.: FoLLoWer :.

Ahad, 5 Disember 2010

Cinta tarbiyyah da'wah,hatiku milikmu ^-^

salam... alhamdulillah kali ini saya nak masukkan juga cerita dalam blog saya ini.... cerita ini saya dapat menerusi seorang sahabat dimana seorang sahabat saya cakap bahawa cerita ini dari karya seorang penulis novel yg terkenal, saya amat suka penulisannya & cerita ini juga telah diedit sedikit untuk lebih ringkas... terima kasih diatas perkongsian... malah cerita ini mempunyai beberapa part... insyaALLAH saya akan post cerita ini setiap 1 part sebulan sekali.... (^_~)

part 1


Semakin kuusir semakin ia hadir, Semakin kulupakan, semakin ia membelenggu fikiran, Kusedar kini, HATIKU MILIKMU Biarpun jauh kularikan diri, Namun ia tetap melingkar di tangkai naluri..

(Bosan! Serabut! Boleh blahlah kau Asiah Yusro! aku tak nak seksa perasaan aku lagi) hati Umar merintih pedih. Penantian itu satu penyiksaan. Bertahun-tahun lamanya dia menanti handsetnya berirama dengan satu mesej kepastian daripada gadis itu. Bertahun-tahun itu jugalah jiwanya sentiasa resah. Entah bila penantiannya akan berakhir dengan satu jawapan.Entah bila!

"Umar, kau nak beli sim card baru, kan?" soal Fathil tatkala melihat teman sebiliknya itu asyik membelek-belek handset.. Umar mengangguk ringkas.
"Beli yang aku punya je lah," tawar Fathil.
"Separuh harga?" acah Umar."Beres. Kau nak sekarang ke?"
"Tak nak" Umar acuh tak acuh.
"Cis, buang karen je!" bentak Fathil.
"Bukan tak nak beli tapi tak nak kau main-mainkan aku. Kau nak jual betul-betul ke ni?
" Umar meragui.
"Muka hensem aku ni ada gaya penipu ke?" Fathil berwajah serius.
"Aku pelik sebenarnya. Bukan ke baru sebulan kau beli sim card tu? Tiba-tiba nak jual, mesti ada apa-apa,"
"Tak sampai pun sebulan" Fathil membetulkan fakta.
"Habis tu, nak beli yang lain pulak?"
"Mmm..dah beli pun. Aku sebenarnya nak lari dari makwe aku. Malas nak ada apa-apa kenangan. Aku tak nak dia tahu nombor baru aku,"
"Tiap-tiap malam gayut, tiap hujung minggu asyik dating pun, boleh clash jugak?"
"Biasalah, lelaki mudah bosan. Seplayboy-playboy aku pun, aku nak cari perempuan baik tau. Dia ni tak kena selera gadis idaman aku lah. Aku malas nak cerita kat kau. Kau tahu apa Umar..tak pernah bermakwe," Fathil meluahkan. Dia sebenarnya cemburu apabila teman wanitanya asyik mendesak dia menceritakan tentang seorang lelaki. Teman wanitanya terlihat lelaki itu membonceng motornya pada suatu petang dan asyik memuji ketampanannya. (Siapa yang tidak cemburu...dan, kau tahu Umar...kaulah lelaki itu)
"Aku bukan jenis mainkan perempuan macam kau" Umar menyindir.
"Eleh...nak kutuk aku lah tu. Kau tahu tak Umar, aku clash pun sebab aku tak nak mainkan dia lagi. Aku dah syok kat awek lain lah"
"Ish, awek malang mana lah pulak yang akan jadi mangsa kau kali ni,.. Dasar playboy!" sinis mengenakan Fathil sambil tersenyum.
"Dengki lah tu! Kau mengaku je lah Umar, kau tu tak berani macam aku nak cari makwe. Sampai sekarang takde makwe. Dayus! Penakut!" Fathil pula mengenakan Umar.
"Penakut?! Sikit pun aku tak takut lah...aku malas je!"
"Eleh, cakap bolehlah. Kau kena tunjukkan pada aku, Aku cabar kau tackle Maziah," Fathil tersenyum sinis. Dia yakin Umar akan tewas dengan cabarannya.
"Maziah mana pulak ni?"
"Classmate aku. Sombong betul dia..buat aku tercabar je. Nanti ada peluang aku tunjuk kat kau. Tapi ingat, aku memang dah syok giler kat dia. Aku suruh kau tackle je, lepas tu bagi jalan kat aku,"
"Kau kan mahir bab-bab tackle perempuan ni. Kau je lah tackle dia,"
"Kan betul kau penakut. Malu aku nak ngaku kawan. Kau tahu tak, Maziah ni bukan perempuan spesis biasa-biasa, dia lain sikit lah. Sebab tu kalau kau boleh tackle dia, memang aku tabik kat kau,"
"Hey, aku berani lah! Tapi, buang masa aku je tackle perempuan.." Umar menolak cabaran.
"Kau ulang lah kata kau berani 1000 kali. Aku tak kan percaya selagi kau tak tunjukkan pada aku. Nah, ambil sim card ni. Kalau berani, aku cabar kau tackle Maziah dengan cara apa sekalipun" wajah Fathil hambar. Dia keluar meninggalkan Umar sendirian. Dia ingin menghabiskan malamnya di cyber cafe, manalah tahu kalau boleh sangkut dengan mana-mana awek dalam laman chit-chat. (Buang masa layan Umar. Jenis budak baik, budak baik juga lah!) bisik Fathil. Umar tercabar. Dia mendengus. Simcard baru diisi ke dalam handset. Sejurus selepas itu, irama handset berbunyi.
"Hello! Fathil" suara lunak seorang gadis menerjah masuk ke gegendang telinga Umar.
"Err, hello. Fathil takde," Umar gugup berhadapan suara itu.
"Ah, alasan je tu! Fika tak percaya. Fika nak cakap dengan Fathil, cepatlah.. "suara itu mendesak.
"Betul..dia keluar. Sumpah!" Umar meyakinkan.
"Dah dekat 1000 kali Fika call, kenapa dia tak angkat?"
"Sebenarnya, Fathil dah pakai nombor baru. Ni dah jadi nombor saya,"
"Fika dah agak! Dia memang nak larikan diri dari Fika. Tak tahu apa salah Fika.. semua jantan memang macam tu, suka permainkan perempuan," suara itu bertukar sebak.
Tersentuh hati Umar."Tapi, tak semua.." Umar membela kaumnya."
Fika tak pernah jumpa pun...semua lelaki yang Fika kenali tak boleh harap,"
" Err, suatu hari nanti jumpa lah.."
" Huh, entah bila.."
" Berdoalah pada Allah,"
" Berdoa?" gadis itu ketawa terbahak-bahak mendengar saranan Umar.
(Aku buat lawak ke?) bisik Umar, keliru.
" Okeylah. Nanti saya duduk kat sejadah dan berdoa 24 jam. Untung-untung, putera kayangan pun rasa nak turun melamar saya. Okey, bye!" gadis itu melawak sambil ketawa lagi.
Hati Umar bergetar. Inilah kali pertama dia bercakap dengan perempuan melalui telefon. Itupun secara tidak sengaja. Suasana di Sekolah Taman Islamnya dulu tidak pernah memberi peluang dan ruang untuknya mengenali seorang perempuan dengan lebih dekat. Jauh sekali untuk berhubung begini. Kali pertama dia cuba mendekati perempuan sewaktu awal masuk ke universiti. Itupun tak dilayan. Masakan tidak, perempuan itu ialah Asiah Yusro, perempuan yang terkenal dengan waro' di sekolahnya dulu. Suara merdu gadis yang baru dikenali sebagai Fika itu terus terngiang-ngiang di pendengaran. (Merdu sungguh suaranya., tentu wajahnya pun menawan. Lagipun, Fathil syok kat perempuan-perempuan cantik je. Tapi, kenapa boleh clash pulak?) (Astargfirullah! Fitnah besar pada hati aku ni...) Umar menepis bisikan-bisikan liar yang singgah di hatinya. Tiba-tiba irama handsetnya berbunyi lagi.
"Hello, Fika ni!" Gurlp! Umar menelan liur.
" Hello!" balas Umar.
" Mmm. Fika lupa nak kenalkan diri tadi. Saudara jugak tak kenalkan diri pun," Umar terlopong. Suara merdu itu benar-benar menggetarkan hatinya.
" Nama penuh Fika, Nur Syafika bt Amir. Pelajar Kejururawatan. Saudara?"
" Err..Umar Al-Mujahid bin Muhammad Suyuti,"
" Wow, machonya nama. Orangnya pun mesti macho..""
Ish, takde lah. Biasa je..."
" Mmm, merendah diri pulak. Awak mesti best. Kalau Fika panggil abang Umar, boleh?"
" Abang?!" Gurlp!!!" A’ah..tanda respect Fika, bukannya ada apa-apa. Boleh kan abang Umar?!"
" Err.. " kelu lidah Umar." Okeylah bang Umar. Fika chow dulu. Nanti Fika call lagi. Kalau rindu Fika, sms lah..miss you my hero! Ummmwah.."
! Sudah ke berapa kali Umar menelan liur. Fikirannya jauh menerawang. Dia cuba membayangkan wajah Fika. Hatinya dibuai bisikan-bisikan asyik tentang seungkap nama Nur Syafika. Suara halus selunak buluh perindu itu terus bermain-main di ingatan. Umar cuba menepis tapi kali ini dia tak berdaya lagi. Suara itu terlalu merdu dan menggoda. Umar mengukir senyum sendiri

BERSAMBUNG....

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...