.: FoLLoWer :.

Selasa, 17 Mei 2011

::: Muhasabah diri :::


Assalamualaikum...


Termenung. semalam saya mengucapkan selamat hari guru buat cikgu yang telah banyak membantuku. maka bila contact dengan cikgu-cikgu lama, tiba-tiba teringat kenangan-kenangan di zaman persekolahan. manisnya. walaubagaimanapun bila mana saya teringat semua itu, maka ade kekesalan dalam lubuk hati ini. yakni, saya terasa menyesal kerana tidak berusaha bersungguh-sungguh dalam akademik. huhu. kadang-kadang cemburu pun ada pada sahabat-sahabat yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. seronoknye mereka. peluang saya memang dapat tapi bila mengenangkan tawaran biasiswa yang belum pasti maka saya tolak tawaran itu. cumenya, kekesalan sebenarnya bukan terhenti dengan hanya kesal tak belajar betul-betul tapi sampai sekarang perkara itu effect saya. terasa seperti orang yang tak bersyukur.

tiBa-tIbA...

Hihi... teringat pula bila kat sekolah orang gelar saya budak cekang math. yang manisnya bila masuk je sem dah ada orang tempah saya suruh ajar mereka. dulu memang seronok. paling best, balik asrama hari jumaat tiba-tiba orang panggil," farhani, cikgu Mad Khair nk jumpa hang... ". cuak jugak sebab cikgu Mad Khair seorang guru yang tegas tapi sangat berdedikasi & baik hati. " habislah hang, nape cikgu nak jumpa hang?? hang dapat teruk ka add math??, takkan la hang mesti dapat hebat punya.. hihi". kata mimi, kawan yang bagi tahu cikgu nak jumpa saya.  berdebar tak terkira pi jumpa cikgu. alih-alih, " farhani, awak tahu kenapa saya nak jumpa awak?? " tanya cikgu Mad Khair. " saya dapat teruk ke cikgu?? ".  " awak rasa?? ". tanya cikgu Mad Khair sambil tersenyum. " entahlah cikgu, tadi kawan saya cakap tah-tah result saya teruk kali ni". " Tahniah! awak dapat 100% add math kali ini, & sebagai tanda penghargaan, ni hadiah dari saya". ujar cikgu Mad Khair. ya ALLAH, hanya ALLAH yang tahu berbunga-bunga hati saya. seronok. 

tapi.... 

situasi di UKM, " nama-nama yang saya panggil sila datang berjumpa dengan saya", kata Pn Wan Zawiyah, Lec. statistik UKM. Nama saya di panggil, agak ramai juga dipanggil, nasib baik sahabat saya ada juga dipanggil, sekurang-kurangnya ada peneman saya. bila jumpa dengan Pn Wan Zawiyah, " Awak tahu kenapa saya panggil awak semua??. awak dapat markah bawah 10 %. ".  ALLAHUAKBAR, tak tahu nak kata apa dalam perasaan ini. kelemahan saya, saya mudah sangat nangis. tahan. Pn Wan Zawiyah, tanya seorang demi seorang, mengapa dapat teruk ujian midsem statistik. bila time turn saya." saya mintak maaf, saya mengaku yang saya memang kurang buat revision.". Pn Wan Zawiyah sangat baik, beliau nasihatkan kami semua agar insaf dan jika tak faham, sila jumpa beliau. dah berkaca dah mata. huhu. rasa nak luah je kat Pn Wan Zawiyah. tapi takde kekuatan. 

Diri ini bermula titik kecundang sedikit demi sedikit adalah bermula di alam matrikulasi. matematik. main-main, bila nak dekat exam baru nak revise. alhamdulillah, boleh score. tapi tue cerita lepas.  sekarang di UKM?? ALLAH, rase mcam saya adalah insan yang paling tak pandai kat muka bumi UKM ni. Jujurnya saya sangat merindui diri saya seperti di zaman persekolahan, tolong kawan bila ada masalah dalam pelajaran, math, bila exam rasa yakin, insyaALLAH, boleh score. saya amat merindui semua itu. bila pulang ke rumah, sedih bila renung wajah ayah & mak.

maka..

saya ingin menjadi diri saya tetapi yang berbeza. seorang anak yang akan membahagiakan kedua orang tuanya bukan sahaja hadiah untuk dunia tetapi hadiah & bekalan untuk akhirat. DISIPLIN. Harapan semoga ada sinar harapan sem depan. sekurang-kuranngnya, tiada lagi istilah kecewa, sebelum berusaha sehabis baik & sebaiknya. 

moga ini bukan omongan kosong yang tiada erti. tetapi satu janji buat diri sendiri. hakikatnya, percaturan dari ALLAH adalah yang terbaik dan sebaiknya. Ingatlh bahawa firman ALLAH:

 "Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah Maha Mengetahui sedang kalian tidak mengetahui."  (Al-Baqarah: 216)

Semoga saya tidak lagi cemburu yang tak melulu pada sahabat-sahabat yang lebih berjaya tetapi menjadikan mereka sumber motivasi diri. insyaALLAH. WALLAHU'ALAM.




hujan

2 ulasan:

  1. masa akan dtg semestinya mengubahkan kita.... namun carilah kekuatan dan genggam erat apa yang ada sekarang.... yang dauhulu kita jadikan panduan.... kita singkap ambil kekuatan dahulu utk skrg dan masa hadapan.... ingat mcm bwa kereta ada cermin sisi dan cermin belakang juga... x salah utk lihat kembali utk tdak tersasar....

    BalasPadam
  2. insyaALLAH.. syukran afiq ats nasihat...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...