.: FoLLoWer :.

Ahad, 10 Januari 2016

::: Ahlan Wa Sahlan 2016 :::

Bismillah...

Alhamdulillah hari ini sudah 10 hari kita menjalani kehidupan dalam tahun baru iaitu tahun 2016. Semakin hari, semakin meningkat umur kita dan semakin pula kita menjejaki suatu fasa dalam kehidupan iaitu meniti kehidupan di alam barzakh. Sesungguhnya kematian itu adalah pasti namun ia menjadi sebuah rahsia yang tiada satu makhluk pun yang dapat mengetahui bilakah, di manakah dan bagaimanakah detik kematiaan mereka? 

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasai mati..." (Surah Al-Imran ayat 185)

Seharusnya kita perlu sentiasa muhasabah dan bertanya pada diri kita adakah kita sudah bersedia menghadapi untuk menempuhi kehidupan di alam barzakh? Apakah bekalan kita? Allahurabbi.. Sejauh mana pun kita cuba lari untuk tidak memikirkan soal kematian namun pada hakikatnya kita sebenarnya tak boleh lari pun bila masa itu sudah tiba buat kita. Jadi, marilah kita bersedia dan memikirkan strategi yang terbaik untuk hidup kita. Letakkan matlamat yang membantu kita untuk meningkatkan kualiti amal ibadah kita kepada Allah setiap hari untuk memastikan bahawa kita sudah cukup bersedia untuk check-in di alam barzakh. 


Akhir kalam, marilah berusaha untuk meraih kasih sayang, rahmat dan pengampunan dari Allah yang Maha Kuasa. Jadikan setiap kali tahun baru sebagai tahun untuk memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kita kepada Allah kerana masih berpeluang untuk meningkatkan amal ibadah dan memperbaiki kesalahan yang pernah kita lakukan pada tahun-tahun yang sebelumnya. Semoga tahun baru ini membawa rahmat kepada kita dan menjadi platform persediaan untuk menghadapi detik kehidupan baru di alam barzakh.

Wallahu'alam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...