.: FoLLoWer :.

Ahad, 13 Mac 2011

Cinta tarbiyyah da'wah, hatiku milikmu ^_

Part 4



''Assalamualaikum. Maziah, abang nak jumpa, jap,'' Banna mengajak adiknya beredar sedikit daripada gerai itu. Maziah meminta izin daripada Asiah Yusro. Asiah Yusro mengangguk lembut sambil mengukir senyuman. Sebelum beredar bersama abangnya, Maziah sempat mengambil cebisan-cebisan kertas berwarna biru yang baru dikoyak dari dalam lipatan sebuah buku.
''Kertas apa tu?'' Banna menjeling.
''Tadi, ada sorang classmate Maziah bagi. Geli Maziah membaca ayat-ayat yang ditulis lalu dengan spontan tangan Maziah mengoyaknya. Maaf, tak sempat nak tunjuk kat abang..
'' Maziah meyerahkan cebisan-cebisan kertas itu ke tangan abangnya. Banna menyambut lalu membelek-belek.
''Lelaki ke?''
''Kalau perempuan, Maziah tak kan 
buat macam ni, bang...''
''Hidup remaja memang terlalu mencabar. Dugaan cinta macam ni akan datang silih berganti. Sebab tu lah kita hajat sangat pada tarbiyyah agar kita tak hanyut nanti.,'' nasihat seorang abang.
''Abang doakanlah selalu untuk Maziah ye. Hidayah tu milik Allah...Maziah takut hidayah tu hilang dari diri Maziah jika tergoda dengan ujian ni. Allah tak perlukan Maziah tapi Maziah memang terlalu memerlukan hidayah-Nya untuk selamat di dunia dan akhirat. Kalau kita tak jaga hidayah Allah, ia boleh pergi meninggalkan kita, kan bang?!''
(Syukurlah Allah masih memberi kesedaran ini kepada adikku. Wanita yang ditarbiyyah adalah sebaik-baik nikmat di dunia ini)
''Mmm.Sama-samalah kita berdoa....'' Banna mengangguk setuju.
''Kau tengok tu! Patutlah dia koyak senang-senang je kad yang aku beli mahal-mahal, rupa-rupanya dah ada pakwe,'' bentak Fathil yang berada selang beberapa gerai dari kedudukan Maziah dan abangnya.
''A'ah lah Fathil. Eh, eh, dia tunjuk kat pakwe dia pulak kad kau tu. Aku rasa, tentu pakwe dia tengah hina kau teruk-teruk. Melampau diorang ni, Fathil,'' tambah Joe.''Dating depan orang ramai pulak tu,'' darah Fathil mendidih.
''Nampak je baik, tapi spesis Fika jugak ni. Yang aku bengang sangat, aku kenal pakwe dia tu,''gigi-gigi Fathil dicengkam kuat, bergemerincing.
''Siapa?''€
''Kawan roommate aku. Banna namanya. Ingatkan dia budak waro', tapi sama setan cam aku je. Maziah tu pulak memang sengaja dating depan aku, nak sakitkan hati aku lah tu,''
''Fathil, kau tengok je awek kau kena kebas depan mata? Kalau aku, aku takkan biarkan budak tu. Kena bagi penangan skit...''
''Aku ni pantang dicabar, Joe. Aku tengah mendidih ni. Dah lah aku meluat ngan Fika ramai boyfriend, baru nak pikat perempuan baik, begini pulak jadinya. Kalau nak bagi penangan, bukan setakat Banna, Maziah dan Fika pun aku nak ajar sekali,''
''Aku tahu kalau Fathil yang cakap memang dia buat,'' Joe makin mengapi-apikan kemarahan Fathil.
''Joe,malam ni kau dan Umar ikut aku belasah Banna, nak?''
''Malam ni? Kenapa lambat sangat...sekarang ni pun dah boleh belasah ngan mulut. Semburlah pedas-pedas skit kat diorang yang tengah berasmara tu,'' Fathil makin terbakar dengan hasutan Joe.
''Maziah, tahu tak ziarah keluarga Hanif pada cuti semester lepas tu ada makna?''
''Hanif mana ni bang?''
''Alah, Hanif...kawan abang yang hitam manis tu. Dia ta de rupa sangat tapi agamanya, insyaAllah.''
''Oh, yang ada bersama abang ketika kita jumpa hari tu?! Dia dari Sekolah Taman Islam jugak ke, bang?''
Pergaulan yang terbatas di sekolah itu menyebabkan pelajar perempuannya kurang mengenali pelajar lelaki. Begitulah sebaliknya.
''Takk, dia sekolah biasa je. Tapi aktif ikut tarbiyyah kat sini. Dia dalam smart group yang sama dengan abang..''
''Maziah ingat....zaman kecil-kecil dulu, keluarganya selalu ziarah rumah kita. Tapi, bila dah besar macam ni dia jarang ikut keluarganya ziarah. Dia tu nakal masa kecil dulu,kan abang? Maziah cukup tak suka kat dia dulu. Dia selalu ejek Maziah macam-macam,''
''Alah, masa kecil semua orang nakal. Perempuan biasanya baik sikit lah. Kalau kita tahu kelemahan seseorang, kita kena ingat, no body is perfect. Kita pun ada kelemahan. Membetulkan adalah tanggungjawab kita. Maziah macam mana sekarang ni? Boleh terima ke kalau keluarga Hanif masuk meminang?''
''Sebenarnya, Maziah dah fikirkan semua ni. Umi dah bagitahu Maziah awal-awal lagi. Ibubapa Hanif betul-betul berharap. Maziah tak kisah siapa pun yang bakal jadi suami Maziah, asalkan fikrahnya jelas dan dia berada di atas jalan tarbiyyah dan da'wah. Maziah tak pernah pandang rupa atau kekayaan, Maziah hanya hajat pada agama dan bimbingannya,''
''Syukurlah, abang gembira dengan jawapan Maziah....''
Tiba-tiba.....
''Ingatkan perempuan pakai tudung labuh tu baik, tapi tak sangka ala-ala setan jugak. Nak dating pun pergi tempat lain lah woiii...'' laung Fathil dengan kuat ke arah Banna dan Maziah. Mereka terkejut. Beberapa orang pelajar yang lalu lalang memandang sinis ke arah mereka dengan kata-kata Fathil yang lantang itu. Banna cuba menjelaskan keadaaan. Dia menghampiri Fathil.
''Fathil...dengar sini...''
''Aku kenal kau. Hipokrit. Berlagak baik tapi sebenarnya setan....''
''Fathil...'' Banna cuba bersuara lagi. Terhalang.''Sudahlah....tak payah nak mengaku baik lagi. Sudah terang lagi bersuluh. Nak buat maksiat pun depan-depan orang. Buat malu nama universiti je..'' Fathil tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan daripada Banna selepas memalukan mereka berdua di khalayak ramai. Dia puas lalu meninggalkan mereka terpinga-pinga. Asiah Yusro melihat kejadian itu. Dia bergegas menghampiri Maziah.
''Sabarlah Maziah, Allah tahu anti adik- beradik,''
''Manusia memang macam tu, bila timbul rasa dendam dan cemburu tak bertempat, dia mula lah nak lakukan perkara tak baik pada orang lain,'' luah Maziah dengan gelagat Fathil, rakan sekelas yang sering mengganggunya saban hari.
''Maziah, pandanglah semua orang dari kacamata dakwah. Kasihan lelaki tadi, mungkin niat dia ikhlas nak mencegah mungkar di depan matanya tapi kurang teliti dengan tindakannya. Lagipun, kedudukan Maziah dan abang Maziah tadi memang boleh menimbulkan prasangka, betul tak ?'' Maziah mengangguk.
''Kita doakanlah agar orang sepertinya akan mengenal tarbiyyah dan da'wah bil hikmah dengan izin Allah,'' Kata-kata Asiah Yusro menenangkan hati Maziah.
Dia berzikir memuji Allah. Banna datang menghampiri adiknya.
''Maziah, kita beristighfarlah atas kejadian tadi. Mungkin silap kita juga. Semuanya kerana salah faham,'' Banna mengingatkan adiknya. Maziah tersenyum. Begitu juga Asiah Yusro.
''Insyallah, bang! Err, abang...dia lah yang menghantar kad biru tu. Maziah ada mendengar abang panggil nama dia tadi, abang dah kenal dia, ya?!'' Tanya Maziah.
''Dia roommate Umar Al-Mujahid, bekas ketua pengawas sekolah kita dulu. Abang selalu ziarah biliknya,'' Banna menerangkan. Di Taman Islam, siapa yang tak mengenal Umar Al-Mujahid.
''Oh, ingat tak peristiwa kat bus stop tu? Rasanya, Umar lah yang membonceng motor dia?'' Maziah memandang Asiah Yusro. Asiah Yusro berfikir sesuatu. Hatinya resah mendengar nama Umar Al-Mujahid. (Apa khabar dia sekarang? Masihkah dia seperti dulu? Hebat dengan tarbiyyah dan da'wah...). Tak lama kemudian, Asiah Yusro bersuara,''Ana pun rasa begitu. Bersyukurlah kalau lelaki tadi sebilik dengan Umar. Mudah-mudahan Umar boleh membimbingnya mengenal tarbiyyah dan da'wah,'' Banna terdiam dengan kata-kata itu. (Alangkah bagusnya kalau begitu. Tapi, aku takut si Fathil pula yang membimbing Umar agar lari dari hidayah Allah. Na'uzubillah. Astaghfirullah, sangka tak baik kat orang pulak aku ni. Astaghfirullah)
Fathil masuk ke bilik dengan nafas kencang berombak di dada. Dipecat baju lalu dihempas kasar ke katil. Sejurus kemudian, dia merebahkan badan.
''Kenapa kau ni, Fathil? Masih gagal tackle Maziah ke?'' tanya Umar yang sejak tadi memerhati. Umar baru sahaja selesai berbalas-balas sms dengan Fika.''Aku bengang betul lah!''''Bengang apa?''
''Maziah dating depan aku tadi lepas tu sesuka hati dia je koyak kad yang aku bagi. Siapa tak bengang?''
''Orang dah ada pakwe, cari lain je....''
''Huh, tak semudah tu! Ni Fathil...dia belum kenal lagi siapa Fathil!''
''Kau nak buat apa?'' Umar ingin tahu.
''Aku nak belasah dia malam ni. Kalau kau kawan aku, kau kena ikut aku,''
''Belasah perempuan?'' (Gila!) bentak hati Umar.
''Bodoh! Belasah pakwe dia lah...''
''Eh, kau biar betul! Takkan sampai nak belasah orang,''
''Kau memang penakut lah Umar. Benci! Bukannya aku nak belasah betul-betul. Takut-takutkan je. Joe pun ikut sekali, tak penakut macam kau! Kau bayangkanlah, dia sanggup rampas makwe aku dan sengaja ajak dating depan mata aku. Anak jantan mana tak tercabar? ''
''Bila masa kau berjaya jadikan Maziah awek kau? Orang rampas awek kau atau kau yang rampas awek orang?'' Umar tahu Fathil tak pernah berjaya tackle Maziah.
'' Kau tahu apa Umar?! Tu lah...asyik gila bersms je. Kau kena ingat, kau dapat Fika pun sebab aku. Apa perasaan kau kalau aku nak berbaik balik ngan Fika dan ajak dia bermadu asmara depan mata kau?'' Umar akhirnya mengalah.
Bersambung...

i LUV yOu!!!!!! (^_~) .... cOuPLe....

CoUpLe!!!!!!



Bismillahirahmanirrahim... assalamualaikum semua... Pada post kali ini.. suka untuk saya berkongsi sebuah video yang bertajuk 'COUPLE'...  Sahabat2 yang dikasihi ALLAH sekalian..
Sudah jelas dalam al-Quran ALLAH berfirman yang bermaksud.." Dan janganlah kamu mendekati zina, sesunggunhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu yang jalan jelek." ( Al Isra: 32)...  
malah Rasulullah telah bersabda dalam satu haditsnya:
Dari Abi Hurairah ra. dari Nabi saw. bahwa Beliau bersabda: " Telah ditulis atas anak adam nasibnya ( bahagiannya) dari zina, maka dia pasti menemuinya, zina kedua matanya adalah memandang, zina kakinya adalah melangkah, zina hatinya adalah berharap dan berangan-angan, dan dibenarkan yang demikian oleh farajnya atau didustakaan. " (H.R. Bukhori, Muslim, Abu Dawud dan Nasai) 
Dan dalam riwayat lain Baginda bersabda yang bermaksud:
" Kedua tangan berzina dan zinanya adalah meraba, kedua kaki berzina dan zinanya adalah melangkah, dan mulut berzina dan zinanya adalah mencium." (H.R. Muslim dan Abu Dawud). 
Wahai kaum muslimin kembalilah kepada Allah, sesungguhnya Allah telah memerintahkan dengan wasiat-sedangakan wasiat lebih dari sekadar perintah-agar menjauhi seluruh fahisyah (perbuatankeji): 
Artinya
: " …Dan janganlah kamu mendekati fahisyah yang tampak atau yang tersembunyi, dan janganlah membunuh jiwa yang diharamkanAllah kecuali dengan hak. Demikian itu yang diwasiatkan oleh Tuhanmu kepadamu supaya kamu memahami."(AlAn'am:151) 
Dan juga Allah mengatakan bahwa diantara sifat-sifat orang mu'min yang akan beruntung adalah seorang yang menjaga kemaluannya dari zina... 


Siapalah saya untuk meletakkan hukum bagi seseorang apabila terjebak dalam couple.. tetapi sebagai umat islam dan umat Muhammad...kita seharusnya menilai dan berusaha untuk melakukan sesuatu yang terbaik yang berlandaskan syariat Islam.. Berfikir sebaiknya sebelum buat agar tindakan kita tidak memakan diri pada masa akan datang kelak... Ambilah hikmah Islam meletakkan syarat pertunangan sebelum berkahwin.. engatlah.. Islam itu indah.. tidak menyusahkan tetapi memudahkan... wallahu'alam...







**********************************************************************

1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…


3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..


4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..


5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?


6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..


7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..


8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!


9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..


10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..


11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..


12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..


13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..


14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..


15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…


16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..


17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...


18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .


19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?


SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...


****************************************************************
20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..


22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!


23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..


24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..


25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!


26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...


27.(terputus hubungan)
- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..

HaKiKat KeHIduPaN...... 

cOUPle.... indah di dunia, azab di akhirat, jika tak kena caranya... 
kan lebih indah jika CouPLe lepas kahwin.....
CoUplE is tROuble, SinGle is SimPLe...




pilihan di tangan anda...



YaKinlah DeNGAN jaNJI ALLAH!!!!!




Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya anda masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk anda ikuti?



TaKEs ur TYme!!! FikIR2 KAn la...






bERubAH???? ATau... "Ahh... pEduliLaH aku MAsih MuDa... kubur bukannya panggil aku lagi...  NaNti dah tua AkU jadilah baik....lagipun aku tak mau hipokrit, akU tak IkhlaS lagi, be yourself laa... kau sibuk2 tgur aku apa hal?? nanti mati kubur kau, kubur kau.. kubur aku, kubur aku la!!! $%&&***)*&#@!@@#"....  sahabat2 ingatlah... saat kematian tiada siapa yang tahu... mugkin lagi 40 tahun... mungkin juga lagi 5 tahun... tetapi mugkin juga tahun ini... atau mungkin juga esok... mana tahu mugkin hari ini dan saat ini sampai seru ajal kita... keikhlasan bukan sesuatu yang hanya akan tiba bila rasa ikhlas itu ada tetapi keikhlasan itu sebenarnya boleh di pupuk.... pilihlah pilihan yang tepat dan sebaiknya dalam hidupmu... nescaya engkau tidak akan menyesal... saya juga teringat kata-kata ustaz saya, bersyukurlah kamu pabila ada orang datang menegur salah silap mu... orang itu bukanlah cemburu dengan diri  mu tetapi orang itu adalah sandaran teguran dari ALLAH itu sendiri.. bersyukurlah kerana kasih sayang ALLAH masih ada untuk kamu sehingga ALLAH menghadirkan sahabat untuk menegur salah silap kamu... begitulah kasihnya ALLAH kepada hamba-hambaNYA.  semoga kita berada di bawah payung RahmatNYA... amiinn.... insyaALLAH.. WALLAHU'ALAM.... 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...