak di hari kebangkitan,dialah pemberi syafaat kita
Muhammad,nur nya ibarat penyuluh hidayah dari kegelapan


محمد قائم لله ذو همم
محمد خاتم للرسل كلّهم

Muhammad,tidak putus-putus menghadap Allah dgn penuh harapan
Muhammad adalah penamat sekalian Rasul Allah,seluruhnya





Wallahu'alam...

Jumaat, 24 Jun 2011

::: Memperingati Almarhum Ustaz Fadzil Noor :::

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, posting kali ini suka saya ingin kongsikan  bersama dengan semua tentang pemergian Ulama yang amat hebat dan amat saya kagumi iaitu, Almarhum Ustaz Fadzil Noor... 

Sumber 100 % dari : 

*********************************************************************

MEMPERINGATI 9 TAHUN PEMERGIAN (JUN 2002- JUN 2011)
Almarhum Ustaz Fadzil Noor


Imam Sufyan bin 'Uyainah[1] berkata "عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة " bermaksud, " Apabila menyebut tentang orang-orang soleh, rahmat akan turun".[2]

Pada 23 Jun 2011, genaplah 9 tahun pemergian seorang tokoh pejuang Islam yg tidak asing lagi di tanah air, Almarhum Ustaz Fadhil Noor. Beliau telah kembali menemui kekasihnya pada tanggal 23 Jun 2002. Semoga ruhnya ditempatkan bersama para anbiya dan syuhada.



Kata-kata beliau ; 
" ... kalau boleh saya tak nak berhenti bercakap sebab saya berucap dengan orang yang saya kasihi dan saya sayang! " -- Diucap oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ketika majlis penutupan Muktamar PAS ke-48, muktamar yang terakhir sebelum beliau menghembuskan nafasnya terakhir. 

Ustaz... kalau boleh, aku juga tidak mahu berhenti dari mendengar kata-kata 'mutiara' da'wahmu kerana ia amat terkesan di jiwa ini...  Akan aku bekalkan ianya buat anak-anak dan generasiku.

Saya selalu berpesan pada anak-anak saya jadilah orang berilmu sepertinya, walaupun ustaz telah pergi meninggalkan kita, tetapi ilmunya tetap hidup subur untuk menerangi hati-hati kita dan insan yang memerlukannya... Al-Fatihah 

Dato' Haji Fadzil bin Mohd Noor (حاج فاضل بن محمد نور) (lahir: 13 Mac 1937, meninggal: 23 Jun 2002) merupakan seorang tokoh Ulama' yang tersohor.

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar dan Maktab Mahmud pada tahun 1951 sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir tajaan biasiswa kerajaan Kedah pada 1963 hingga 1967.

Sekembalinya dari Mesir beliau mengajar di Maktab Mahmud dan kemudian sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978).

Politik

Beliau mula bertanding dalam Pilihanraya Umum 1978 menentang Datuk Senu Abdul Rahman tetapi kalah. Pada tahun 1981, beliau dipilih sebagai Naib Presiden PAS dan kemudian Timbalan Presiden pada 1982. Pada 30 Mac 1989 beliau dipilih sebagai Presiden PAS selepas pengunduran Tuan Guru Haji Yusof Rawa.

Beliau merupakan ADUN Bukit Raya untuk lima penggal berturut-turut walaupun cuba bertanding bagi kerusi Parlimen beliau tewas, sehinggalah pada Piliharaya Umum 1999, beliau berjaya mengalahkan Datuk Othman Abdul untuk menduduki kerusi Parlimen Pendang dan mengekalkan kerusi ADUN Anak Bukit (sebelum itu Bukit Raya).

Pada tahun yang sama, beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Lim Kit Siang yang kalah dalam pilihanraya umum itu.

Pada 1998, beliau dilantik sebagai Pengerusi GERAK (Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia). Gerak ditubuhkan oleh PAS, DAP dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan disertai oleh 15 pertubuhan bukan kerajaan dan individu untuk menegakkan keadilan selepas pemecatan dan penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Meninggal dunia

Beliau menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada 10 Jun 2002. Sebelum itu beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu kerana mengadu sakit dada. Beliau meninggal dunia pada 23 Jun 2002 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi. Jenazah beliau diterbangkan oleh pesawat Hercules dari Selangor ke Kedah.

Jenazah Ustaz Fadzil Noor disemadikan di madrasah di tempat kelahiran beliau di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah sesuai dengan wasiat beliau. Masa jenazah beliau hendak disemadikan ribuan rakyat hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut untuk mengangkat jenazah beliau sehinggakan jalan raya sesak teruk sehingga 20 km.

sumber 
SELANJUTNYA - klik



RALAT (Pembetulan fakta yang saya ambil dari sumber diatas.  Pembetulan ini dari anakanda Almarhum sendiri)  Terima kasih Muna.







Rabu, 22 Jun 2011

::: wanita solehah :::

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum... alhamdulillah, kali ini suka untuk saya berkongsi perihal wanita solehah. wanita solehah adalah selalunya wanita yang mempunyai akhlak yang terpuji yang akhirnya  ia memudahkan golongan ini merasai nikmat syurga illahi. Dalam sebuah hadis yang bermaksud:

Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Ibnu Umar ra. Rasulullah SAW bersabda:

"Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan, dan sebaik-baik kesukaan itu adalah wanita yang solehah". 

Bertuahlah kita dilahirkan sebagai wanita islam, tetapi akan lebih bertuah apabila kita menjadi wanita solehah. Sila hayati video wanita solehah ini. moga-moga ianya mampu memberi manfaat buat semua. 




Kelebihan menjadi wanita solehah


·         Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
·         Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki solehah
·         Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
·         2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat
·         wanita yang tidak hamil (kalau dia bersolat)
·         Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susunya.
·         Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
·         Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
·         Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan     penuh rahmat.
·         Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga,dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
·         Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
·         Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
·         Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
·         Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.
·         Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
·         Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
·         Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
·         Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70  tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
·         Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari  selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.
·         Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
·         Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
·         Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
·         Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruhakan mendapat pahala 7 tola perak.
·         Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
·         Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
·         Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah  Allah diakhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Selasa, 21 Jun 2011

::: Kecintaan saidina Umar terhadap Rasulullah s.a.w :::

بسم الله الرحمن الرحيم 

assalamualaikum... entri yang lepas kita bercerita berkenaan cintailah Rasulullah.. Maka, kali ini saya ingin menyambung kisah Saidina umar iaitu, Kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w, hayatilah dan ambilah pengajaran... 


Sesiapa pun tidak dapat menafikan keberanian, ketabahan dan kekuatan Umar yang apabila disebutkan namanya sahaja bisa menggentarkan hati dengan penuh ketakjuban dan penghormatan walaupun itu semua sudah berlalu lebih 1400 tahun dahulu. Sebelum Umar memeluk Islam, penyeruan dan pengakuan iman tidak dapat dilakukan secara terang-terangan. Sebaik sahaja beliau memeluk Islam, mulalah orang-orang Islam bersolat di Tanah Haram kerana seorang pun tidak berani mendatangkan mudarat apabila Umar berada di belakang mereka.

Walaupun ciri-ciri kepimpinan ada terdapat pada Umar, namun gelombang kejutan dengan  kewafatan Rasulullah s.a.w sukar dibendungnya. Beliau berdiri dengan pedang terhunus di tangannya, bingung dan keliru sambil berkata:

“Daku akan memancung kepala sesiapa sahaja yang berkata Rasulullah telah wafat. Rasulullah hanya pergi menemui Tuhannya sebagaimana Musa a.s pergi ke Bukit Thur. Baginda akan segera kembali dan akan mengerat tangan dan kaki mereka yang menyebarkan berita palsu mengenai kewafatannya”.

Sementara itu Uthman terpegun dan sedih dengan kejadian ini. Sepatah perkataan pun tidak terekeluar dari mulutnya sehinggalah keesokan harinya. Beliau mundar mandir seolah-olah kehilangan kata-kata. Ali dalam keadaan yang berdukacita yang teramat sangat. Beliau kaku tanpa bergerak-gerak. Hanyalah Abu Bakar, didorong dengan cinta kasih terhadap Rasulullah tetap teguh seumpama batu menghadapi keadaan berdukacita. Beliau tidak kehilangan punca. Dengan tenang beliau masuk ke rumah Rasulullah lalu mencium dahi baginda. Kemudian beliau muncul kembali kepada orang ramai. Katanya seperti firman Allah:


“Muhammad itu hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad). Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur”.

(Surah Ali Imran : ayat 144)


wallahu'alam....

Khamis, 16 Jun 2011

:::Cintailah Rasulullah:::

بسم الله الرحمن الرحيم

Wahai sahabat-sahabat, marilah kita hayati video tentang syafaat dari Rasul kita yang tercinta, Nabi Muhammad s.a.w untuk umat...


Daripada Abbas r.a. Rasulullah bersabda:
“ Orang yang pertma dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah MUHAMMAD S.A.W.  Jibrail a.s akan datang kepadanya membawa seekor Buraq. Israfil datang membawa bendera dan mahkota. Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga.”

Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik.”

Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah s.a.w berdiri, baginda s.a.w telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda s.a.w. Baginda s.a.w melihat kanan dan kiri. Baginda s.a.w dapati, tiada lagi bangunan, Baginda s.a.w menangis sehingga mengalir matanya ke pipi.Baginda s.a.w bersabda:
 “Kekasihku Jibrail! Gembirakanlah aku!”

Jibrail a.s berkata: “Apakah yang kamu lihat dihadapanmu?”

Baginda s.a.w bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”

Jibrail a.s berkata:“Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”

Baginda s.a.w bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku.”
Baginda s.a.w bersabda: “Aku bertanya kepadamu akan UMATKU. Di mana perjanjian mereka?”
Baginda s.a.w bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan UMATKU.”

Jibrail a.s menyeru: “Wahai sekalian makhluk. Datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh ALLAH Taala.”

Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan.

Setiap kali Nabi Muhammad s.a.w berjumpa satu umat, baginda s.a.w akan bertanya: “Di mana UMATKU?”

Jibrail a.s berkata: “Wahai Muhammad! Umatku adalah umat yang terakhir.”

Apabila Nabi Isa datang, Jibrail a.s menyeru: “Tempatmu!”

Maka Nabi Isa a.s dan Jibrail a.s menangis.

Nabi Muhammad s.a.w berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”

Jibrail a.s berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”

Nabi Muhammad s.a.w bertanya: “Dimana UMATKU?”

Jibrail a.s berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad s.a.w menangis lalu bertanya:
“Wahai Jibrail! Bagaimana keadaan UMATKU yang berbuat dosa?”

Jibrail a.s berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad s.a.w!”

Nabi Muhammad s.a.w bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Wahai umatku.”

Mereka berkumpul di sisinya, umat-umatnya menangis.

ALLAH taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad s.a.w?”

Jibrail a.s berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”

ALLAH taala berfirman: “Wahai Jibrail! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad s.a.w bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”

Jibrail a.s kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada ALLAH taala.”

Nabi Muhammad s.a.w berpaling kearah umatnya lalu berkata:
“Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan ALLAH taala.”
“Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan ALLAH taala.”

ALLAH taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, AKU akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKU. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu.”

Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad s.a.w menyeru: “Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku...! Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk UMATKU dariMu!”

Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru:“Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”
Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku... Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidaka akan sabar dengan penyeksaan.”

Nabi Muhammad s.a.w lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda s.a.w sujud di hadapan Arsy ALLAH taala dan sekali lagi baginda s.a.w rukuk untuk memberi syafaat bagi UMATNYA.
Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya.
Mereka berkata: “Maha Suci ALLAH! Hamba yang paling dimuliakan ALLAH Taala ini begitu mengambil berat hal keadaan umatnya.”

Fatimah r.a. bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?”

Baginda s.a.w menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebah telaga ketika aku sedang memberi minum UMATKU.”

Tatkala umat Nabi Muhammad sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat

Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad s.a.w dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad s.a.w. Mereka telah sesat dari Nabi mereka.”

Suara Mariam telah didengari oleh Nabi Muhammad s.a.w
Nabi Adam a.s berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w: “Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk memnta syafaat kepada ALLAH taala.”

Nabi Muhammad s.a.w menjerit dari atas mimbar lalu bersabda:
“Marilah kepadaku, wahai UMATKU! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada ALLAH taala untukmu!”
Umat Nabi Muhammad s.a.w berkumpul disisinya.
Ketika di atas Sirat. Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada Malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan Kebenaran ALLAH taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak hati mereka akan gementar apabila melihatmu.”

Nabi Muhammad s.a.w berhenti di atas Sirat. Setiap kali baginda s.a.w melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, Baginda s.a.w akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.

Nabi Muhammad s.a.w berkata:
“Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!”

ALLAHUAKBAR.. bETApA saYanGnYA nAbI kEPAda KiTa...













Rabu, 8 Jun 2011

::: Bayaran Bantuan Harian Kepada Umar :::

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, mari kita teliti sambungan dari kisah Saidina Umar  yang bertajuk:


Bayaran Bantuan Harian Kepada Umar
Umar juga hidup dengan berniaga. Apabila beliau dilantik menjadi khalifah selepas Saidina Abu Bakar, beliau pun mengumpul orang ramai dan berkata kepada mereka:
“Aku menyara hidupku dengan berniaga. Disebabkan kamu semua telah melantikku sebagai khalifah, aku tidak dapat lagi pergi berniaga. Jadi bagaimana dengan saraanku sekarang?”.

Berbagai saranan diberikan agar bayaran harian daripada Baitul Mal diberikan kepadanya. Ali r.a tidak berkata apa-apa. Lalu Umar pun meminta pandangannya:
“Wahai Ali! Apakah pendapat kamu?”

Beliau menjawab:
“Aku cadangkan agar sejumlah wang diambil mencukupi bagi keperluan keluargamu”.

Umar menerima cadangannya dan jumlah bayaran harian yang sederhana ditetapkan untuknya.
Kemudian beberapa orang termasuk Ali, Uthman, Zubair dan Talhah mencadangkan agar bayaran itu ditambah kearana bayaran sebelum itu jauh daripada mencukupi. Tetapi tiada seorang pun yang berani mengesyorkannya kepada Umar r.a. Mereka pun berjumpa dengan Ummul Mukminin Hafsah, anak perempuannya dan memintanya mendapatkan persetujuan daripada Umar tanpa menyebutkan nama orang-orang yang mengesyorkannya. Apabila perkara ini dibawa oleh Hafsah, Umar menjadi begitu marah dan berkata:
“Siapakah yang mengesyorkan perkara ini?”

Hafsah menjawab:
“Berikan pendapatmu dahulu”.

Umar:
“Jika aku mengetahui mereka, nescaya aku akan ku tampar muka mereka. Hafsah! Ceritakanlah kepadaku pakaian Rasulullah yang terbaik yang ada di rumahmu?”

Hafsah:
“Sepasang kain kemerah-merahan yang dipakai oleh Rasulullah pada hari Jumaat atau tatkala menerima perutusan”.

Umar:
“Apakah jenis makanan yang terbaik yang pernah dimakan oleh Rasulullah di rumahmu?”

Hafsah:
“Kami makan roti barli biasa. Pada suatu hari daku telah menyapu sekeping roti daripada bekas minyak sapi dan baginda makan dengan penuh selera dan menyungguhkannya kepada orang lain”.

Umar:
“Apakah jenis hamparan tidur yang terbaik yang digunakan oleh Rasulullah di rumahmu?”

Hafsah:
“Sehelai kain tebal. Pada musim panas ia dilipat empat dan pada musim sejuk ia dilipat dua, sebahagian dijadikan selimut untuk menutupinya”.

Umar:
“Hafsah! Pergilah beritahu orang-orang ini bahawa Rasulullah telah menunjukkan satu tauladan peribadinya. Aku mesti ikut teladan itu. Perumpamaan bagi kami bertiga yakni aku, Rasulullah dan Abu Bakar adalah seumpama tiga orang yang bermusafir melalui sebatang jalan yang sama”.

Orang yang pertama (Rasulullah) yang memulakannya dengan perbekalan dan telah mencapai matlamatnya. Yang kedua (Abu Bakar) mengikuti jejaknya dan telah bertemu dengannya. Sekarang orang yang ketiga sedang dalam perjalanan. Jikalau dia menuruti jejak mereka nescayalah dia juga akan bertemu dengan mereka. Jika tidak menyimpanglah dia.
Suatu ketika beliau terlewat untuk solat Jumaat lalu beliau memberitahu jemaah :
“Maafkan aku tuan-tuan semua. Aku terlewat disebabkan pakaianku sedang dibasuh dan aku tidak punya pakaian lain”.

Suatu ketika beliau sedang menghadapi makanan, seorang sahabat
‘Utbah bin Abi Farqad meminta izin untuk berjumpa dengannya. Beliau mengizinkannya dan menjemputnya makan bersamanya. ‘Utbah pun mulalah makan tetapi roti terlalu kasar sehinggalah beliau tidak dapat menelannya. Beliau pun bertanya:
“Kenapa tuan tidak menggunakan tepung yang lebih baik untuk rotimu wahai Umar?”

Beliau berkata:
“Adakah setiap orang Islam mampu memperolehi tepung yang baik untuk membuat rotinya?”

Lalu ‘Utbah menjawab:
“Tidak. Tidak semua orang Islam mampu untuk berbuat sedemikian”.

Umar berkata lagi:
“Oh! Kamu ingin agar aku mengecapi segala kelazatan ketika aku masih di dunia”.

Begitulah antara kisah mengenai kezuhudan para sahabat nabi. Dengan menjadikan sahabat nabi sebagai contoh, sekurang-kurangnya kita merasa malu untuk berlumba-lumba di antara satu sama lain dalam mengejar kemewahan duniawi.

Sabtu, 4 Jun 2011

::: KeTaKuTan Umar TerHadap ALLAH :::


بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah , kini saya nak bawa cerita baru tentang Saidina Umar al-Khattab yang bertajuk:

Ketakutan Umar Terhadap Allah


Suatu ketika beliau sedang sibuk dengan satu pekerjaan yang penting. Pada ketika itu, datang seorang membawa pengaduan mengenai suatu hal kecil agar beliau dapat menyelesaikannya. Umar r.a lalu memukul bahu pemuda itu sambil berkata:

“Apabila aku duduk untuk menerima perkara tersebut, kamu tidak datang menemuiku tetapi apabila aku sibuk dengan lain-lain perkara yang penting kamu mencelahiku dengan perkara remeh temeh”.

Pemuda itu pun pergi dari situ. Tetapi Umar r.a memanggilnya kembali dan memberinya cemeti lalu berkata:

“Pukullah aku dengan cemeti ini supaya kesalahanku terbalas”.

Pemuda itu berkata;
“Aku maafkan kamu kerana Allah”.

Umar r.a pulang ke rumahnya lalu bersolat taubat dua rakaat serta mencela dirinya sendiri:
“Wahai Umar! Kamu dahulukan hina maka Allah mengangkat darjatmu, kamu sesat tetapi Allah telah memberikan kamu hidayah kepadamu, kamu dulu sangat mengaibkan tetapi Allah memuliakan kamu serta mengurniakan kamu kekuasaan terhadap orang lain. Sekarang apabila salah seorang datang kepadamu mengadu mengenai sesuatu kesalahan yang telah dilakukan terhadapnya untuk diselesaikan, kamu memukulnya? Apakah jawapan yang akan kamu berikan di hadapan Allah kelak?”.

Beliau menangis begitu lama seperti tangisan kanak-kanak kecil.
Suatu hari Umar membuat rondaan biasanya ke Harrah bersama hambanya Aslam. Nun jauh di sana kelihatan suatu cahaya api. Beliau berkata:
“Mungkin di sana ada sebuah khemah. Mungkinkah suatu khalifah yang tidak dapat memasuki Bandar kerana waktu telah gelap. Marilah kita melihat hal mereka dan menguruskan keselamatan yang perlu untuk mereka”.

Apabila tiba di sana didapati seorang wanita dan beberapa orang kanak-kanak sedang menangis. Sebuah periuk berisi air sedang terjerang. Umar menyapanya dengan salam dan dengan keizinan daripada wanita itu beliau datang menghampirinya. Lalu Umar bertanya:
“Mengapa kanak-kanak itu menangis?”.

Wanita itu tidak mengenali Umar dan dia menjawab pertanyaan Umar dengan sedih:

“Mereka lapar”.
“Apakah yang ada dalam periuk?”. Umar bertanya.
“Hanyalah air dijerang bagi mendiamkan kanak-kanak itu agar mereka pergi tidur dengan harapan makanan sedang disiapkan untuk mereka apabila meraka bangun nanti. Ah! Allah akan mengadili Umar pada hari kiamat kelak kerana membiarkan aku dalam kesusahan”, kata wanita itu.
Umar menangis apabila mendengar kata-kata wanita itu.
“Semoga Allah merahmatimu. Bagaimanakah Umar dapat mengetahui kesusahanmu ini?’.

Wanita itu menjawab:
“Apabila dia menjadi amir kami, dia perlulah tahu mengenai kami”.

Umar pun kembali ke Bandar dan terus ke Baitul Mal. Beliau mengisi tepung, kurma, lemak dan pakaian serta wang dinar ke dalam karung. Apabila telah siap diisi beliau berkata kepada Aslam:
“Sekarang letakkanlah karung ini di belakangku wahai Aslam”.

Aslam enggan lalu menjawab:
“Wahai Amirul Mukminin, biarlah aku sahaja yang memikulnya”.

Umar enggan mendengar kata-kata Aslam malah beliau mendesaknya agar membenarkannya memikul barang itu di atas pundaknya sambil berkata:
“Apa! Mahukah kamu memikul beban dosaku pada hari akhirat? Aku mesti membawa karung ini  kerana aku akan disoal mengenai wanita ini pada hari akhirat kelak”.

Dengan perasaan yang berat Aslam meletakkan barang tersebut di atas belakang Umar lalu bergerak pantas ke khemah wanita tadi. Aslam mengikut beliau dari belakang. Beliau memasukkan sedikit tepung, kurma dan lemak ke dalam periuk dan mengacaunya. Beliau menghidupkan api untuk memasaknya.
Aslam berkata;
“Aku lihat asap melalui celah-celah janggut Umar yang tebal”.

Seketika kemudian masakan tersebut siap. Beliau sendiri yang melayani keluarga itu. Setelah kenyang beliau menyimpan bakinya untuk kegunaan mereka di kemudian hari. Kanak-kanak tersebut sangat gembira setelah memperolehi makanan dan mereka bermain dengan riangnya selepas itu. Wanita itu sangat gembira dan berkata:
“Semoga Allah memberi ganjaran kepadamu kerana kebaikanmu. Selayaknya kamulah yang mengambil tempat Umar sebagai khalifah”.

Beliau duduk seketika di suatu penjuru yang berdekatan sambil memerhatikan kanak-kanak tersebut. Kemudian kembali ke Madinah. Dalam perjalanan pulang beliau berkata kepada Aslam:

“Tahukah kamu Aslam, mengapa aku duduk di situ? Aku telah melihat kesusahan mereka, maka begitulah juga aku mahu melihat mereka riang dan ketawa untuk seketika”.

Dikatakan bahawa tatkala Umar mengimami solat Fajar, beliau selalu membaca Surah Kahf, Thaha dan lain-lain surah sambil menangis begitu kuat sehingga kedengaran tangisannya sehingga ke beberapa saf di belakangnya. Suatu ketika beliau membaca Surah Yusuf dalam solat Fajar sampailah beliau ayat 86 yang bermaksud:

“Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui”.

Lantas beliau menangis bersungguh-sungguh sehingga tidak boleh meneruskannya lagi. Dalam solat Tahajjudnya kadang kala beliau akan jatuh dan mendatangkan keuzuran disebabkan terlampau banyak menangis.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...