.: FoLLoWer :.

Selasa, 7 Disember 2010

sALam mAal HIjrah....

Ayat Ini saya petik dari mesej yang saya dapat melalui guru add math saya yang paling saya hormati dan pensyarah saya dari Matrikulasi... salam maal hijrah...

salam maal HIjrah....
"kdg2 KITA berdoa UNtuk kuat tpi banyak pula dugaan datang....
kadang2 KITA mintak untuk cErdik tapi masalah pula yang timBul....
kadang2 KITA miNtak KebAhgiaaN tapi HuRu HAra pula.....
DugaAN menjadikan MEntal KITA kUAT,
MaSALAh menJadikaN KITA berFikir,
HUru HaRa menjadiKAn KITA taBaH,
hEbatkaN ALLAH.....
sEMUa yaNG bERlaku pAsti ada HIKmahnya..."
kaLAulah manUsIA tahu HADIS inI...
"tElah BerKAta JIBRAIL:
WAhai TUHAN, Engkau sampaikanlah HAJAT 
HAMBAMU,
mAka
ALLAH mEnjawab:
BiaRkan HAmbaKU itu, KerAna...
AKU meNcIntaI SUARANYA...."
sUBhaNallaH... kASIhNya ALLAH kepada KiTA...
jGnlAH KITA sombong kepadaNYa...


SEmPEna TAhun baru Ini....
uBaH SiKAp & HAti Kita:
Buang yang Malas... Tanam yang Ikhlas...
Buang yang kOtor...  Tanam yang Luhur...
Buang yang Pedih... Tanam yang Bersih...
Buang yang Gundah... Tanam yang Indah...
Buang yang Jahat... Tanam yang Jihad...
Buang yang Benci... Tanam yang Suci...
Buang yang Thagut... Tanam yang Zuhud...
SeMOga KiTA menjadi INSAN yang terbaik...
leBiH BaiK DAri SebeLumnya...
Wallahu'alam...


Ahad, 5 Disember 2010

Cinta tarbiyyah da'wah,hatiku milikmu ^-^

salam... alhamdulillah kali ini saya nak masukkan juga cerita dalam blog saya ini.... cerita ini saya dapat menerusi seorang sahabat dimana seorang sahabat saya cakap bahawa cerita ini dari karya seorang penulis novel yg terkenal, saya amat suka penulisannya & cerita ini juga telah diedit sedikit untuk lebih ringkas... terima kasih diatas perkongsian... malah cerita ini mempunyai beberapa part... insyaALLAH saya akan post cerita ini setiap 1 part sebulan sekali.... (^_~)

part 1


Semakin kuusir semakin ia hadir, Semakin kulupakan, semakin ia membelenggu fikiran, Kusedar kini, HATIKU MILIKMU Biarpun jauh kularikan diri, Namun ia tetap melingkar di tangkai naluri..

(Bosan! Serabut! Boleh blahlah kau Asiah Yusro! aku tak nak seksa perasaan aku lagi) hati Umar merintih pedih. Penantian itu satu penyiksaan. Bertahun-tahun lamanya dia menanti handsetnya berirama dengan satu mesej kepastian daripada gadis itu. Bertahun-tahun itu jugalah jiwanya sentiasa resah. Entah bila penantiannya akan berakhir dengan satu jawapan.Entah bila!

"Umar, kau nak beli sim card baru, kan?" soal Fathil tatkala melihat teman sebiliknya itu asyik membelek-belek handset.. Umar mengangguk ringkas.
"Beli yang aku punya je lah," tawar Fathil.
"Separuh harga?" acah Umar."Beres. Kau nak sekarang ke?"
"Tak nak" Umar acuh tak acuh.
"Cis, buang karen je!" bentak Fathil.
"Bukan tak nak beli tapi tak nak kau main-mainkan aku. Kau nak jual betul-betul ke ni?
" Umar meragui.
"Muka hensem aku ni ada gaya penipu ke?" Fathil berwajah serius.
"Aku pelik sebenarnya. Bukan ke baru sebulan kau beli sim card tu? Tiba-tiba nak jual, mesti ada apa-apa,"
"Tak sampai pun sebulan" Fathil membetulkan fakta.
"Habis tu, nak beli yang lain pulak?"
"Mmm..dah beli pun. Aku sebenarnya nak lari dari makwe aku. Malas nak ada apa-apa kenangan. Aku tak nak dia tahu nombor baru aku,"
"Tiap-tiap malam gayut, tiap hujung minggu asyik dating pun, boleh clash jugak?"
"Biasalah, lelaki mudah bosan. Seplayboy-playboy aku pun, aku nak cari perempuan baik tau. Dia ni tak kena selera gadis idaman aku lah. Aku malas nak cerita kat kau. Kau tahu apa Umar..tak pernah bermakwe," Fathil meluahkan. Dia sebenarnya cemburu apabila teman wanitanya asyik mendesak dia menceritakan tentang seorang lelaki. Teman wanitanya terlihat lelaki itu membonceng motornya pada suatu petang dan asyik memuji ketampanannya. (Siapa yang tidak cemburu...dan, kau tahu Umar...kaulah lelaki itu)
"Aku bukan jenis mainkan perempuan macam kau" Umar menyindir.
"Eleh...nak kutuk aku lah tu. Kau tahu tak Umar, aku clash pun sebab aku tak nak mainkan dia lagi. Aku dah syok kat awek lain lah"
"Ish, awek malang mana lah pulak yang akan jadi mangsa kau kali ni,.. Dasar playboy!" sinis mengenakan Fathil sambil tersenyum.
"Dengki lah tu! Kau mengaku je lah Umar, kau tu tak berani macam aku nak cari makwe. Sampai sekarang takde makwe. Dayus! Penakut!" Fathil pula mengenakan Umar.
"Penakut?! Sikit pun aku tak takut lah...aku malas je!"
"Eleh, cakap bolehlah. Kau kena tunjukkan pada aku, Aku cabar kau tackle Maziah," Fathil tersenyum sinis. Dia yakin Umar akan tewas dengan cabarannya.
"Maziah mana pulak ni?"
"Classmate aku. Sombong betul dia..buat aku tercabar je. Nanti ada peluang aku tunjuk kat kau. Tapi ingat, aku memang dah syok giler kat dia. Aku suruh kau tackle je, lepas tu bagi jalan kat aku,"
"Kau kan mahir bab-bab tackle perempuan ni. Kau je lah tackle dia,"
"Kan betul kau penakut. Malu aku nak ngaku kawan. Kau tahu tak, Maziah ni bukan perempuan spesis biasa-biasa, dia lain sikit lah. Sebab tu kalau kau boleh tackle dia, memang aku tabik kat kau,"
"Hey, aku berani lah! Tapi, buang masa aku je tackle perempuan.." Umar menolak cabaran.
"Kau ulang lah kata kau berani 1000 kali. Aku tak kan percaya selagi kau tak tunjukkan pada aku. Nah, ambil sim card ni. Kalau berani, aku cabar kau tackle Maziah dengan cara apa sekalipun" wajah Fathil hambar. Dia keluar meninggalkan Umar sendirian. Dia ingin menghabiskan malamnya di cyber cafe, manalah tahu kalau boleh sangkut dengan mana-mana awek dalam laman chit-chat. (Buang masa layan Umar. Jenis budak baik, budak baik juga lah!) bisik Fathil. Umar tercabar. Dia mendengus. Simcard baru diisi ke dalam handset. Sejurus selepas itu, irama handset berbunyi.
"Hello! Fathil" suara lunak seorang gadis menerjah masuk ke gegendang telinga Umar.
"Err, hello. Fathil takde," Umar gugup berhadapan suara itu.
"Ah, alasan je tu! Fika tak percaya. Fika nak cakap dengan Fathil, cepatlah.. "suara itu mendesak.
"Betul..dia keluar. Sumpah!" Umar meyakinkan.
"Dah dekat 1000 kali Fika call, kenapa dia tak angkat?"
"Sebenarnya, Fathil dah pakai nombor baru. Ni dah jadi nombor saya,"
"Fika dah agak! Dia memang nak larikan diri dari Fika. Tak tahu apa salah Fika.. semua jantan memang macam tu, suka permainkan perempuan," suara itu bertukar sebak.
Tersentuh hati Umar."Tapi, tak semua.." Umar membela kaumnya."
Fika tak pernah jumpa pun...semua lelaki yang Fika kenali tak boleh harap,"
" Err, suatu hari nanti jumpa lah.."
" Huh, entah bila.."
" Berdoalah pada Allah,"
" Berdoa?" gadis itu ketawa terbahak-bahak mendengar saranan Umar.
(Aku buat lawak ke?) bisik Umar, keliru.
" Okeylah. Nanti saya duduk kat sejadah dan berdoa 24 jam. Untung-untung, putera kayangan pun rasa nak turun melamar saya. Okey, bye!" gadis itu melawak sambil ketawa lagi.
Hati Umar bergetar. Inilah kali pertama dia bercakap dengan perempuan melalui telefon. Itupun secara tidak sengaja. Suasana di Sekolah Taman Islamnya dulu tidak pernah memberi peluang dan ruang untuknya mengenali seorang perempuan dengan lebih dekat. Jauh sekali untuk berhubung begini. Kali pertama dia cuba mendekati perempuan sewaktu awal masuk ke universiti. Itupun tak dilayan. Masakan tidak, perempuan itu ialah Asiah Yusro, perempuan yang terkenal dengan waro' di sekolahnya dulu. Suara merdu gadis yang baru dikenali sebagai Fika itu terus terngiang-ngiang di pendengaran. (Merdu sungguh suaranya., tentu wajahnya pun menawan. Lagipun, Fathil syok kat perempuan-perempuan cantik je. Tapi, kenapa boleh clash pulak?) (Astargfirullah! Fitnah besar pada hati aku ni...) Umar menepis bisikan-bisikan liar yang singgah di hatinya. Tiba-tiba irama handsetnya berbunyi lagi.
"Hello, Fika ni!" Gurlp! Umar menelan liur.
" Hello!" balas Umar.
" Mmm. Fika lupa nak kenalkan diri tadi. Saudara jugak tak kenalkan diri pun," Umar terlopong. Suara merdu itu benar-benar menggetarkan hatinya.
" Nama penuh Fika, Nur Syafika bt Amir. Pelajar Kejururawatan. Saudara?"
" Err..Umar Al-Mujahid bin Muhammad Suyuti,"
" Wow, machonya nama. Orangnya pun mesti macho..""
Ish, takde lah. Biasa je..."
" Mmm, merendah diri pulak. Awak mesti best. Kalau Fika panggil abang Umar, boleh?"
" Abang?!" Gurlp!!!" A’ah..tanda respect Fika, bukannya ada apa-apa. Boleh kan abang Umar?!"
" Err.. " kelu lidah Umar." Okeylah bang Umar. Fika chow dulu. Nanti Fika call lagi. Kalau rindu Fika, sms lah..miss you my hero! Ummmwah.."
! Sudah ke berapa kali Umar menelan liur. Fikirannya jauh menerawang. Dia cuba membayangkan wajah Fika. Hatinya dibuai bisikan-bisikan asyik tentang seungkap nama Nur Syafika. Suara halus selunak buluh perindu itu terus bermain-main di ingatan. Umar cuba menepis tapi kali ini dia tak berdaya lagi. Suara itu terlalu merdu dan menggoda. Umar mengukir senyum sendiri

BERSAMBUNG....

Rabu, 1 Disember 2010

Di tampar Bapa Sendiri Hanya Kerana Ingin Memakai Tudung.

salam.. kali ini kisah tentang " Di tampar Bapa Sendiri Hanya Kerana Ingin Memakai Tudung." wah... sebelum baca saya rasa sedih sebab masih ada bapa yang sanggup menampar anaknya hanya kerana niat anaknya yang murni untuk melaksanakan salah satu tuntutan islam iaitu dengan memakai tudung atau untuk menutup aurat... tetapi apabila saya sudah baca kisah ini... hehe... lain pula yang singgah dalam pemikiran saya... yeah... selamat membaca. hehe... wallahu'alam....
Kisahnya begini....

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar. 
Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg... Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."
Pangggggggggggggggg gggg....! Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

::: Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia :::



بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera...


“LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN”



Hayati kandungannya



Artikel ni agak panjang, tapi banyak pengetahuan dan manfaat untuk kita, insyaAllah.. Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia



Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.



Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.



Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, “Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.”  Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya... Hingga akhirnya paderi itu berkata, “Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. “  Barulah pemuda ini beranjak keluar.



Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, “Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?” Paderi itu menjawab, “Dari tanda yang terdapat di wajahmu.”



Kemudian dia beranjak hendak keluar.  Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.



Paderi berkata, “Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.”  Si pemuda tersenyum dan berkata, “Silakan!”



Sang paderi pun mulai bertanya, “Sebutkan satu yang tiada duanya,dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, Sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.”



“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang  dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!”



“Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?”



“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”



Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.



Setelah membaca “Bismillah.. .”dia berkata,



- Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..



- Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman:

  “Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).”
    (Al-Isra': 12)


-  Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali   dinding yang hampir roboh.



- Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.



-  Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.



-  Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.



-  Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis.  Allah s.w.t. berfirman:

    “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak 
   melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” 
    (Al-Mulk: 3).


-  Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t.   berfirman:
   “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu 
    delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.”
     (Al-Haqah: 17).


-  Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.



-  Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman:

   “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.”
     (Al-An'am: 160).


-  Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .



-  Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah:

   “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman,  
   “Pukullah batu itu dengan tongkatmu.” Lalu memancarlah daripadanya dua 
    belas mata air.”   (Al-Baqarah: 60).


-  Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah
   dengan  ayah dan ibunya.



-   Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu
    Subuh. Allah s.w.t. berfirman:

     “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai  menyingsing. “
       (At-Takwir: 18).


-  Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.



-  Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, “Tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya'qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf:98)



-  Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman:

   “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.” (Luqman: 19).


-  Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat,
Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.



-  Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman: 

   “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya': 69).


-  Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).



-  Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.:

   “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).


-  Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah  Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam  hari dan Dua di siang hari.



Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini  disetujui oleh paderi.



Pemuda ini berkata, “Apakah kunci surga itu?”



Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.



Mereka berkata, “Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! “



Paderi tersebut berkata, “Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”



Mereka menjawab, “Kami akan jamin keselamatan anda. “



Paderi pun berkata, “Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. “



Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.



NOTA:



Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.



Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.


Wallahu'alam

CINTA SEJATI

Salam... alhamdulillah... pada kali ini saya ingin berkongsi satu kisah yang menarik tentang  nabi kita yang tercinta iaitu cinta sejati... Wallahu'alam...

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya. 
Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi." 

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula. 
 

PENGAJARAN



Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen
Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah
Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti
Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu
Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak
Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.
Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda
Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.   


Rabu, 17 November 2010

kIsAh AnAK deRHAka....

originally from: facebook....
AYAH,TARIK TANGAN SAYA NI,KAKI SAYA TERLEKAT..
1 September 1994.
Hairan saya melihat beberapa orang berkumpul di kedai pada tengahari tu.
Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut.
Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng - gelengkan kepala.
Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan,
kata saya di dalam hati.
Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka.

” Bincang apa tu ?
Serius aku tengok,” saya menyapa.

” Haaa… Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?”
kata Jaimi, kawan saya.

” Budak perempuan ?
Tak boleh keluar dari kubur ?
Aku tak fahamlah,” jawab saya.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1138.snc4/149999_1705177632956_1343475216_1745692_7588149_n.jpg

Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

” Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung, ”
di kubur kat kampung Batu 10 tu,
ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia,
tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.
Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia… tapi belum boleh lagi “.

” Kenapa jadi macam tu ? ”
saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam.
Patutlah serius sangat mereka berbual..
Jaimi memulakan ceritanya...
Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan,
budak perempuan berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan.
Bagaimana pun,
ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

” Bukannya banyak, RM 20 aja mak !” gadis itu membentak.

” Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu,” jawab ibunya, perlahan.

Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal.
Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,
lemah jantung dan kencing manis.

” Maaak… kawan-kawan semuanya keluar.
Saya pun nak jalan jugak,” kata gadis itu.

” Yalah, mak tau… tapi mak tak ada duit,” balas ibunya.

” RM 20 aja !” si gadis berkata.

” Tak ada ,” jawab ibunya.

” Emak memang kedekut !” si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

” Bukan macam tu ta…” belum pun habis ibunya menerangkan,
gadis tersebut menyanggah, katanya,

” Ahhh… sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! ”

” Kalau emak ada du… ” ibunya menyambung ,
tapi belum pun habis kata-katanya,
si gadis memintas lagi,

katanya ; ” kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !”

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu.
Si ibu jatuh ke lantai .

” Saida.. Sai.. dddaaa..” katanya perlahan sambil mengurut dada.
Wajahnya berkerut menahan sakit.
Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai.
Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes.
Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding.
Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi.
Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar.
Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi.
Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik.
Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut.
Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu.
Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya ;
” Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi.

Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik,
tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur,
ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur.
Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu.

” Tapi bila budak perempuan tu tolong,
mayat ibunya serta-merta jadi ringan.
Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur.”

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya.
Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad.
Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut,
tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat .
Ia seperti di paku ke tanah.
Si gadis mula cemas.

” Kenapa ni ayah ?” kata si gadis.

Wajahnya serta-merta pucat lesi.

” Apa pasal,” Si ayah bertanya.

” Kaki Saida ni.. tak boleh angkat !” balas si gadis yang kian cemas.
Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh.
Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs994.snc4/76706_1705176872937_1343475216_1745689_7467602_n.jpg

” Ayah, tarik tangan saya ni.
Kaki saya terlekat… tak boleh nak naik,” gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal.
Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah.
Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

” Ayah… kenapa ni ?? !!

Tolonglah Saida , ayah..” si gadis memandang ayah dan
adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.
Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur.
Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah,
kaki si gadis tetap terpasak di tanah.
Tangisannya bertambah kuat.

” Tolong saya ayah, tolong saya…
kenapa jadi macam ni ayah?”
kata si gadis sambil meratap.

” Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal .
Sekarang ayah pun tak tau nak buat macam mana,”
jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

” Emak… ampunkan Saida emak, ampunkan Saida…” gadis itu menangis .
Sambil itu di peluk dan di cium jenazah.
Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi.

” Maafkan Saida emak,
maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal…
Saida menyesal..
Ampunkan Saida emak,” dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh ditarik keluar.
Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar.
Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa.

Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal,
imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs909.snc4/72249_1705178272972_1343475216_1745694_8183023_n.jpg

” Kita kambus sedikit saja,
sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi.
Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja…
kalau hujan macam mana ? ” kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

” Habis anak saya ?” tanya si bapa.

” Kita akan terus cuba tarik dia keluar.
Kita buat dua-dua sekali,
mayat isteri awak di sempurnakan,
anak awak kita selamatkan,” balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju.
Lalu seperti yang di putuskan,
upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.
Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja,
cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.
Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur.
Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan.
Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata.
Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar.
Tapi tidak berhasil.

” Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan.
Dah lapar sangat.
Lepas itulah aku singgah ke kedai ni.
Lepas ni aku nak ke kubur lagi.
Nak tengok apa yang terjadi,” kata Jaimi.

” Aku pun nak pergilah,” kata saya.
Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.
Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana.
Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ.
Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan
berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha,
akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan.
Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan
terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun.
Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu.
Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

” Pssstt… Raie… Raie.. Psstt,” saya memanggil ,
Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.

” Boleh aku tengok budak tu ?” saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya.

” Mana boleh .
Keluarga dia aja yang boleh,” jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik.

Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu.

” Sekejap aja.
Bolehlah…”saya memujuk.

Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah.
Tanpa berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan
berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Namun demikian dada saya berdebar kencang.
Pertama ,risau, takut di halau keluar.
Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran,
akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan.
Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik.
Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau.
Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk.
Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak.
Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ;
“Emak… ampunkanlah Saida, Saida sedar,
saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal..”

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs573.ash2/149576_1705176992940_1343475216_1745690_6264948_n.jpg

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak,
gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya.
” Emak… lepaskanlah kaki saya ni.
Ampunkan saya, lepaskan saya,”
Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur.
Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

” Sudahlah tu Saida… makanlah sikit nak ,”
rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air.

Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan.
Malah memandang ke atas pun tidak.
Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida .
Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah.
Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan di balas ‘tunai’.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana.
Cuma 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu,
pegawainya mahu saya berbuat demikian.
Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut.
Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap
” Ampunkan saya emak,
ampunkan saya saya, Ya Allah,
lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf…”

Lantas saya menoleh buat kali terakhir.
Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar,
tapi seperti tadi, tidak berhasil.
Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.
Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam
kepungan lengkap dengan senjata masing-masing.
Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk
membuat liputan tetapi tidak di benarkan .
Mereka merayu bermacam-macam cara,
namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak.

Matahari kian terbenam,
akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba.
Saida masih begitu.
Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata.
Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs470.ash2/74361_1705181313048_1343475216_1745698_2686436_n.jpg

Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan
mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati.
Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa.
Namun telah di sebutkan Allah,
menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar.
Saida tetap tidak dapat di keluarkan.

Embun mula menitis.
Saida kesejukan pula.
Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung.
Namun dia tidak dapat tidur.
Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Begitulah yang berlaku keesokannya.
Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu.
Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka
puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1135.snc4/149778_1705178432976_1343475216_1745695_4701147_n.jpg

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia.
Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar
kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari.
Mungkin juga kerana tidak makan dan minum.
Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya.

Allah Maha Agung…
sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir,
barulah tubuhnya dapat di keluarkan.
Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang.
Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai,
tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...