Salam... pada 10/12/2010, saya telah pulang ke Terengganu iaitu tempat asal ibu dan ayahku.... saya pulang kerana nenekku atau ibu kepada ibuku sakit. Saya pulang bersama ibu dan adik lelaki. Ayahku pula bertugas dikelantan terus pulang ke terengganu pada hari tu juga. ketika itu nenekku masih lagi sihat a.k.a. tak teruk sangat... tetapi pada keesokkan harinya selepas ahli keluarga datang menjenguk nenekku... malam itu, nenekku jatuh sakit, sebelum ambulans tiba dalam keadaan menangis, nenekku sempat mengagihkan wang hasil padi kepada ibu, katanya dia bimbang dia tidak sempat memberikannya kepada ibuku malah nenekku juga memberi aku kain batik... keesokkan harinya sebelum pulang ke Perak, saya pergi melawat nenekku di wad. Walaubagaimanapun, pada hari ini iaitu hari isnin nenekku menjadi tenat.. akhirnya, pada hari selasa iaitu 14/12/2010 nenekku telah pergi ke rahmatullah... Yea, kata doktor punca kematian nenekku hanyalah disebabkan racun tikus sudah merebak ke dalam seluruh badan nenekku. Perkara ini berlaku apabila nenekku digigit tikus pada 28/11/2010. Ajal tidak mengira punca, tempat & masa. tetapi Alhamdulillah.. saya bersyukur kerana sekurang2nya saya sempat menjaga nenek saya disaat-saat terakhir. malah ibu juga sempat menjaga nenek dihospital sehinggalah nenek menghembuskan nafasnya yang terakhir.. sayang sekali saya tidak dapat berada disitu ketika arwah nenek meninggal..
Nenek meninggal dunia pada jam 1 lebih tengahari di hospital. sehari sebelum nenek meninggal, ibuku bersama-sama adik lelaki dan kakakku bertolak dari rumah jam 9 malam untuk pulang ke terengganu. alhamdulillah ibuku sempat, sebelum nenekku meninggal pada waktu tengahari, nenekku pengsan seharian. sehinggalah takdir ALLAH, nenekku sedar semula dan mahu menunaikan solat zohor.. waktu itu juga kata kakakku, kebetulan masa melawat dan semua adik-beradik ibuku ada disitu.. nenekku meninggal secara baik, alhamdulillah iaitu ketika menunaikan kewajipan kepada ALLAH, solat zohor. Walaupun pada hakikatnya saya sedih kerana lambat beberapa jam untuk bersama-sama mengkebumikan nenekku namun kesedihan itu terubat apabila memikirkan bahawa sekurang-kurangnya ALLAH sudah bagi peluang kepadaku untuk menjaga nenekku walaupun dalam masa yang singkat.. bersyukurlah.. alhamdulillah.. kakakku ceritakan kembali bahawa raut wajah arwah sangat tenang dan kelihatan seperti tersenyum sebelum arwah dikafankan. Moga-moga arwah dicucuri rahmat dariNYA.
sekadar perkongsian luahan hati ini. seperkara lagi selain dari cerita perihal sakit ni, kelebihan orang yang menghafal ayat-ayat suci ALLAH iaitu al-Quran, insyaALLAH potensi untuk menjadi nyanyuk ketika tua adalah tipis. perkara ini boleh dibuktikan menerusi kajian saintifik iaitu berkenaan dengan neuron dalam otak. Bilangan neuron tidak akan bertambah tetapi boleh dikekalkan bilangannya. Teringat ketika di matrik perak, Pn Hayati, pensyarah biologi saya memberi tips iaitu untuk mengekalkan bilangan neuron atau mengelakkan dari neuron terencat atau mati, kita perlu rajin membaca dan menghafal ayat-ayat suci al-Quran. Perbuatan mengulang seperti hafalan akan membantu mengaktifkan neuron-neuron itu.. indahnya Islam. Arwah nenek walaupun sudah mencecah umur 90 tahun tetapi masih tidak nyanyuk malah boleh mengajar anak-anak penduduk kampung apal mengaji al-Quran. Jadi seharusnya kita yang masih segar dan sihat serta muda ini mengambil peluang yang ALLAH beri kepada kita untuk mencintai, mendalami & menghayati keindahan ayat-ayat suci, kalam ALLAH, al-Quran.
Berbalik kepada topik kita iaitu SaKiT.... kUatkaH kita... mUSIBAH atau UjiaN?? Baiklah sahabat-sahabat, dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar dengan seribu satu dugaan, tidak pernah melepaskan seseorang muslim daripada tertimpa bala bencana. Kesakitan adalah salah satu daripadanya. Bezanya hanyalah sama ada kecil atau besar. OK, saya ingin berkongsi topik ini dengan merujuk dari website, I LUV ISLAM, masih berkaitan perihal sakit. Apakah kesakitan baik yang menimpa anggota tubuh badan, harta atau jiwa itu tanda Allah murka kepadanya? Atau mungkinkah ia tanda Allah sedang menghapus dosanya? Barangkali ia merupakan jalan untuk sampai kepada maqam tertinggi di sisi Allah?
Sedangkan, Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
Penceramah bebas, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, berkata sakit atau musibah yang terkena kepada seseorang adalah datangnya daripada Allah SWT. Tujuannya pelbagai dan mempunyai banyak hikmah untuk direnungi. Malah hikmah kepada nikmat ALLAH datangkan sakit ini adalah sebagai penguat diri kita. selain itu, sakit juga adalah sebagai pengahapus dosa atau kifarah dosa. perkara ini dapat dibuktikan menerusi hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.
"Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda". ujur Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.
Selain itu apa yang saya dapat dan boleh dikongsikan bersama tentang apa yang saya baca dan dapat melalui blog, http://noura12.blogspot.com, Sahabat ini menceritakan bahawa sakit adalah kifarah dosa, ianya dapat dikukuhkan dengan:
“Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hamba-Nya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya”. (HR. Al-Hakim I/348, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Shohih Jami’is Shoghir no.1870).
“Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”. (HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihahno. 1821).
“Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”. (HR. Muslim no. 2575).
Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung besarnya ujian. Dan sesungguhnya jika Allah menyukai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan, dan barangsiapa yang murka maka baginya kemurkaan”. (HR. Tirmidzi no. 2396, Ibnu Majah no. 4031, dihasankan Syeikh Albani dalam Shohih Sunan TirmidziII/286).
Oleh itu, jika kita mendapat sakit, maka janganlah kita terus melenting tanpa memikirkan sebab dan hikmah ALLAH mendatangkan kesakitan kepada kita. Sesungguhnya sesuatu perkara itu terjadi bukanlah sia-sia. Wallahu'alam.
0 comments:
Catat Ulasan