بسم الله الرحمن الرحيم
Wahai sahabat-sahabat, marilah kita hayati video tentang syafaat dari Rasul kita yang tercinta, Nabi Muhammad s.a.w untuk umat...
Daripada Abbas r.a. Rasulullah bersabda:
“ Orang yang pertma dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah MUHAMMAD S.A.W. Jibrail a.s akan datang kepadanya membawa seekor Buraq. Israfil datang membawa bendera dan mahkota. Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga.”
Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik.”
Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah s.a.w berdiri, baginda s.a.w telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda s.a.w. Baginda s.a.w melihat kanan dan kiri. Baginda s.a.w dapati, tiada lagi bangunan, Baginda s.a.w menangis sehingga mengalir matanya ke pipi.Baginda s.a.w bersabda:
“Kekasihku Jibrail! Gembirakanlah aku!”
Jibrail a.s berkata: “Apakah yang kamu lihat dihadapanmu?”
Baginda s.a.w bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”
Jibrail a.s berkata:“Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”
Baginda s.a.w bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku.”
Baginda s.a.w bersabda: “Aku bertanya kepadamu akan UMATKU. Di mana perjanjian mereka?”
Baginda s.a.w bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan UMATKU.”
Jibrail a.s menyeru: “Wahai sekalian makhluk. Datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh ALLAH Taala.”
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan.
Setiap kali Nabi Muhammad s.a.w berjumpa satu umat, baginda s.a.w akan bertanya: “Di mana UMATKU?”
Jibrail a.s berkata: “Wahai Muhammad! Umatku adalah umat yang terakhir.”
Apabila Nabi Isa datang, Jibrail a.s menyeru: “Tempatmu!”
Maka Nabi Isa a.s dan Jibrail a.s menangis.
Nabi Muhammad s.a.w berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”
Jibrail a.s berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”
Nabi Muhammad s.a.w bertanya: “Dimana UMATKU?”
Jibrail a.s berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad s.a.w menangis lalu bertanya:
“Wahai Jibrail! Bagaimana keadaan UMATKU yang berbuat dosa?”
Jibrail a.s berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad s.a.w!”
Nabi Muhammad s.a.w bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Wahai umatku.”
Mereka berkumpul di sisinya, umat-umatnya menangis.
ALLAH taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad s.a.w?”
Jibrail a.s berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”
ALLAH taala berfirman: “Wahai Jibrail! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad s.a.w bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”
Jibrail a.s kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada ALLAH taala.”
Nabi Muhammad s.a.w berpaling kearah umatnya lalu berkata:
“Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan ALLAH taala.”
“Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan ALLAH taala.”
ALLAH taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, AKU akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKU. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu.”
Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad s.a.w menyeru: “Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku...! Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk UMATKU dariMu!”
Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru:“Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”
Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku... Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidaka akan sabar dengan penyeksaan.”
Nabi Muhammad s.a.w lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda s.a.w sujud di hadapan Arsy ALLAH taala dan sekali lagi baginda s.a.w rukuk untuk memberi syafaat bagi UMATNYA.
Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya.
Mereka berkata: “Maha Suci ALLAH! Hamba yang paling dimuliakan ALLAH Taala ini begitu mengambil berat hal keadaan umatnya.”
Fatimah r.a. bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?”
Baginda s.a.w menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebah telaga ketika aku sedang memberi minum UMATKU.”
Tatkala umat Nabi Muhammad sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat
Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad s.a.w dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad s.a.w. Mereka telah sesat dari Nabi mereka.”
Suara Mariam telah didengari oleh Nabi Muhammad s.a.w
Nabi Adam a.s berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w: “Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk memnta syafaat kepada ALLAH taala.”
Nabi Muhammad s.a.w menjerit dari atas mimbar lalu bersabda:
“Marilah kepadaku, wahai UMATKU! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada ALLAH taala untukmu!”
Umat Nabi Muhammad s.a.w berkumpul disisinya.
Ketika di atas Sirat. Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada Malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan Kebenaran ALLAH taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak hati mereka akan gementar apabila melihatmu.”
Nabi Muhammad s.a.w berhenti di atas Sirat. Setiap kali baginda s.a.w melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, Baginda s.a.w akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.
Nabi Muhammad s.a.w berkata:
“Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!”
ALLAHUAKBAR.. bETApA saYanGnYA nAbI kEPAda KiTa...
0 comments:
Catat Ulasan