.: FoLLoWer :.

Jumaat, 15 Oktober 2010

SeKaDaR ReNungaN bERsama......


Salam, dalam beberapa hari lagi saya akan menghadapi peperiksaan yang besar iaitu peperiksaan semester 1..... jadi mungkin blog ini akan sepi buat seketika. owh ye, kepada sahabat-sahabat yang akan menghadapi segala jenis peperiksaan... ALL the best deh.... do the best... jangan ambil mudah sebab kita ada tanggungjawab kita dalam islam.... bagaimana islam nak mantap kalau penganutnya lemah... jadi ayuh bangun wahai diriku sendiri malah sahabat-sahabat semua.... mari kita bangkit sebagai individu yang akan menggerakkan islam..... malah Sama ada kita sedar atau tidak, tahu atau tidak, kita dilahirkan ke atas muka bumi Allah ini untuk beribadah kepada-Nya. Dalam al-Quran surah az-Zariyat (51:56), Allah telah berfirman, “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku”. Bila sebut saja pasal ibadah, tak semestinya solat, puasa. Ibadah bermaksud melakukan sesuatu yang baik dengan tujuan yang baik dan dengan niat kerana Allah. Tidur pun boleh jadi satu ibadah. Tapi jangan pula meninggalkan ibadah yang wajib atas alasan tidak mahu meninggalkan ibadah tidur! Selain itu, apa yang ingin saya beritahu disini adalah belajar juga satu ibadah kepada kita sebab kita ada tanggungjawab kita yang tersendiri dalam ISLAM.... akhir kalam, marilah bermuhasabah diri... jangan abaikan pelajaran dan betulkan kembali niat kita belajar untuk mencari keredhaan ALLAH.... WALLAHU'ALAM.....


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...