.: FoLLoWer :.

Selasa, 21 Jun 2011

::: Kecintaan saidina Umar terhadap Rasulullah s.a.w :::

بسم الله الرحمن الرحيم 

assalamualaikum... entri yang lepas kita bercerita berkenaan cintailah Rasulullah.. Maka, kali ini saya ingin menyambung kisah Saidina umar iaitu, Kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w, hayatilah dan ambilah pengajaran... 


Sesiapa pun tidak dapat menafikan keberanian, ketabahan dan kekuatan Umar yang apabila disebutkan namanya sahaja bisa menggentarkan hati dengan penuh ketakjuban dan penghormatan walaupun itu semua sudah berlalu lebih 1400 tahun dahulu. Sebelum Umar memeluk Islam, penyeruan dan pengakuan iman tidak dapat dilakukan secara terang-terangan. Sebaik sahaja beliau memeluk Islam, mulalah orang-orang Islam bersolat di Tanah Haram kerana seorang pun tidak berani mendatangkan mudarat apabila Umar berada di belakang mereka.

Walaupun ciri-ciri kepimpinan ada terdapat pada Umar, namun gelombang kejutan dengan  kewafatan Rasulullah s.a.w sukar dibendungnya. Beliau berdiri dengan pedang terhunus di tangannya, bingung dan keliru sambil berkata:

“Daku akan memancung kepala sesiapa sahaja yang berkata Rasulullah telah wafat. Rasulullah hanya pergi menemui Tuhannya sebagaimana Musa a.s pergi ke Bukit Thur. Baginda akan segera kembali dan akan mengerat tangan dan kaki mereka yang menyebarkan berita palsu mengenai kewafatannya”.

Sementara itu Uthman terpegun dan sedih dengan kejadian ini. Sepatah perkataan pun tidak terekeluar dari mulutnya sehinggalah keesokan harinya. Beliau mundar mandir seolah-olah kehilangan kata-kata. Ali dalam keadaan yang berdukacita yang teramat sangat. Beliau kaku tanpa bergerak-gerak. Hanyalah Abu Bakar, didorong dengan cinta kasih terhadap Rasulullah tetap teguh seumpama batu menghadapi keadaan berdukacita. Beliau tidak kehilangan punca. Dengan tenang beliau masuk ke rumah Rasulullah lalu mencium dahi baginda. Kemudian beliau muncul kembali kepada orang ramai. Katanya seperti firman Allah:


“Muhammad itu hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad). Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur”.

(Surah Ali Imran : ayat 144)


wallahu'alam....

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...